Popular Posts

Showing posts with label mrNaza. Show all posts
Showing posts with label mrNaza. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

Happy Birthday Papa Selamat Bertunang CikSue

Hai,hai, hai....Lama tak bercerita pasal family. Asyik cerita pasal Shaklee boring la kan....

Bulan December bulan yang agak istimewa tahun ni....Hari Ulang Tahun Kelahiran mrNaza dan juga Hari Pertunangan adik mommy yang paling bongsu, CikSue....Kebetulan tarikh rombongan lelaki nak datang sama dengan hari birthday mrNaza, so kita raikan sekali lah.

Kebetulan pulak bakal adik ipar ku itu pon tarikh lahir sama dengan mrNaza. What a coincidence. Suratan atau kebetulan ni?? Lepas ni senang la nak celebrate. Mama pon senang nak ingat tarikh lahir menantu-menantu lelaki.... :)



Alhamdulillah majlis pertunangan CikSue berjalan lancar. Pok Su Nawi jadi wakil pihak kami. Memang pro dan berpengalaman bapa saudara ku itu :)

Mommy rasa sebak juga semasa majlis berlangsung. Teringat arwah Ayoh. Tapi mommy yakin arwah Ayoh happy diSANA dengan pilihan CikSue.... Mommy tahan sebak dan sedih, tak nak spoil majlis CikSue.

Tarikh perkahwinan yang sepakat dipilih makin dekat dah tu. 
Bakal pengantin kena kerja keras dari sekarang.  Jangan buat last minute preparation. Mak Andam dan booking pelamin pon kena tempah awal-awal.

To mrNaza, Selamat Hari UlangTahun Yang ke -35. Semoga dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Love u till Jannah, insha Allah :) 

Saturday, December 22, 2012

Ayra 18 months , Happy Birthday Papa


Bulan ni Ayra dah masuk 18 bulan. Sekejap je masa berlalu . Sekarang mulut Ayra cukup petah berkata-kata dengan 'bahasa German' nye. Pot, pet, pot, pet.... sometimes mommy tak tahu apa sebenarnya Ayra nak bagitau. Tapi layankan je. Abang Adam la yang rajin melayan adik Ayra dia ni  :) Jalan, berlari dah dapat lesen penuh dah. Suka panjat turun nak naik tangga kat rumah tu. Grill kat sliding door tu pun dia berani panjat.

Hari ni jugak birthday suami saya. Buat jamuan kecil-kecilan untuk close family. Happy Birthday Yang. Semoga sentiasa baik dan penyayang dengan anak-anak. Moga dikurniakan umur yang berkah, sehat sentiasa , bertambah keimanan dan ketakwaan.
Love you always..
Y

This song i dedicated to you lah laling.....


Thursday, November 1, 2012

Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami

Bismillahirrahmanirahim...a reminder to myself kenapa perlu taat pada suami dan tanggungjawab2 isteri terhadap suami..... ;-)

Riwayat: 
 Muttafaqun A'laih : Lafaz daripada Bukhari
Kategori: 
 Munakahat
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA juga bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Tidak harus bagi isteri berpuasa semasa suami ada bersamanya, melainkan dengan keizinan dan juga (isteri) tidak boleh membenarkan sesiapapun memasuki rumahnya melainkan dengan izin suaminya”. 
Huraian Hadith: 
  1. Islam menyuruh kaum wanita supaya taat kepada suami mereka pada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan Islam.
  2. Antara punca-punca kebahagian rumahtangga ialah kepatuhan isteri kepada suaminya.
  3. Islam mengajar isteri-isteri supaya meminta izin kepada suami mereka terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.
  4. Tanggungjawab isteri ialah melayan suami mereka dengan baik.
  5. Haram bagi isteri berpuasa sunat tanpa izin suami sama ada keizinan secara terus terang dengan ungkapan atau secara mafhum, kerana dengan berpuasa luputlah hak suami pada hari itu, tetapi jika puasa fardhu seperti puasa qadha’ maka tidak disyaratkan izin suami.
  6. Isteri tidak harus membenarkan sesiapa masuk ke rumah tanpa izin suami sama ada keizinan secara terang atau secara mafhum walaupun orang berkenaan itu keluarga isteri sendiri.
  7. Melakukan amalan sunat akan terabai hak manusia maka hak manusia patut diutamakan.
    Sumber:
    http://www.islam.gov.my/e-hadith/tanggungjawab-isteri-terhadap-suami

Tuesday, September 11, 2012

Nine great years

Hari ini genap ulangtahun perkahwinan kami yang ke SEMBILAN.
Alhamdulillah  sudah sembilan tahun di alam rumahtangga dengan TIGA cahaya mata pelengkap cinta kami.
Tiada sambutan besar-besaran hanya dinner berdua PLUS tiga orang 'askar-askar' kami HAHAHA....mana boleh tinggal beb.....
Entah lah me n mrNaza rasa janggal kalau keluar tak bawak anak-anak except pergi kerja la. Susah dan payah macam mana pon takpe, biasa lah tu. Kecik-kecik ni la nak bagi anak-anak rapat dgn kita. Bila dah besar, anak-anak akan ingat kita waktu susah senang bersama InsyaAllah...
Kalau keluar dating berdua pon mesti nak balik cepat-cepat, rasa sunyi and x happening la kalau x bawak.
Happy Anniversary to us. Moga keluarga kami kekal bahagia, sentiasa dlm rahmatAllah swt dan kekal hingga ke hujung nyawa. Amin.... :))
Pic: Google

Saturday, September 1, 2012

Welcome September..month of love


Welcome September...pls be nice to me
Month of love...because it's our wedding anniversary month :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...