Popular Posts

Wednesday, September 22, 2010

syawal 1431H


tahun ni syawal di sambut dgn sederhana sahaja.

pagi raya seeing me full of tears, it even more worse when i spoke with mama over the phone. i know, i have to be strong for mama, but can'thold my tears anymore.

Adam keep comforting me"mommy, jangan nangis lagi. tok ayah kan dah masuk syurga".

we went back to kb on third raya. sampai-sampai terus ke pusara ayahanda.


second raya also mark our wedding anniversary. it's already seven years we've been married. biasa la adat berumah tangga, ada asam, garam, gula dan aji nomoto nye. Alhamdulillah kita berjaya mengatasinya. semoga jodoh kita kekal hingga ke hujung nyawa insyaAllah. thanks yang for the lovely gift.

overall, raya is not the same anymore without ayoh.....

Thursday, August 12, 2010

ayah...pergi mu tak kembali lagi

Sudah sebulan lebih ayoh pergi meninggalkan kami semua. Kesedihan masih terasa. Rasa kosong sgt jiwa nih. Patut lah saya x de mood sgt nak buat baju raya tahun ni, rupanya memang saya akan beraya tanpa ayoh buat pertama kali dlm hidup ini.

Saya byk mewarisi sifat ayah yg pendiam. Tapi walaupun pendiam ayah seorang yg baik hati, pemurah, kuat semangat,tabah, bersopan-santun, rendah diri dan murah dengan senyuman. Ayoh jugak observer yg terbaik. Kadang2 saya ada masalah saya x cerita pon kat dia, tapi dia dapat membacanya. Senyap2 dia membantu tanpa saya menyedarinya...Masih terbayang ayah dgn kain pelikat,baju melayu, kopiah sambil tersenyum kat saya masa saya balik kb hari tu. Senyum yang penuh bermakna....
Tak sangka itu senyum terakhir ayoh. Tak sangka saya sudah tiada ayoh. Rindu sgt dengan ayoh. Banyak lagi impian saya yg saya mahu buktikan untuk ayoh, namun saya harus redha Allah hanya pinjamkan ayoh kepada saya hanya untuk 32 tahun 6 bulan sahaja.Terlalu banyak kenangan dengan ayoh di kotak fikiran
saya ini. Alhamdulillah semua yg saya ingat pasal ayoh hanya yg best2 dan baik2 sahaja. Tak ada pon kenangan yg tak best dgn arwah ayoh.Tak pernah sekali pon saya di rotan atau di cubit oleh ayoh.

Masa saya kecil2, ayah selalu bawak saya gi KL. Ayoh yg kenalkan kan saya dgn kota metropolis KL ini. He used to have business in KL. During school holidays, i will tagged along. Lepas settle his business, ayoh bawak saya jalan2. Dulu2 ingat lagi selalu ayoh bawak gi Yaohan (The Mall skang ), pasar malam Jln TAR, tasik titiwangsa, tasik perdana,etc. He drove from kb to kl ikut jln gua musang. Sometimes he brought me to Penang. Masa dulu kereta x banyak mcm sekarang. He is full of energy, never crossed in my mind dia ngantuk ke masa driving tu. Drive kereta malam2 pon x payah pakai specs. Ayoh juga seorang exercise-freak, ingat lagi pagi2 saya nak bersiap ke sekolah, ayoh dok tgh jogging kat padang sekolah depan rumah kami. Kat rumah ada basikal exercise kepunyaan ayoh dari saya kecik lagi. Ayoh kayuh basikal tu tiap kali balik kerja. Sekarang basikal tu cucu-cucu buat main pulak. Boxing puncher pon ada kat rumah. Kalau ayoh sepak puncher tu mmg satu rumah boleh dengar. Ayah suka makan roti. Feveret roti ayah, roti tempayan yg famous kat kb dulu.
Ayah juga Mat Motor dari muda lagi. Pernah jadi president utk motor club di kelantan. Jgn main2 ayoh tu nampak saja lembut tapi bawak motor 1100cc. Dari zaman norton hingga lah kawasaki zzr dia dah merasainya. Saya lah yg paling bangga bila ayoh jemput kat sekolah naik 'motor besar'. Satu sekolah tengok, kembang hidung saya ada ayoh yg segak, bawak motor besar.Kawan2 sekolah saya selalu puji, 'ayoh awok napok mudo lah. kelah ayoh awok naik muto besar'. Saya pernah riding 'motor besar' dengan ayoh hingga ke rantau panjang, ayoh bawak jalan2. Sekarang tiada lagi ayoh yg saya peluk kuat2 masa bonceng 'motor besar' ayoh tu....


Everytime i called home, kalau ayoh yg pick-up the phone and give salam, saya tersenyum sorang. Saya suka sgt dgn suara ayoh bagi salam. Unique, sukar nak discribe. Suara ayoh yg macam2 slang sikit, suara besar....kadang2 saya tergelak dalam hati bila dengar cara ayoh bagi salam. Tapi sekarang saya amat merinduinya.....

Kat rumah kami di KB ayoh ada his favourite spot. Ayoh suka dok di beranda depan rumah. Kat situ ada kerusi malas dan sebuah radio ayoh (ayoh mmg suka dengar radio, di rumah saya pon ada radio pemberian ayoh), he's favourite channel is Klasik FM...sometimes terdengar dia gelak sorang2 tu ada la yg mencuit hatinya kat radio tuh. Petang2 sambil menunggu nak masuk waktu maghrib, ayoh duduk kat situ lagi sambil tengok cucu bermain-main kat laman. Yg best lepak kat beranda tu, boleh bunyi burung berkicau-kicau. Ingat lagi masa mula2 pindah situ, ayoh ada bercerita pasal bunyi burung yg sounds very scary kalau dengar malam2. Saya x perasan pon mula2 until ayoh cerita, tapi setiap kali balik mesti dengar burung tu. Tak tau apa nama burung tu. After ayoh meninggal, saya tunggu and amati bunyi burung tu tapi tak bunyi2 sampai saya balik kl.....

When i got my first job, ayoh sent me to kl and sent me to office on the first day i report duty. I can see from his eyes that he is proud of me. Even i am not successful like anak org lain, but i knew he is proud of me in my own way. He never compared us with anak orang lain. Then ayoh x bagi saya beli kereta. Dia bagi saya kereta charade second hand. Walaupun nampak macam kereta buruk tapi mmg banyak berbakti kepada saya yg baru nak bertapak hidup di KL waktu tu. Kawan2 saya semua sibuk beli kereta baru bila start kerja tapi saya berbangga dapat kereta Charade tu dari ayoh. Bila time nak balik raya, ayoh akan dtg kl naik bas. We will drove back together to kb. Bawak kereta charade tu lah. Bila saya ngantuk, ayoh bawak kereta charade tu and saya tidor. Tapi ayoh x pernah tidor pon. Bila habis raya, ayoh teman saya driving balik kl pulak. Kuat betul ayoh, saya org muda ni pulak yg asyik ngantuk2. Macam tu lah ayah memastikan saya selamat balik and pulang sampailah saya kahwin. Bila semua dah OK baru dia balik KB naik bas ekspres. Sesungguhnya saya merindui saat driving dgn ayoh...dalam perjalanan almost 8hrs tu lah macam2 yg saya dah ayoh borak. Time ni lah saya tengok ayoh yg tak pendiam. Nasihat dan kata-kata ayoh akan saya ingat sampai bila2.....

When i gave birth to Adam in 2004, he just recovered from mild stroke. He took a bus alone from kb to kl to see me and his first grandson. Allah knows how worried i am, with him travelling alone on the long journey. Saya dah ckp, 'ayoh,tok payah maghi, nanti kak ina balik'. Tapi biaso la jawapannya , 'Tak po, ok eh...x dok susoh gapo'.Terharu rasanya ayoh susah2 nak dtg tengok saya dan cucunya. Waktu saya bersalin to cekMek, ayoh sepanjang masa telifon. Suara nya spt risau, tapi saya bercakap biasa2 saje dgn ayoh.x mau dia risau walaupun saya tgh sakit baru lepas ceaser. Sekarang, saya rindu keperihatinan ayoh terhadap sayo.......



Ayoh mmg pemurah dgn anak2. Tak pernah meminta-minta dengan saya. Kalau saya bagi duit belanja pon dia selalu tepis dgn tangan dia. Kalau saya dah nak balik kl, dah biasa dah situasi tepis menepis tu. haha....Tapi berjaya jugak kami tepis masuk dalam poket ayah. Tapi beberapa kali jugak saya kalah, sbb bila saya sampai kl, saya jumpa balik duit tu dalam poket seluar Adam. Ayoh memang bijak sampai saya pon x perasan bila masa ayah seluk balik duit tu kat poket seluar Adam. Patut la ayoh tersenyum panjang masa melambai kami kat departure hall,airport tadi. Tapi kini tiada lagi.....

The last time saya balik, i had two day's in a row lunch nasi sumatera dengan ayoh. That's the best lunch that i had with him; nasi sumatera kat hoover restoran, kb. Akan saya ingat bila2. Nasi sumatera ni one of ayoh's favourite lah. Ayoh order byk lauk ada ayam, daging, pelepong and sotong. Saya pon pelik kenapa ayah order banyok2....and biasalah ayoh everytime keluar makan kat luar, he will sneak out to pay the bills, tapi hari tu ayoh x berjaya bayar bill tu. Saya dan mrNaza dah tau taktik dia.
Kelakar bila ingat ayoh makan cepat2 and cepat2 gi basuh tangan. Kitorang ingat ayoh gi basoh tangan, tapi dia tersengih bila dapat bayar bil , kira dia menang la.....saya mmg marah tapi kelakar pon ye, ye lah kita nak belanja dia, ayoh gi bayor pulak. Tapi sekarang tiada lagi, tiada lagi org yg nak berebut-rebut bayar bil tiap kali makan kat luar..........

Bukan kami sahaja terasa kehilangan ayoh. Walaupun nampak pendiam, ayoh mmg rajin menegur org kampung, mmg pemurah dan peramah. Kalau org panggil bekwoh, kematian, 'make gulai', mesti ayoh pergi tak kira pangkat dan darjat. "Ayoh, penuh rumah kita malam kematian ayoh tu org kampung dtg sembahyang solat jenazah...Pak Soh tok imam pon meratapi pemergiaan ayoh, katanya dah kurang lagi jemaah surau yg setia spt ayoh...". Kami adik-beradik sudah semestinya terasa, adik-beradik ayoh yg lain pon begitu jua. "Org x putus2 datang ziarah kat rumah kito, ayoh. Tahlil selama 5 hari tu pon Alhamdulillah ramai yg datang, ayoh ".

'Ayoh, kak ina akan ingat nasihat ayoh'. Masih ingat lagi kata2 ayoh masa sy balik kb hari tu. 'Hati kena bersih, buat baik dgn org..... ' itu antara kata2 ayoh. Tapi saya buat x dengar je masa tu. Lepas ayah pergi, baru saya dapat recall balik kata2 tu.....

Paling saya rasa kosong bila time balik ke KL, ayoh mmg x pernah miss hantar saya ke stesen bas atau airport kalau saya balik dgn public transport. Kali terakhir pertemuan saya dengan ayoh di airport KB 12/7/2010, tak sangka saya balik seterusnya hanya untuk menatap wajah ayoh buat kali terakahir pada 4/8/2010. Semasa saya sampai, jenazah ayoh baru sampai dari hospital. Lemah longlai, tak bermaya rasanya nak menghadapi situasi itu. Saya tengok jenazah ayoh macm tidur, tenang sgt wajah ayoh. Saya kucup dahi and pipi ayoh buat kali terakhir. Senyum saja air muka ayoh... OTW balik KL hari tu rasa kosong sgt, saya menitis kan air mata di airport, dlm flight, berlanjutan sampai ke rumah. Tiada lagi ayoh yg saya cium tangan and cium pipinya tiap kali saya balik ke kb........

Ayoh, damailah di persemadian ayoh disana. Kami semua akan menyusul jua. Selagi hayat di kandung badan, saya berjanji akan menjaga mama sebaik mungkin. Saya tahu mama adalah insan paling sedih di atas pemergiaan ayoh, suami nya yg tercinta, teman baik waktu susah dan senang. Sedih saya, mama lagi sedih. Saya kena kuat, hidup ini perlu diteruskan, walaupun ayoh sudah tiada namun ayoh r always close in my heart. Ayoh's spirit, determination, encouragement will be the strength for me to move on. Al-Fatihah......


Monday, July 19, 2010

Air tangan orang tidak solat

Taken from petua.org:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ‘ kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~


Self-note to myself, how busy i am, pls find time to cook especially for the kids. My mama always said when I was small "oghe tino, belajar panda mano pong kena masuk dapor jugok lah lah mano pong". Till now still terngiang-ngiang nasihat dia. I salute my mom, pagi2 bangun mesti masak for the whole family.It's a routine for her sampai sekarang. Jarang2 sangat makan kat luar. Kalau makan kat luar pon and if my father likes the cooking, she will observed the cooking. Then , senyap2 she will try to prepare it at home :) Kalau saya balik kampung and want to bring them for dinner/lunch outside she will give all the excuses 'tok soh lah, bazir jah','kak ina nok make gapo? mama masok lah sene'. Untill now pon saya masih terasa kesedapan nasi yg disuap oleh mama waktu saya kecik2, walaupon nasi tu cuma lauk ikan goreng gaul dengan kicap. Lain benar air tangan mak nih.
Now my situation,i'm a mommy of 2 high-demanding kids. Faham2 je lah, dok Kl ni, wanita berkareer pulak huhu.. Mmg mencabar betul,pagi2 morning dah keluar, maghrib baru balik, bila nak masak nye? Tapi cuba jugak lah. Budok2 buke tau rasa sgt kan. Like my kids, masak sinnge ike , sup aye pon x pe doh. Yg penting air tangan kita tu, biar lekat di hati anak2 kita sampai bila2. "Oh anakku, mommy tau mommy bz, x mahir masak, asyik masak lauk sama je. I'll try to improve myself, mommy still learning to be a good mommy to you..."
tapi tak salah nak makan kat luar sekali-sekala, tapi jenguk2 jugak kat dapor rest tu. Sometimes, yg take order nye melayu tapi kat belakang cho yo nun alip yg dok krong, kreng,krong, kreng masak. Kat gerai depan indo jaga, tapi tokei cho yo nun alip. kedai ma-mak ada ayat kursi, nama restoran islamic tp tokei dia ada nan-ded pulak. konpius ambo, fuh...... Even kat depan restoran ada HALAL pon x boleh percaya skang ni. tapi ada org kita yg selamba, tak kisah pegi makan kat tempat2 tu, yg penting dpt memuaskan nafsu perut tu. Nauzubillah.

Sunday, July 18, 2010

jom massage

yesterday, we brought the kids to the mines. it's been a while tak pergi sana. before kahwin dulu selalu gak dating dgn mrNaza kat the mines. skang kalau dating memang bawak semua. x sampai hati nak tinggal anak-anak. lucky my nature of works x kena outstations ke mana2. dua dua tu mmg manja especially abang. cheMek pon mmg bf lagi. next week kena ke team building first time nak tinggal cheMek ni. kita tgk la mcm mana. insyaAllah x de gapo2....
plan nak cari foot reflexology. lately, lenguh2 je kaki ni. bakpo tah, bukan bowok kereta manual pon. survey2 masuk ke thai odyssey. the ambience sgt menarik. i told the receptionist nak buat foot massage. the masseuse brought me to the room. all the masseuse are from thai. org thai kan mmg lemah lembut, suka sgt dia urut :) the masseuse thought that i'm taking the full body massage instead of foot massage. but i did not regret it. first time tried thai massage ni mmg best. thai massage tak guna minyak, lots of stretching,pastu seni massage tu lain dari normal massage. crack, crack, cruck bunyi tulang saya hehehe... next time boleh pergi lagi. a bit pricey for me tapi mrNaza kata "murah la tu". selalu dia a bit calculative pasal charge2 ni, ni ok lah pulak. so ok lah next time banjer lg ye yang. dia punye outlet pon banyak. mrNaza pon bagi green light. mrNaza kalau yg related dgn siam mmg ok aje, suamiku itu mmg pro-thai. lagipon dia x suka kalau jemput tukang urut entah mana2 dtg rumah. bahaya. org skang bukan boleh caya sgt. lagi baik dia drop me at the outlet and he can have fun with the kids.

Wednesday, July 14, 2010

why msCAK?

semalam msCAK meragam pulak.
nak pulang ke rumah dgn hati riang, tiba2 car alarm pun x function. bukak pintu kereta secara manual. start enjin pon x hidup. dok gosok2 steering pon x mau hidup gak. ooohh msCAK merajuk kah? why msCAK? mungkinkah semalam while driving dok tgk kereta yg pass by sambil berangan "ohh bestnye kalau aku dpt drive keta kecik macam Jazzy tu...."
berangan je OK. msCAK terdengar kah sampai merajuk x nak start?

call mrNaza. mrNaza came to rescue me. sebelum tgk msCAK gi dating dulu kedai mamak depan tu makan roti canai. jump-start dengan jumper pon x jadi jugak. ready nak gi beli bateri baru. tiba2 dalam kelam2 malam dekat parking tu, dtg 2 org brader, mcm Men In Black pulak. brader tu kerja Mebang, otw nak ambik kereta nak balik banting. baik bro lokman tu. dia yg keluarkan bateri kereta dia, replace kat msCAK.pastu dia godek2 enjin msCAK sampai boleh start. susah nak jumpa org yg baik hati macam tu skang ni. sampai rumah pukul 10. before that adam dah call "mommy kenapa tak balik lagi ni? dah gelap dah ni". after explaining to him. "mommy ok ke tak? macam mana mommy nak balik?". sambil nak nangis pulak. aiyoyo, caring sunnguh anak mommy ni ye. manja lebih dari adiknya.

oooh msCAK jgn buat gini lagi, you have been good to us for good and bad time. For the mean time tak de pon nak cari ganti lain. saya mmg suka bwk msCAK nak gi mana2. gi opis, pasar malam, pasar tani, htr adam ke kelas, gi giant,ronda2 taman, bwk kids jalan2. msCAK mmg telah byk berjasa. mmg senang jaga dia, nak merempit pon beshh hehe. x de byk masaalah sgt, mrNaza mmg gi htr servis msCAK every 3 months. yg penting msCAK dah x de komitmen dgn bank.

Thursday, July 8, 2010

June story

Alhamdulillah ...so busy lately. Never ending tasks at office plus technical training for the new system that i had to attend.
Despite the workload that burden me currently I am grateful because at least i have a job to do, paycheck to brought home every month,and Allah give me health in order for me to perform my duty.

June bring a lot of memories to me. On June 2004 i became a mommy. As a first time mommy, it was a bit challenge to me to handle a little baby. Even my sister are far more better than me in handling babies because she's experienced it with our nieces back at home. Me at that time still studying and jarang2 balik kg hehe.
Alhamdulillah Adam is a good baby. Easy to handle him and I am fortunate to have a very responsible husband and a kind baby sitter, Makcik Bedah back then.
Now that boy that i used to cuddle just turns six years old. Being a big bro, he resist everytime i want to kiss him. Mmmm dah besorr ye. When we walked side by side he is at my armpit heights. Haissh...i bet 3,4 yrs he will be taller than me.
Vey caring to his sister. Even he is just six yrs old, i can see that he will be a kind and garang abang like his papa. Insya Allah he will. No fancy party for this year. Mcm mana nak buat party, mommy bz je. Thank God, Tok Ma is here on Adam's birthday. Tok Ma manage to cook nasi dagang for us. Doa selamat recite by Atuk, cake cutting and bukak present.


Tok Ma came wih TokChik during the school holidays to attend Kak Mah's daughter wedding at Kak Mah new posh bunglow in Bangi Golf Resort. I felt so guilty this time around because cannot spend much time with mama. Sometimes i'm envy with people that can stay nearer with their parents. Lagi2 pulak yg dok kat kb.
Like me, 2-3 months apart baru dpt jumpa. Bulan ni kiranya dah 5months x jumpa my father. But thinking on positive side, i'm lucky that i still have my parents. Even we are distance apart doa utk mereka tidak pernah ku lupakan selagi hayat di kandung badan insyaAllah.Lagipun, i'm staying nearer with my in-laws. Berbuat baik dgn in-laws kita pon insya Allah dpt keberkatan Nya.
Usually, if TokMa's here I will take leave and bring her jalan2 and makan2.Not this time. Lucky that mama understood my problem as 'oghe make gaji n dok kolupo pulok' :)

Our plan to balik kb also has been postponed a few time due to my work. I have no choice because i'am all alone supporting the systems.Bos ada pon mcm takde ooops hehe x pe janji boss bagi grade baik during appraisal. But i knew it gonna end soon when the new system Go-Live.insya Allah.
I learned my lesson already, kerja seikhlas hati, bukan kerana pangkat dan ganjaran. Bila kita ikhlas, Allah akan permudah kan kerja kita insya Allah....

Tuesday, April 20, 2010

lempeng

dah lama teringin nak makan pancakes tapi selalu x jadi je plan tu.
so last week i texted my sis in shahalam to meet at mv for lunch.
and tadda.....PHOP for lunch.

sebelum makan pancakes tu kita main cuba2 spec kat TRU



mommy, ok tak sarah pakai?

aiseyy... senget pulak


mommy, can i have this doll?
mmm, no way...


masuk2 je dalam restaurant tu, adam cakap. "mommy, adam nak roti canai telor". hepp, ingat ni mamak bistro ke adam?




Texas - ni cheSu order. rasanya ok la. ada ayam kat luar. mashed potato wrapped in the pancake.



Banana fritters - ni Adam yg order
banana fritters with peaches. pancake wrapped with ice cream


Treasure box - (ni mimmy and cheMek punya)
dalam ni ada waffle kecik2, buah plum, stoberi, aiskrim, pastu mixed with syrup sikit...hummm rasa tawar, sejuk, manis bila masuk mulut. Yummmm, yummmm




Overall. memang ok. Portion nye besar, boleh makan share. Price pon ok. Three pancakes + drinks costa us RM60++. Nanti nak gi lagi. Turn cheSu belanja lak...

Wednesday, March 31, 2010

utara

last weekend stay kat company's apartment, N*orthpoint midvalley. Second time dok sini. Tu pon last minute baru dapat tau. Ada org reject kot.

Alhamdulillah dah save budget for accomodation. Sebelum ni ada plan jgk nak gi for a short weekend breakway mana2. Tapi dah dapat yang mebang punya pon dah ok la. Sebenarnya bukan best pon kat NP ni. kondo biasa je tapi fully-furnished and dekat sgt dgn mv. Masa tghari sabtu, check-in terus makan bekal yg di bawa. nasi putih, ayam msk merah, ikan grg and telor dadar(menu x seibang, xde sayur) Pastu lepak2 jap sambil tunggu rombongan atuk n nenek. Malam tu mrNaza belanja dinner kat Kenny. Lama sgt dah x makan Kenny. So, layan je la....

Malam mrNaza ajak tgk wayang. Tapi bila pi nak beli tiket, cancel terus, org ramai sgt beratur. Malam tu, layan tengok tv je la. Esok pagi2 dah bangun masak nasi goreng. Bahan2 mmg dah siap bawak. Licin nasi goreng ku. Bawak Adam berendam di pool. Puas hati dia conquer sorang2 pool tu. Kol 10, terus ke MV. shopping, mopping sikit...Kol 1 tgh balik Np, kemas2 and check-out. Overall best la jugak walaupun x banyak aktiviti kat situ. Yg penting dapat spend time with kids and in-laws ku itu. Next time harap2 dapat la kat apt Cameron/Frazer to. dah lama dok submit tapi x dapat2.... :(

Monday, March 8, 2010

lembut hati

Every morning going to office, i will try to cath Al-Zikra program on KL Ef-Em channel (Mon Friday 645 am). it's a very beneficial program for for me while driving on a breezy morning everyday.
The ustazs that conduct the program is either Ustad W. Soho Bani Leman or Ustaz Fauzi Mustafa. Today's topic is interesting. Ustaz Fauzi Mustafa's tips on how to 'melembutkan hati anak-anak'.

Amalkan membaca :
Surah Toha (Ayat 1-5)

Cara-cara
1.Ambil semangkuk/sebotol air minuman
2.After prayers, recite the surah and hembus sambil niat dalam hati(cth. Ya Allah, lembutkanlah hati anakku....)
3.Bagi air tersebut utk anak-anak minum atau masukkan dalam masakan (sup ke, tomyam ke, kari ke...)

insyaAllah,dengan izin Allah semoga dpt melembutkan hati anak-anak. tapi kita as a ibu/bapa kena istiqamah utk amalkannya.

Thursday, March 4, 2010

18 months

last week bawak cheMek for appointment with DrMahani for her 18months immunization.as usual, we went early, be the first to be registered and went to the nearby hawker for breakfast. by 10 am semua dah siap. overall, cheMek is doing fine. Weight naik 500gm aje(10kg) since the last appointment on Dec. cheMek ni kan drama Queen sikit.belum apa2 lagi kan dah nangis. DrMahani selak skirt sikit, dia nangis macam kena pukul. so, bila dah kena jab tu tau2 je lah macam mana havoc nye. hehehe tapi kejap je dia nangis.lepas kena jab, terus join abang main toys kat bilik Dr. Alhamdulillah cheMek tak demam after kena jab. dok monitor gak within 48hrs tu. tapi ade sikit manje la.'manjo kededek' oghe Kelate panggil. asyik kena dukung jah. so next appointment will be another 6 months for the Hep-A immunization.

air oh air

hooray... starting today, x perlu masak air dah.org C*oway datang install water filter filter ni kira sewa-beli. bayar 100 monthly. termasuk service every 2 months and tukar filter every 6 months. kira murah la tu kan?penapis air P*anasonic tu dah almost 6 yrs berkhidmat utk kami, masa Adam baby lagi.dulu2 lepas balik kerja kena tadah air dulu n masak air guna cerek letrik sbb nak buat air nescafe to mrNaza. pastu for air minum, mrNaza beli air mineral dlm botol tu je. sekarang x perlu lagi. ada selection of hot, room and cold water. pilih and sentuh je. senangya hati beta.....hehe


Monday, February 22, 2010

feb - month of love

on CNY holiday, went home to KB. I went back with the kids on Tuesday b4 the CNY, while mrNaza joint us two days later.

it's a bit hard for me to handle the kids alone, especially with the cheMek

boleh tahan lah lasak nye. x duduk diam. kat klia x terkejar, panjat travelator, x nak kita pimpin nak jalan sendiri.
dah la mommy pakai kasut tinggi. penat tau :( abang ok la boleh handle and dengar cakap. si cheMek ni 18 months toddler, what do u expect? kita potpet, potpet, dia sengih balik kat kita.
cair mommy tengok x jadi nak marah. inilah terrible two org panggil, semua dia nak buat and explore.

pastu bila sampai kb, cranky, nak berkepit with mommy only. maklumlah almost 3 months tak jumpa tokma and tokAyoh.
after 3 days kat kb baru dia ok dgn tokMa. tu pon her ayoh long mmg dia x leh tengok langsung, terus nangis.

had a chance to bring the family to a short-breakaway at P*erdana Resort,P*CB. the kids really had fun. on the first day we arrived, we conquered the pool.
x de org, so mommy berendam in the pool like nobody business. malam tu gi dinner with mrNaza, x leh nak candle lite dinner apa when my sis texted me 'sarah teriok' huhu terus cabut balik chalet.

holidaying in kb allows me to woke-up late every morning, food are well-served by my mama on time(x payah pening pikir nak masak apa mcm biasa tu) and shop, shop, shop till i drop.
x de la shopping sangat. top-up some bajus and pyjamas for the kids (kat kb murah), some kain bajus for me at bazar, kat p.kubor ada beli pinggan mangkuk sikit plus mama gave me 1 set of serving tray yg cantik for my birthday. thought of buying handbag kat p.kubor tu tapi x de berkenan pulok. x pe next time balik kita gi rantau panje pulok ye yang... :)

dah lama x celebrate birthday kat kb, this time around mama buat la small bbq to celebrate my birthday. tapi x de birthday cake pulok, maklum la CNY holiday. Bakery semua tutup.
Takpe lah birthday cake tak penting sgt. Yg penting rasa bersyukur sgt can gathered together with the family during my birthday. Birthday wish? sshhh... ada la. biarlah rahsia :)

Sunday, January 24, 2010

rewards for adam



last sunday, we went to mid valley.


went there coz have to make my promise to my adam.


before this i never bought anythings from TRU. round2, cuci2 mata, pastu keluar. me n mrNaza x nak ajar beli toys mahal2. beli kat pasar malam sudah.


last school holiday, i wanna encourage him to read books. so, i make a deal with him.

'adam, i you finish reading 10 books, u can get a toy from TRU.'

terus terbeliak mata adam.
i bought the lad*ybird books for him to read. dengan gigih adam baca buku....

and the reward is.... i let adam choose any toys in the store but below RM50. terus dia tak senang duduk nak pilih mana satu. and tadda......my boy with his reward:

tapi ok ke ek konsep bagi2 reward ni? kalau x buat gini, susah gak nak galakkan budak2 ni baca buku. tapi kalau amalkan selalu, x elok jugak kan. we'll see how. nanti kena tukar approach lain jugak later. lama2 boring. now the new deal begin, if he finished reading 20 books, any toys in TRU below RM70. go adam go.....

Thursday, January 21, 2010

cheeese......

hola... one of mommy's 2010 new year resolution is to create a blog. mommy was inspired by her friend out there yang dah ada blog. so, here they are. Insya Allah mommy will update it frequently despite her biziness at office and managing our little family. And most of the story that mommy will share with u is the story of me and my baby sis, sarah .... ;-).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...