Popular Posts

Wednesday, February 1, 2012

cuti, cuti...

Hari ni cuti sempena Hari Wilayah. Dapatlah bernafas sikit dari ketegangan daily normal routine. Maklum lah sejak ada baby balik ni busy nye lain macam. Di tambah pulak dengan kesesakan jalan raya di KL ni yg semakin menjadi-jadi lately. Kalau lambat keluar sikit dari rumah pagi2, memang punch in lambat lah jawapmye. Masa on travel lagi banyak digunakan dari masa dengan anak2..huh... Tak guna mengeluh. Itu lah perjalanan hidup yg telah ditetapkan dan perlu diteruskan. Penuhkan masa dalam kesesakan jalan raya tu dengan bacaan ayat Al-Quran, zikir2 dan sentiasa berdoa semoga hari ini lebih baik dari hari-hari semalam. insyaAllah x tension.cubalah...

So, hari ni cuti dapat lah uruskan some errands yang tertangguh. Yang penting persiapan untuk travel akhir bulan ini. Ahhh masih banyak lagi yg belom di prepare samada rohani atau jasmani. Walaupon this is not the first time, pelbagai persoalan bermain di fikiran. Boleh ke aku travel jauh2 dgn anak kecil ni? Mampu kah aku? Kalu itu....? Kalau ini...? Dok bermain-main di fikiran. Namun keizinan dan kata semangat dr mrNaza menjadi perangsang untuk aku teruskan pengembaraan ini.

Ya Allah,kau ampunkan lah dosa ku permudahkan lah urusan ku, lapangkan lah dada ku dan selamatkan lah perjalanan kami pergi dan pulang. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Raheem...Amin Ya Rabbal Alamin.


Pic: Google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...