Popular Posts

Thursday, November 1, 2012

Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami

Bismillahirrahmanirahim...a reminder to myself kenapa perlu taat pada suami dan tanggungjawab2 isteri terhadap suami..... ;-)

Riwayat: 
 Muttafaqun A'laih : Lafaz daripada Bukhari
Kategori: 
 Munakahat
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA juga bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Tidak harus bagi isteri berpuasa semasa suami ada bersamanya, melainkan dengan keizinan dan juga (isteri) tidak boleh membenarkan sesiapapun memasuki rumahnya melainkan dengan izin suaminya”. 
Huraian Hadith: 
  1. Islam menyuruh kaum wanita supaya taat kepada suami mereka pada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan Islam.
  2. Antara punca-punca kebahagian rumahtangga ialah kepatuhan isteri kepada suaminya.
  3. Islam mengajar isteri-isteri supaya meminta izin kepada suami mereka terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.
  4. Tanggungjawab isteri ialah melayan suami mereka dengan baik.
  5. Haram bagi isteri berpuasa sunat tanpa izin suami sama ada keizinan secara terus terang dengan ungkapan atau secara mafhum, kerana dengan berpuasa luputlah hak suami pada hari itu, tetapi jika puasa fardhu seperti puasa qadha’ maka tidak disyaratkan izin suami.
  6. Isteri tidak harus membenarkan sesiapa masuk ke rumah tanpa izin suami sama ada keizinan secara terang atau secara mafhum walaupun orang berkenaan itu keluarga isteri sendiri.
  7. Melakukan amalan sunat akan terabai hak manusia maka hak manusia patut diutamakan.
    Sumber:
    http://www.islam.gov.my/e-hadith/tanggungjawab-isteri-terhadap-suami

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...