Popular Posts

Showing posts with label confinement nutrition. Show all posts
Showing posts with label confinement nutrition. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Vitamin Untuk Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu

Supplemen Shaklee memang cukup lengkap untuk ibu-ibu bermula dari MENGANDUNG, BERPANTANG dan MENYUSU..

Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:
«Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)
«B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
«Vitamin-C (kandungan vit C bagi setiap biji ialah 500mg)
«OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium)
Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan,OmegaGuard (mengandungi DHA, EPA baik untuk perkembangan otak bayi)
Supplements lain yang mungkin anda boleh amalkan terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,Energizing Soy Protein.

Untuk masa berpantang pula, supplement yang sama sewaktu mengandung. Cuma tambah :
«Alfalfa(elak sembelit dan retensi air)«GLA(mengimbangi sistem hormon ibu selepas bersalin). Zinc Complex juga amat digalakkan sebab zinc amat penting untuk merawat luka-luka dalaman sewaktu proses bersalin.
Buat anda yang pertama kali ingin mencuba supplement Shaklee, anda boleh mencuba vitamin yang disenaraikan di atas ye.
Cubalah selama sebulan dulu, dan rasailah perbezaannya. Saya pasti anda akan jatuh cinta.....:)



Testimoni Set Berpantang:



Testimoni Set Mengandung:



*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Berminat dengan Pregnancy Set, Set Pantang dan Set Menyusu ? Hubungi saya:
    «ID Shaklee : 866376
    «SMS/Whatsapp: 012-2412804
    «Email : nz.hashim@gmail.com

    Saturday, November 3, 2012

    Pentingnya amalan berpantang selepas bersalin

    DOKTOR, saya baharu sahaja bersalin anak pertama seminggu yang lepas. Saya ingin bertanya doktor berkenaan amalan berpantang semasa bersalin. Saya diberitahu oleh orang tua bahawa amalan berpantang ini amat penting dan jika tidak dilakukan dengan betul, akan mendapat kemudaratan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
    Nini, Kubang Pasu, Kedah.
    JAWAPAN:
    Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya menumpukan kepada sajian makanan serta minuman. Malahan amalan ini turut merangkumi hubungan seks, aktiviti harian seperti amalan mandi dan berurut. Pada kebiasaannya, hubungan seks tidak digalakkan dalam tempoh tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan seks bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut suci dan kering daripada darah nifas (darah yang keluar selepas melahirkan anak).

    PerubatanDari segi perubatan pula, tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.
    Dari segi kesihatan, darah nifas sebenarnya mengandungi bakteria (kuman) dan lendiran daripada lapisan dinding rahim. Keadaan anatomi salur kencing (uretra) dan salur dubur yang terletak berdekatan dengan salur faraj menyebabkan kemungkinan mudah dijangkiti kuman. Luka jahitan episiotomi juga mugkin boleh terbuka atau terkoyak jika berlaku hubungan seks pada peringkat awal. Pada kebiasaannya, luka episiotomi sembuh dalam masa dua hingga empat minggu selepas kelahiran. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah semasa proses penyembuhannya dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.
    ##Notes from MommyNLittleStars: Pengambilan Zinc dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman selepas proses kelahiran. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

    Pemakanan
    Jika dilihat dari segi aspek pemakanan pula, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran 'sejuk' seperti kangkung, bayam, pucuk paku serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah 'gatal' seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru.
    Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan mengambil makanan atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan 'disalurkan' melalui susu ibu kepada bayi.
    Kebanyakan wanita, khususnya orang Melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi (kekurangan air). Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara lapan hingga 12 cawan sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan. Namun begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.
    ##Notes from MommyNLittleStars: Pengambilan multivitamin dengan Zat Besi (VitaLea) penting kerana VitaLea lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
    Selain VitaLea, Vita C penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.



    Perubahan mental
    Selain perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kemurungan. Malah sesetengahnya pula mengalami jiwa yang terganggu (psychosis) selepas melahirkan anak.
    Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan seks. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan hubungan seks ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas melahirkan anak pula, hubungan seks tidak digalakkan untuk sementara waktu.
    Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai tempoh pemulihan daripada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim menguncup kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution.
    Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadang-kala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu.
    ##Notes from MommyNLittleStars: B-Complex  amat digalakkan untuk wanita selepas bersalin sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.


    Looking at your newborn...It's a PRICELESS moment

    Sape2 yang nak mengetahui lebih lanjut berkenaan set berpantang dengan Shaklee boleh email saya nz.hashim@gmail.com or SMS/Whatsapp 012-2412804


    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Thursday, September 6, 2012

    Berpantang Dengan Shaklee

    Berpantang merupakan satu tempoh yang penting bagi ibu setelah melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang ibu-ibu harus menjaga makan dan pantang larang.Tahap kesabaran dan disiplin perlu tinggi semasa berpantang. Kenalah pantang betul2, kalau tak belum sampai masanya dah sakit dan lenguh sana sini
    Berpantang juga tempoh untuk 'baik pulih' badan kita setelah mengharungi detik2 kelahiran 'benih cinta' yang kita kandung selama 9bulan 10hari.
    Teringat sewaktu berpantangkan Ayra, saya mengalami pening-pening macam nak pitam. Lama la juga risau dibuatnya sebab doktor check blood pressure, buat blood test semua OK. Sehinggalah saya decide nak ambil supplemen. Alhamdulillah dah tak pening-pening dah lepas tu. Saya rasa badan saya kekurangan Zat Besi selepas bersalin tu. Kandungan Iron(Zat Besi) dalam VitaLea agaknya telah merawat problem saya ketika tu Wallahualam. Syukur Ya Allah.....Alhamdulillah, Alhamdulillah.... :))
    Selain jamu-jamu tradisional, pengambilan supplemen adalah salah satu alternatif untuk mengembalikan kekuatan, menguatkan otot-otot dan memulihkan luka-luka dalaman.

    Supplemen-supplemen yang dicadangkan semasa berpantang (normal dan ceaserian).
    (1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

    (2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

    (3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

    (4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

    Teruja tak nak berpantang dengan supplement shaklee for your next baby... Berminat??   
    Email : nz.hashim@gmail.com 
    Call/SMS:012-2412804   
    *Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

    Thursday, July 5, 2012

    Set berpantang : Jamu atau Vitamin?

    Mencari-cari set berpantang yang simple cara penggunaannya namun efektif untuk memulihkan tubuh selepas bersalin? Saya syorkan anda mencuba Set Berpantang Shaklee untuk membaikpulih luka dalaman dan luaran, memberi tenaga yang berpanjangan, membantu mengelakkan post-partum blues, mengembalikan kejelitaan anda dan semestinya 'pembantu' anda sepanjang breastfeeding journey anda bersama bayi kelak.
    Apakah sebenarnya perbezaan mengamalkan jamu atau vitamin semasa dalam pantang? 
    Sebenarnya jamu juga dikategorikan sebagai makanan tambahan. Namun badan kita mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya ditambah kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

    Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik (... Pn. Norita)

    Ibu yang dalam pantang hanya memerlukan ...
    • multivitamin yang lengkap dengan zat besi kerana zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah ditambah ibu banyak kehilangan darah semasa haid dan nifas. 
    • B complex dan vitamin C penting dalam membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan serta vitamin ini membantu mengelakkan si ibu mendapat risiko meroyan. 
    • Manakala zinc sangat perlu untuk aturan 100 jenis enzim dalam tubuh. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembaikan luka luar dan dalam. 
    • Tidak kurang juga keperluan kalsium sangat dititikberatkan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalsium dari wanita biasa kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pembesaran si anak.

      Alhamdulillah ramai yang berpuash hati berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Ikuti perkongsian mereka. Anda bagaimana? 


    *Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.
    Reference

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...