Popular Posts

Monday, January 30, 2012

Khasiat Halba




Selain megamalkan pengambilan supplement untuk memperbanyakkan susu dan menghasilkan susu ibu yang berkualiti, kita juga masih boleh mengamalkan petua-petua tradisional yang diamalkan oleh ibu-ibu kita suatu ketika dahulu. Salah satu petua yang saya amalkan adalah halba. Cara pengambilannya ialah, rendam secubit halba ke dalam air panas. Biarkan seketika, selawat dan minum. Halba ini juga boleh diletakkan dalam minuman teh.Baunya agak kurang menyenangkan tetapi mengandungi pelbagai khasiat berguna.

Rasulullah saw bersabda :

” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ”

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.

Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

“Gunakanlah Halba sebagai ubat”

Memang Halba itu baik!! mak saya amalkan masuk sedikit dalam beras masa menanak so that kanji nye akan berkurangan (utk pesakit diabetics) dan wangi pun iya jugak!! Petua ni didapati dari pengamal perubatan alternative semasa mak saya berubat dulu!!


Kalau orang Johor… selalunya masak nasi lemak letak halba nih…


Untuk naikkan wangi nasi lemak tuh…


KEGUNAAN HALBA


1. Diminum sebagai teh untuk


- Melancarkan haid


- Menghilangkan kembung,sebu dan senak


- Pencuci perut


- Menguatkan jantung


- Menghilangkan lender tekak


- Melegakan sakit kepala/ migraine


- Membuang angin


- Menyembuhkan buasir


- Senggugut


- Merangsang rahim


- Kegemukan


- Kurang berat badan


- Mengawal kencing manis


- Radang kulit dan Bisul




2. Teh Halba + Madu


- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah


- Anemia




3. Untuk anak2 yang baligh


- kecergasan


- kekuatan badan


- Tumbesaran




4. Untuk ibu menyusu


- Banyakkan air susu TERBUKTI BERKESAN !!!:)


5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.


- Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.
- Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.


Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.


Di Pantai Timur halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.


MANA NAK DAPAT HALBA

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...