Popular Posts

Showing posts with label breastfeeding nutrition. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding nutrition. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

My Shaklee Baby

My Shaklee Baby.....
Adik turns 2tahun 9bulan hari ni 
Alhamdulillah dengan pengambilan supplemen Shaklee dan dengan izin Nya mommy dapat menyusukan adik lebih dari 2tahun
Sekarang adik continue dengan Mealshakes mommy campur dalam susu dia. 
Semoga Ayra Khadijah sentiasa sihat , kuat dan jarang demam . Amin.

Thursday, January 17, 2013

Vitamin Untuk Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu

Supplemen Shaklee memang cukup lengkap untuk ibu-ibu bermula dari MENGANDUNG, BERPANTANG dan MENYUSU..

Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:
«Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)
«B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
«Vitamin-C (kandungan vit C bagi setiap biji ialah 500mg)
«OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium)
Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan,OmegaGuard (mengandungi DHA, EPA baik untuk perkembangan otak bayi)
Supplements lain yang mungkin anda boleh amalkan terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,Energizing Soy Protein.

Untuk masa berpantang pula, supplement yang sama sewaktu mengandung. Cuma tambah :
«Alfalfa(elak sembelit dan retensi air)«GLA(mengimbangi sistem hormon ibu selepas bersalin). Zinc Complex juga amat digalakkan sebab zinc amat penting untuk merawat luka-luka dalaman sewaktu proses bersalin.
Buat anda yang pertama kali ingin mencuba supplement Shaklee, anda boleh mencuba vitamin yang disenaraikan di atas ye.
Cubalah selama sebulan dulu, dan rasailah perbezaannya. Saya pasti anda akan jatuh cinta.....:)



Testimoni Set Berpantang:



Testimoni Set Mengandung:



*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Berminat dengan Pregnancy Set, Set Pantang dan Set Menyusu ? Hubungi saya:
    «ID Shaklee : 866376
    «SMS/Whatsapp: 012-2412804
    «Email : nz.hashim@gmail.com

    Thursday, January 3, 2013

    Kebaikan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi

    Semakin ramai yang menggunakan dan mencuba produk Shaklee bagi tujuan penyusuan susu ibu tidak mengira bangsa dan agama. Penyusuan susu ibu merupakan satu sunnah bagi yang beragama Islam.....Marilah kita kembali kepada fitrah. Islam sendiri menganjurkan penyusuan susu ibu sehingga bayi kita berusia 2 tahun dan ini jelas menjadi tanggungjawab ibu untuk memastikan misi ini berjaya.
    Bahagianya menjadi seorang ibu yang boleh menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat makanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir.
    Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.

    Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi mereka bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

    Multivitamin
    Menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak dapat diperolehi dari diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

    Protein
    Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu.

    Vitamin C
    Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

    Vitamin B Kompleks
    Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.

    Kalsium
    40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

    Asid Lemak Omega 3
    Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Kanak-kanak yang diberi susu ibu biasanya tidak mempunyai masalah fungsi otak seperti hiperaktif, autisme dan masalah tumpuan (ADHD).

    Alfalfa
    Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.


    Teruja? Ingin menyusu bayi anda tapi tiada susu? Pelbagai kisah/cerita ibu menyusu.....testimoni dibawah salah satu yang menarik perlu dibaca  :))

     Saya juga merasai perubahannya semenjak ambil set penyusuan ini. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Berikut adalah Nutrisi Penyusuan Susu Ibu yang dicadangkan oleh Shaklee:



    Reference:
    Shaklee Today Vol 5, 2012

    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Berminat dengan Nutrisi Penyusuan Susu Ibu ? Hubungi saya:
    «ID Shaklee : 866376
    «SMS/Whatsapp: 012-2412804
    «Email : nz.hashim@gmail.com


    Saturday, October 13, 2012

    The WILL Power Story ...

    Alhamdulillah, Alhamdulillah ....rasa sangat happy bila dapat bantu kawan yang breastfeed her baby. As a friend and 'kakak', mommy hanya boleh membantu nasihat dan bagi dorongan but the 'WILL' faktor adalah dari dalam diri Fiza sendiri untuk meneruskan misi untuk susukan her precious Firaz.
    Kalau mommy bagi nasihat and Fiza tak take the ACTION pon, ia tak akan terlaksana. Yang penting kena USAHA + DOA jangan terus GIVE-UP. Kita ikuti testimoni panjang lebar Fiza about her breastfeeding journey. 


    Buat Fiza, CONGRATS kerana dapat susu kan Firaz. Akak tau Fiza memang kuat, you will DO ANYTHING for your loved one. Semoga dapat teruskan penyusuan susu ibu with your next baby dear... :-)

    Buat pengetahuan semua, for penyusuan susu ibu supplemen yang di cadangkan adalah:

    VitaLea - Multivitamin. Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita
    B-Complex -Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.
    Vita C - Untuk meningkatkan sistem imun
    Alfalfa - As a Milk Booster, cepatkan penghasilan susu ibu
    ESP -  Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu. Protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran.


    Selain itu, perlu kita ingat penyusuan susu ibu akan berjaya jika kita:
    -sentiasa menjaga pemakanan
    -sentiasa mengepam dengan konsisten
    -minum air mengikut keperluan badan. Jika mengambil supplement perlukan lebih air.
    -sentiasa berdoa dan bersangka baik dengan Allah.
    -istiqamah dalam segala urusan.

    Tuesday, July 10, 2012

    Super dooper booster

    Alhamdulillah suka baca feedback positif breastfeeding mommies yang mengamalkan supplement Shaklee. Semua sgt berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Supplement-supplement ini memang pilihan ramai mommy-mommy yang menyusu. Secara keseluruhannya, set ini sesuai untuk ibu2 yang mengalami masalah penyusuanMasalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
    Jom kita ikuti beberapa testimoni dari 'supermommy' yang mengamalkan Set 3M:




    Supplement yang dicaangkan untuk breastfeeding mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi (VitaLea), Vitamin B (B-Complex), Vitamin C (Vita-C), Kalsium(Ostematrix), Alfalfa dan ESPSet yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak. Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat.  *Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.
    Reference

    Thursday, June 28, 2012

    ganti puasa. susu kurang?

    Hari ni dah 8 Syaaban beberapa lagi nak masuk Ramadhan. Mommy dah kena pecut gear 5 nak ganti puasa hehe... Maklum lah last year berpantang dlm bulan Ramadhan banyak la puasa yg ditinggalkan dan perlu di ganti.

    Mula2 malas sgt nak start ganti, 'nanti susu kering la, nanti penat la sbb still breastfeed, bla bla bla....'. Lama2 tu 'hmmm.. tu mindset sahaja' mommy terus bertukar mcm ultraman 'aku niat nak ganti puasa, susu aku banyak, cukup untuk Ayra insyAlllah....'. Alhamdulillah dah berganti puasa separuh jalan, another half way to go and susu maintain mcm biasa. Psikologi semata-mata tu kalau fikir susu tak cukup . Yang penting kena THINK POSITIVE!!. Kalau sentiasa berfikiran positif, badan pon tak letih. Fikir yang bukan2, banyak2 nanti stress je, kalau stress boleh effect pengeluaran susu jugak. So, JUST DO IT, BABE. Untuk memastikan mommy kekal bertenaga walaupun berpuasa , supplement Shaklee tarak tinggal. Ni supplement yang mommy ambik sepanjang berpuasa ganti:


    Secara ringkasnya, insyaAllah khasiat yang mommy dapat daripada setiap supplemen tadi ialah:  :
    ESP - utk increase milk supply,menambah tenaga and kulit makin cantik...auwww(sel baru terbina)
    B-Complex - memastikan si mommy tetap bertenaga dan mood yang stabil.
    Vita Lea - ia sangat penting demi memastikan badan si mommy dipenuhi dengan semua zat yang seimbang.
    Vitamin C - sebagai antioksidan dan pengukuh antibodi dan pembentuk kolagen.
    OsteMatrix - bagi mengurangkan gejala osteoporosis.


    Alhamdulillah susu tetap maintain utk budak tecit mommy. Walaupon stok tak banyak mcm org lain tapi setakat ini sentiasa cukup utk budak ini:


    Saturday, June 16, 2012

    ayra's first birthday

    Hari ni birthday Ayra yg pertama. Dah setahun ye anak bongsu mommy. Physically macam baby lagi, awet muda Ayra ni hehe.. Berat tak timbang lagi tapi rasanya 7++kg je. Gigi still dua batang tapi gigitan nye tajam. Dah berani nak berdiri sendiri. Berjalan sambil pegang dinding dah laju. Suka tarik rambut mommy and kakak. Panjat tangga dah daily routine. Dia dok atas anak tangga tu pastu panggil, lambai org (abang/kakak or mommy/papa) pastu sengih-sengih sampai kembang hidung dia. Bangga lah tu dpt panjat tangga ye sayang... Bila mommy dukung turun dia panjat balik haaiishhh...last2 mommy letak dlm walker baru dia diam kejap.


    Makan pon dah banyak. Everyday mommy bekalkan bubur nasi habis satu periuk kecil tu Ayra habiskan.. Alhamdulillah Ayra diberi rezeki utk menyusu badan lagi.Walaupun stok mommy sekarang kais pagi makan pagi... :( Cabaran for mommy utk tambahkan stok. Set Breastfeeding Shaklee memang banyak membantu menghasilkan susu dan untuk mommy kekal cergas dan cerdas.......... Kira 2-in-1 la dapat breasfeeding and at the same time badan pon rasa lebih sehat dari dulu Alhamdulillah.....  Walaupun kita makan supplement, basic asas penyusuan mmg tak boleh dilupakan, Jangan harapkan susu terus banyak dengan hanya memakan supplement.Tiga perkara di bawah perlu diamalkan secara konsisten juga:



  • Pam dengan konsisten setiap 3 jam atau kerapkan bayi menyusuuntuk menghasilkan ransangan kepada payudara untuk menghasilkan lebih susu. Jangan sesekali tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak. Jarak sesi perahan yang terlalu jauh iaitu melebihi 3 jam boleh menyebabkan penghasilan susu akan mula merosot dan lama kelamaan susu ibu akan kering.
  • Minum sekurang-kurangnya 3L air sehari...ini kerana air diperlukan untuk penyerapan vitamin dengan lebih menyeluruh.
  • DOA yang berterusan. Doa ini yang membantu keyakinan kita kepada Allah kerana dengan izin Allah jualah rezeki susuibu itu mengalir dengan lebih banyak.

  • Mommy pon tak sangka boleh sampai 1 tahun penyusuan susu ibu secara eksklusif. Walaupun baru setahun, I'm proud of myself. Dulu short term target 6 months saja. Tu pon dok ragu2 woley ke?, woley ke nak full breast feed ni? Alhamdulillah diberi kekuatan . Org putih selalu kata When there is a WILL, there is a WAY... Loves to cuddle her, belek2 lubang hidung, korek mata and telinga, sometimes geram sgt cubit pipi dia. ....that's what i love bf my babies, interaction baby-mommy memang special.
    On Ayra's birthday, mommy order cake je (share birthday cake dengan abang) and buat pulut kuning dgn kerutuk daging. Jemputan atuk, nenek, ibu's family (babysitter),cik su, makngah, cik fina, mok su and family je. Small gathering tapi penuh bermakna sebab dapat celebrate Ayra's first birthday dengan abang Adam sekali. Happy Birhday My Baby Ayra Khadijah. Semoga Ayra menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Amin.
    Reference

    Monday, March 19, 2012

    Testimoni Breastfeeding Set

    Happy sangat hari ni dapat message from my ex-colleague:

    "Alhamdulillah ..dlm peti ais skang ni sentiasa 20botol x 4oz..klo x dulu kais pg mkn pg baby sy...thnk kak.sy dah karang testimonial separuh.dah siap nnt sy tag akak..."

    Kawan mommy ni first time mommy, mula2 problem x cukup susu masa dalam pantang, dia post dalam FB. Mommy suggest la ambil Set Breastfeeding Shaklee (Vita-Lea, Vita-C, B-Complex and Alfalfa). Alhamdulillah terbuka hati dia nak mencuba and mommy happy sangat dapat membantu. Mommy faham perasaan Mommy Firaz sebab masa first time bersalin dulu pon mommy having the same problem. That was eight years ago, zaman tu FB x de lagi, blog2, info pasal penyusuan pon tak banyak. Go, go, go Mommy Firaz. Happy breastfeeding..... :)

    Sunday, December 11, 2011

    my breastfeeding story

    Sewaktu melahirkan Adam tujuh tahun lepas, mommy mmg tiada langsung ilmu penyusuan. Till now mommy still regret sbb dapat menyusukan Adam a few months saje. Ingat lagi hari ke-2 di SJMC, breast Mommy bengkak tapi susu tak keluar2 jugak. Macam2 buat, tuam air panas, letak kobis. But still susu x keluar. Being a firts time parent, mmg Mommy and mrNaza risau sbb Adam asyik menangis je waktu tu. We have no choice, kesian kat anak yang kelaparan, kami beli FM kat Carre4. Di tambah pulak family x supportive sgt bab-bab penyusuan ni. Biasa la komen org2 tua 'Beli susu tin je, nanti susah nak tinggal nak gi kerja....',bla,bla, bla.... So, membesar lah Adam dengan FM. That's the best that we can give to him at that time. But now, tiap kali buat minum pagi for Adam, mommy campurkan sedikit EBM adiknya dalam minuman Adam sambil selawat. hehe.....


    Pic Google
    Sebelum lahirkan kan Sarah, Mommy teruja tengok officemate Mommy boleh fully breast fed baby dia sampai 2 years. Memang membuka mata mommy waktu tu. Kawan mommy tu kurus je, tapi susu banyak. Mommy terus gali ilmu penyusuan di Internet di samping banyak bertanya kawan2. Alhamdulillah Sarah breast fed until 2yrs plus tapi tu pon top-up dengan FM. Jika dibandingkan Adam dan Sarah waktu baby, Sarah jarang dapat demam. And kalau demam pon tak lama. Memang terbukti susu ibu kaya dengan antibodi. So far, Ayra dah 6months++ masih belom demam lagi. Seingat mommy, waktu Adam baby dulu 3months dah dapat high fever. Perbelanjaan pon memang banyak dapat dijimatkan kalau breast feeding your baby. FM yg average pon dalam RM50++ setin. That's only for 1 week supply. 1 month, sendiri kira la. Tu susu yg average tau, yg lagi mahal .... :)


    Pic Google


    Masa pregnant kan Ayra, mommy nekad utk beri susu ibu sepenuhnya. Mommy gali lagi ilmu penyusuan. Tak macam 7,8 tahun lepas, sekarang memang banyak ilmu penyusuan yang Mommy perolehi lebih-lebih lagi di Internet. Nak dan tak nak buat sahaja. Mommy bersyukur dapat jumpa blog Alin. Memang banyak ilmu penyusuan yang Alin kongsikan. Di samping itu Mommy juga mengambil suplemen yang disarankan oleh Alin. Based on Mommy's experience, pengambilan suplemen memang penting semasa kita menyusukan bayi especially suplemen Shaklee yang terbukti HALAL dan sudah 55 TAHUN di pasaran. Rasa rugi tak kenal Shaklee dari dulu lagi hehe. Susu banyak dan berkualiti, kesihatan pon bertambah baik. Alhamdulillah.......
    Ini supplemen yang mommy ambik:


    Cadangan supplement utk Breastfeeding ini mengandungi:

    1. Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.
    2. B complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

    3. Vitamin C : Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

    4. Alfalfa : Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu
    MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.
    Note : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




    Sila email saya nz.hashim@gmail.com or SMS 012-2412804 untuk pertanyaan :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...