Popular Posts

Showing posts with label Alfalfa. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Promo Jan 2014 - ALFALFA Complex

Promosi Shaklee untuk Januari 2014 telah di umumkan. Bulan ini tak lain tak bukan iaitu produk Shaklee Signature - Alfalfa Complex. Merupakan salah satu HOT SELLING ITEM. Pada yang masih belum tahu mengenai kebaikan Alfalfa, boleh membacanya di sini. 



Thursday, October 31, 2013

Supplemen Untuk IbuBapa (Warga Tua)

Ibu dan bapa adalah harta yang paling bernilai. Tanpa mereka siapa lah kita. Janganlah kita sakiti hati ibubapa kita. Mereka telah banyak BERJASA membesarkan kita. Teringat pula arwah 'ayoh'. Memang terasa ketiadaannya 'ayoh' selepas kembali ke Rahmatullah tiga tahun lepas.  Tiada siapa yang dapat menandingi kasih sayang seorang ibu dan bapa kandung. Hargailah ibu bapa anda yang masih ada.
Allah SWT memerintahkan kepada kita untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa seperti yang dinaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
(al-Isra': 23)

Antara cara dan adab berinteraksi dengan ibu bapa telah dinaskan di dalam al-Quran iaitu yang bermaksud:

Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
(al-Isra': 23-24)


Sebagai anak yang sudah dewasa kita perlu bertanggungjawab untuk mengambil berat hal ibubapa kita terutamanya KESIHATAN mereka. Selain memberi bantuan kewangan, pakaian dan selalu menzirahi mereka apakata kita bagi supplemen yang terbaik untuk mereka. Shaklee adalah HALAL, SELAMAT dan dari sumber NATURAL. Jika ibubapa kita ada mengambil ubat doktor pon tidak menjadi masalah untuk ambil Shaklee . Ingat Shaklee adalah SUPPLEMEN BUKAN UBAT. Boleh jarakkan 1-2jam selepas ambil ubat doktor baru ambil Shaklee.

Berikut adalah SET yang dicadangkan untuk WARGA EMAS/ IBU BAPA kita:



DARAH TINGGI/KOLESTROL
« OmegaGuard - menurunkan trigliserid, menurunkan LDL dan keseluruhan kolestrol
«    Garlic - Berupaya merendahkan tekanan darah

SAKIT JANTUNG
«OmegaGuard      - melancarkan darah ke jantung
«CoQHealth PLUS - memberi tenaga kepada jantung

DIABETES
«Alfalfa Complex   - membantu stabilkan gula dalam darah
«GLA Complex       -kesan positif pada diabetic neuropathy
«BComplex            -metabolisme gula kepada tenaga

SAKIT SENDI

«Joint Health Tablet  - memperbaiki keselesaan sendi, anti-inflamasi
«OsteMatrix - menghalang kereputan tulang

WELLNESS SET
«VitaLea         -  imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
«ESP               -  membina sel yang sihat

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat dengan set ini? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

Tuesday, October 15, 2013

SALAM AIDILADHA 1434H from MommyNLittleStars

Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah. 
Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Salam Aidiladha....selamat mejalani ibadah korban kepada yang berkorban.
Kepada yang makan daging korban, baca Doa Makan dulu. Jangan ikut nafsu (peringatan untuk diri sendiri juga).
Tahun ni giliran beraya HAJI di sini. Alhamdulillah...meriah juga. Yang penting semua yang tersayang berada di sisi sambil kita k
ayati konsep pengorbanan yang hakiki. 

Sunday, July 28, 2013

Testimoni Pesakit Gout dengan Shaklee


Credit to Sis Maria Hj Abas:

"Di tengah2 itu adalah Pak Uda saya. Kira-kira 2 bulan lepas, saya bekalkan beliau dengan beberapa supplement Shaklee yg boleh membantu pesakit Gout. Tapi katanya takut nak makan. Beliau nak habiskan ubat hospital dulu.

2-3 minggu lepas (saya masih ingat lagi waktu tu final JDT vs Red Warriors), ketika beliau pulang ke Malaysia, saya tanya beliau:

Me: Pak Uda makan tak ubat yg kita bagi tu?
Him: Belum lagi
Me: *kecewa*

Rasanya sejak daripada tu baru beliau start makan betul-betul.

Hari ini, beliau ke Muar dengan menaiki bas. Bila tengah bersalam-salam nak balik, beliau kata:
Him: Saya makan ubat awak tu sekarang saya dah boleh berjalan
His wife: Ha'a sekarang kaki dia dah kuat, tak bengkak-bengkak lagi
Me: Ye ke?? Alhamdulillah! Lepas ni dah boleh la buang tongkat hehe

Sebelum:
1. Kerap bengkak kaki. Beliau mengaku beliau tak suka 'berpantang'. Suka minum air gas, suka makan seafood
2. Pernah ada history beberapa kali masuk hospital. Teruk juga keadaannya masa tu

Beliau amalkan:
1. Vivix (sponsor dari Che Sharipah Sulong)
2. Alfalfa
3. HerbLax
4. Garlic
5. Vitamin B
6. Ostematrix

Seronok dapat bantu lebih ramai orang menjadi sihat. Alhamdulillah.. Menjadi satu kepuasan bagi saya apabila nikmat dan rezeki kesihatan itu yg dikongsikan bersama "


GOUT

Gout berlaku apabila longgokan asid urik secara berlebihan membentuk kristal pada sendi, terutama pada ibu jari kaki, bahagian atas kaki (instep), lutut, tumit, siku, pergelangan kaki, pergelangan tangan dan jari-jemari.  Kristal-kristal asid urik yang terkumpul di celah sendi ini menyebabkan keradangan. Keradangan ialah sejenis keadaan dengan sifat-sifat bengkak, warna merah dan kesakitan.  



Purine

Urik asid terbentuk daripada penguraian sekumpulan bahan kimia dikenali sebagai purine. Biasanya asid urik larut dalam darah dan dibuang melalui buah pinggang menggunakan air kencing.

Purine meningkatkan paras asid urik dalam darah. Ia menyebabkan peningkatan longgokan asid urik pada sendi dan menghasilkan gout. Protein haiwan seperti daging merah, ayam, makanan laut dan telur mengandungi paras purine yang lebih tinggi berbanding protein tumbuh-tumbuhan.
Bagi mencegah penyakit Gout, perlu elakkan makanan yang tinggi Asid Urik dan amalkan gaya hidup yang sehat seperti :

-BerSENAM 5kali seminggu selama setengah jam
-Minum AIR masak - penting untuk detoks toksin dalam badan
-Jaga DIET anda - rendah lemak, rendah gula dan tinggi fiber. Lebihkan buah-buahan dan sayuran
-ELAKkan merokok, makanan segera, kafein, garam yg berlebihan dan alkohol

Setiap supplemen Shaklee yang dicadangkan untuk pesakit Gout mempunyai fungsi tertentu:
1. VIVIX - mengimpak 4 mekanisma penuaan selular
2. HerbLax - membersihkan usus, detoks
3. Alfalfa - Menurunkan asid serum
4. BComplex - Asid folik penting dalam metabolism nukleoprotin
5. Garlic - Bagus untuk sakit dan bengkak
6. OsteMatrix - untuk sakit dan bengkak


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat dengan supplemen untuk Gout? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe


Saturday, April 6, 2013

Macam-macam khasiat Alfalfa

Alfalfa Complex - pelbagai guna dan khasiatnya. Antaranya sebagai milk booster, detoks, kecantikan, keintiman dan lain-lain.
Hubungi Mommy N Little Stars untuk mengetahui lebih lanjut tentang Alfalfa Complex Shaklee.

Monday, March 11, 2013

Cegah dan Rawat Kencing Manis dengan Sugar Control Set

Penyakit kencing manis ataupun Diabetes melitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulinoleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Ketahui simptom-simptom penyakit Diabetes.
Jika anda mengalami satu atau lebih  tanda-tanda dia atas. Sila buat pemeriksaan lanjut dengan Doktor.

Sugar Control Set yang dicadangkan untuk mengawal ketidakseimbangan glukosa dan mengekalkan kesihatan menyeluruh:
Sugar Control Set mengandungi:
ESP
Vita-Lea Iron Formula

GLA Complex
Alfalfa Complex
Sustained Release Vita C 500mg
Zinc Complex
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Berminat dengan Sugar Control Set? Hubungi saya:
    «ID Shaklee : 866376
    «SMS/Whatsapp: 012-2412804
    «Email : nz.hashim@gmail.com

    Sunday, February 10, 2013

    FEB Month Of Love - Lover Pack

    Bulan Februari memang sinonim dengan bulan percintaan. Kita tak sambut Valentines, Valentines tu.... tapi bila masuk bulan Februari mesti hati mommy berbunga-bunga (maybe it's my BIRTHDAY month kot) and terus teringat lagu Alleycats, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi.....di bulan Februari (hehe..xde kena mengena sebab tu lagu putus cinta).
    So,  Lover Pack ni memang elok sangat bagi pasangan suami isteri yang sah yang nak bagi present kat suami/isteri tapi tak tau nak bagi apa boleh la bagi Lover Pack ni.
    Bagi hadiah tak semestinya hari jadi, ulangtahun perkahwinan je kan. Hari-hari biasa nak bagi pon apa salahnye kan, lagi la pasangan kita rasa lagi suprise and rasa lagi di hargai.


    Ok dah, dah citer pasal bulan Februari. Meh kita cerita kebaikan Vita-E Complex and Alfalfa dalam Lover Pack ni:
    Vita-E Complex - Anti oksida, anti penuaan, menyokong dan mempercepat pembaik pulihan otot & baik untuk jantung, dan ada yang menggelarkannya sebagai 'Sex Vitamin/ Vitamin Cinta'. Sesuai untuk suami atau isteri.

    Alfalfa Complex - Baik untuk kesihatan dalaman wanita, berfungsi seperti Kacip Fatimah (perapat!), membantu melancarkan kitaran haid, dan banyak lagi kebaikan Alfalfa

    Tak percaya lagi Vita-E ni Vitamin Cinta and Alfalfa sebagai 'perapat'. Boleh baca conversation ni...(nama dirahsiakan)....hehe :


    Ok, sebelum beransur jom layan lagu Alleycats ni ye......:))


    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

      Berminat dengan Lover pack ? Hubungi saya:
      «ID Shaklee : 866376
      «SMS/Whatsapp: 012-2412804
      «Email : nz.hashim@gmail.com

      Thursday, January 17, 2013

      Vitamin Untuk Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu

      Supplemen Shaklee memang cukup lengkap untuk ibu-ibu bermula dari MENGANDUNG, BERPANTANG dan MENYUSU..

      Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:
      «Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)
      «B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
      «Vitamin-C (kandungan vit C bagi setiap biji ialah 500mg)
      «OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium)
      Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan,OmegaGuard (mengandungi DHA, EPA baik untuk perkembangan otak bayi)
      Supplements lain yang mungkin anda boleh amalkan terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,Energizing Soy Protein.

      Untuk masa berpantang pula, supplement yang sama sewaktu mengandung. Cuma tambah :
      «Alfalfa(elak sembelit dan retensi air)«GLA(mengimbangi sistem hormon ibu selepas bersalin). Zinc Complex juga amat digalakkan sebab zinc amat penting untuk merawat luka-luka dalaman sewaktu proses bersalin.
      Buat anda yang pertama kali ingin mencuba supplement Shaklee, anda boleh mencuba vitamin yang disenaraikan di atas ye.
      Cubalah selama sebulan dulu, dan rasailah perbezaannya. Saya pasti anda akan jatuh cinta.....:)



      Testimoni Set Berpantang:



      Testimoni Set Mengandung:



      *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

        Berminat dengan Pregnancy Set, Set Pantang dan Set Menyusu ? Hubungi saya:
        «ID Shaklee : 866376
        «SMS/Whatsapp: 012-2412804
        «Email : nz.hashim@gmail.com

        Thursday, January 3, 2013

        Kebaikan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi

        Semakin ramai yang menggunakan dan mencuba produk Shaklee bagi tujuan penyusuan susu ibu tidak mengira bangsa dan agama. Penyusuan susu ibu merupakan satu sunnah bagi yang beragama Islam.....Marilah kita kembali kepada fitrah. Islam sendiri menganjurkan penyusuan susu ibu sehingga bayi kita berusia 2 tahun dan ini jelas menjadi tanggungjawab ibu untuk memastikan misi ini berjaya.
        Bahagianya menjadi seorang ibu yang boleh menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat makanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir.
        Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.

        Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi mereka bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

        Multivitamin
        Menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak dapat diperolehi dari diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

        Protein
        Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu.

        Vitamin C
        Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

        Vitamin B Kompleks
        Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.

        Kalsium
        40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

        Asid Lemak Omega 3
        Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Kanak-kanak yang diberi susu ibu biasanya tidak mempunyai masalah fungsi otak seperti hiperaktif, autisme dan masalah tumpuan (ADHD).

        Alfalfa
        Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.


        Teruja? Ingin menyusu bayi anda tapi tiada susu? Pelbagai kisah/cerita ibu menyusu.....testimoni dibawah salah satu yang menarik perlu dibaca  :))

         Saya juga merasai perubahannya semenjak ambil set penyusuan ini. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Berikut adalah Nutrisi Penyusuan Susu Ibu yang dicadangkan oleh Shaklee:



        Reference:
        Shaklee Today Vol 5, 2012

        *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

        Berminat dengan Nutrisi Penyusuan Susu Ibu ? Hubungi saya:
        «ID Shaklee : 866376
        «SMS/Whatsapp: 012-2412804
        «Email : nz.hashim@gmail.com


        Saturday, October 13, 2012

        The WILL Power Story ...

        Alhamdulillah, Alhamdulillah ....rasa sangat happy bila dapat bantu kawan yang breastfeed her baby. As a friend and 'kakak', mommy hanya boleh membantu nasihat dan bagi dorongan but the 'WILL' faktor adalah dari dalam diri Fiza sendiri untuk meneruskan misi untuk susukan her precious Firaz.
        Kalau mommy bagi nasihat and Fiza tak take the ACTION pon, ia tak akan terlaksana. Yang penting kena USAHA + DOA jangan terus GIVE-UP. Kita ikuti testimoni panjang lebar Fiza about her breastfeeding journey. 


        Buat Fiza, CONGRATS kerana dapat susu kan Firaz. Akak tau Fiza memang kuat, you will DO ANYTHING for your loved one. Semoga dapat teruskan penyusuan susu ibu with your next baby dear... :-)

        Buat pengetahuan semua, for penyusuan susu ibu supplemen yang di cadangkan adalah:

        VitaLea - Multivitamin. Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita
        B-Complex -Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.
        Vita C - Untuk meningkatkan sistem imun
        Alfalfa - As a Milk Booster, cepatkan penghasilan susu ibu
        ESP -  Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu. Protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran.


        Selain itu, perlu kita ingat penyusuan susu ibu akan berjaya jika kita:
        -sentiasa menjaga pemakanan
        -sentiasa mengepam dengan konsisten
        -minum air mengikut keperluan badan. Jika mengambil supplement perlukan lebih air.
        -sentiasa berdoa dan bersangka baik dengan Allah.
        -istiqamah dalam segala urusan.

        Saturday, October 6, 2012

        Keunikan Alfalfa Complex Shaklee

        ALFALFA - disebut  di dalam Al-Quran Surah An-Naba 78:6:
        Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

        Di antara khasiat ALFALFA:
        Shaklee Difference:
        Alfalfa Complex Shaklee diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos /baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan Alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya bole mencapai sehingga 20kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun Alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
        Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan yang sangat ketat dan teliti.Setiap tablet mengandungi 300mg Alfalfa.

        Saturday, September 15, 2012

        Alfalfa Complex - Formula Shaklee Signature

        Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

        Alfalfa Complex merupakan satu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an. Shaklee hanya menggunakan Alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk Kalsium, Fosforus, zat Besi, dan Magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin
        • Sumber semulajadi dari Alfalfa
        • Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu
        Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita
        1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
        2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
        3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
        4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
        5. Merawat arthitis
        6. Bagus untuk elergi dan ekzema
        7. Merawat athma
        8. Mencuci usus bagi membuang toksik
        9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
        10. Meneutralkan asid dalam badan
        11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
        12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
        13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
        14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
        15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
        16. Meningkatkan stamina seorang suami
        17. Melegakan sembelit
        18. Membuang angin dalam badan
        19. Milk booster

        AWAS!!!!

        Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.
        SOURCE:
        1. http://vitaminsemulajadi.com
        2. Shaklee Product Guide

        Dapatkan Alfalfa terbaik hanya dari Shaklee
        Sile emel saya untuk mendapatkan HARGA ISTIMEWA nz.hashim@gmail.com

        Tuesday, January 3, 2012

        Milk Booster

        Seminggu dua ni milk production sgt low. not sure puncanya tapi memang x jaga makan sangat semenjak dua menjak ni especially minum ais x ingat, kurma pon dah jarang2 makan, oats pon selalu skips. Bila pump, pump dapat 3 oz je. usually sekali pump dapat 5,6 oz. tension mommy.....Ayra Khadijah pulak dah start minum banyak. Hari tu tak cukup susu kat rumah bbsitter. Kak Yati bagi FM sorang baby kat sana. x pe lah nak buat mcm mana sbb dah bagi kan. tapi saya kena bekalkan lebih la susu sekarang sbb Ayra dah start minum banyak. Sekarang ni bekalkan dalam 12oz sehari, dah kena start bekalkan lebih.
        Hati mommy dah runsing sebab susu drop, tiba-tiba teringat Alfalfa.


        Hari tu stop makan Alfalfa kejap sebab ada gatal2 kat kaki. Selalu ambik 2biji je tapi hari tu telan 3 biji. The next day, Wallllaaa....memancut-mancut susu. memang betul lah Alfalfa ni as a milk-booster.

        "Alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.


        Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita. "
        -Quote from Alin



        Now saya dah tak skip makan Alfalfa dah. Sekurang-kurangnya 2 biji sehari ambil Alfalfa. This is to make sure to boost my milk supply. Other than consuming Alfalfa, i'll make sure tu pump, pump, pump at office every three hours. Air pon kena minum banyak sbb kalau x minum, rasa kering/ dehydrated je. Lagipun kat opis tu, air cond sejuk beku macam musim winter tau. Kulit cepat je kering


        Ok, for more information please email to me nz.hashim@gmail.com :)



        * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.Consult your healthcare professionals before taking any dietary supplements.



        Sunday, December 11, 2011

        my breastfeeding story

        Sewaktu melahirkan Adam tujuh tahun lepas, mommy mmg tiada langsung ilmu penyusuan. Till now mommy still regret sbb dapat menyusukan Adam a few months saje. Ingat lagi hari ke-2 di SJMC, breast Mommy bengkak tapi susu tak keluar2 jugak. Macam2 buat, tuam air panas, letak kobis. But still susu x keluar. Being a firts time parent, mmg Mommy and mrNaza risau sbb Adam asyik menangis je waktu tu. We have no choice, kesian kat anak yang kelaparan, kami beli FM kat Carre4. Di tambah pulak family x supportive sgt bab-bab penyusuan ni. Biasa la komen org2 tua 'Beli susu tin je, nanti susah nak tinggal nak gi kerja....',bla,bla, bla.... So, membesar lah Adam dengan FM. That's the best that we can give to him at that time. But now, tiap kali buat minum pagi for Adam, mommy campurkan sedikit EBM adiknya dalam minuman Adam sambil selawat. hehe.....


        Pic Google
        Sebelum lahirkan kan Sarah, Mommy teruja tengok officemate Mommy boleh fully breast fed baby dia sampai 2 years. Memang membuka mata mommy waktu tu. Kawan mommy tu kurus je, tapi susu banyak. Mommy terus gali ilmu penyusuan di Internet di samping banyak bertanya kawan2. Alhamdulillah Sarah breast fed until 2yrs plus tapi tu pon top-up dengan FM. Jika dibandingkan Adam dan Sarah waktu baby, Sarah jarang dapat demam. And kalau demam pon tak lama. Memang terbukti susu ibu kaya dengan antibodi. So far, Ayra dah 6months++ masih belom demam lagi. Seingat mommy, waktu Adam baby dulu 3months dah dapat high fever. Perbelanjaan pon memang banyak dapat dijimatkan kalau breast feeding your baby. FM yg average pon dalam RM50++ setin. That's only for 1 week supply. 1 month, sendiri kira la. Tu susu yg average tau, yg lagi mahal .... :)


        Pic Google


        Masa pregnant kan Ayra, mommy nekad utk beri susu ibu sepenuhnya. Mommy gali lagi ilmu penyusuan. Tak macam 7,8 tahun lepas, sekarang memang banyak ilmu penyusuan yang Mommy perolehi lebih-lebih lagi di Internet. Nak dan tak nak buat sahaja. Mommy bersyukur dapat jumpa blog Alin. Memang banyak ilmu penyusuan yang Alin kongsikan. Di samping itu Mommy juga mengambil suplemen yang disarankan oleh Alin. Based on Mommy's experience, pengambilan suplemen memang penting semasa kita menyusukan bayi especially suplemen Shaklee yang terbukti HALAL dan sudah 55 TAHUN di pasaran. Rasa rugi tak kenal Shaklee dari dulu lagi hehe. Susu banyak dan berkualiti, kesihatan pon bertambah baik. Alhamdulillah.......
        Ini supplemen yang mommy ambik:


        Cadangan supplement utk Breastfeeding ini mengandungi:

        1. Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.
        2. B complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

        3. Vitamin C : Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

        4. Alfalfa : Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu
        MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.
        Note : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




        Sila email saya nz.hashim@gmail.com or SMS 012-2412804 untuk pertanyaan :)
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...