Popular Posts

Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts
Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Supplemen Untuk IbuBapa (Warga Tua)

Ibu dan bapa adalah harta yang paling bernilai. Tanpa mereka siapa lah kita. Janganlah kita sakiti hati ibubapa kita. Mereka telah banyak BERJASA membesarkan kita. Teringat pula arwah 'ayoh'. Memang terasa ketiadaannya 'ayoh' selepas kembali ke Rahmatullah tiga tahun lepas.  Tiada siapa yang dapat menandingi kasih sayang seorang ibu dan bapa kandung. Hargailah ibu bapa anda yang masih ada.
Allah SWT memerintahkan kepada kita untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa seperti yang dinaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
(al-Isra': 23)

Antara cara dan adab berinteraksi dengan ibu bapa telah dinaskan di dalam al-Quran iaitu yang bermaksud:

Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
(al-Isra': 23-24)


Sebagai anak yang sudah dewasa kita perlu bertanggungjawab untuk mengambil berat hal ibubapa kita terutamanya KESIHATAN mereka. Selain memberi bantuan kewangan, pakaian dan selalu menzirahi mereka apakata kita bagi supplemen yang terbaik untuk mereka. Shaklee adalah HALAL, SELAMAT dan dari sumber NATURAL. Jika ibubapa kita ada mengambil ubat doktor pon tidak menjadi masalah untuk ambil Shaklee . Ingat Shaklee adalah SUPPLEMEN BUKAN UBAT. Boleh jarakkan 1-2jam selepas ambil ubat doktor baru ambil Shaklee.

Berikut adalah SET yang dicadangkan untuk WARGA EMAS/ IBU BAPA kita:



DARAH TINGGI/KOLESTROL
« OmegaGuard - menurunkan trigliserid, menurunkan LDL dan keseluruhan kolestrol
«    Garlic - Berupaya merendahkan tekanan darah

SAKIT JANTUNG
«OmegaGuard      - melancarkan darah ke jantung
«CoQHealth PLUS - memberi tenaga kepada jantung

DIABETES
«Alfalfa Complex   - membantu stabilkan gula dalam darah
«GLA Complex       -kesan positif pada diabetic neuropathy
«BComplex            -metabolisme gula kepada tenaga

SAKIT SENDI

«Joint Health Tablet  - memperbaiki keselesaan sendi, anti-inflamasi
«OsteMatrix - menghalang kereputan tulang

WELLNESS SET
«VitaLea         -  imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
«ESP               -  membina sel yang sihat

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat dengan set ini? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

Saturday, July 27, 2013

Kulit Glowing, Gojes dengan SET KECANTIKAN Shaklee

Set Kecantikan (Beauty Set) memang set yang POPULAR (selain dari Set Menyusu) di kalangan customer Mommy. Ramai yang teruja dan berpuas hati dengan set ini.
Set Kecantikan terdiri dari B-Compex, Vita E dan Vita-C (ya....Vita C masih belum ada news lagi, masih menunggu khabar  dari Shaklee. Harap bersabar ye :)) Tetapi jangan risau, customer Mommy yang ambil Beauty Set, ambil Chewable Vita C (100mg) untuk menggantikan Vita C PLUS (500mg) tu. Khasiatnya masih sama cuma dos je kurang.
Testimoni 1:
Testimoni 2: Set Kecantikan + Alfalfa + ESP




Testimoni 3: Set Kecantikan + ESP  + OsteMatrix + GLA
Testimoni 4:



Pengambilan vitamin yang membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik ialah :
Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.
Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Umum mengetahui kolagen memerlukan kos yang tinggi. Untuk yang bajet rendah vitamin C amat membantu juga, vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.
Vitamin E terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Bagi yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan tompokan hitam bekas jerawat, boleh cuba amalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin yang dinyatakan diatas. Tidak salah kita peruntukan sedikit kewangan untuk kecantikan diri sendiri kan... :)
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat dengan Set Kecantikan? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe


Thursday, May 23, 2013

Stress + Penat nye Bekerja

Kenapa kita perlu bekerja?
Kita bekerja untuk mencari REZEKI yang HALAL. Hasil titik-peluh kita bekerja itulah yang kita gunakan untuk menampung kehidupan seharian. Dalam Islam juga, turut ditekankan konsep
'Kerja adalah ibadah'.

Kita digalakkan bekerja mengikut etika yang disarankan seperti kerja BERSUNGGUH-SUNGGUH,  RAJIN, berMOTIVASI, berAMANAH dan IKHLAS dalam pekerjaan. Kaum wanita juga makin ramai yang bekerja dan berkerjaya di zaman moden ini. Kebanyakannya bekerja untuk membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga
Sebagai seorang pekerja yang telah berada di sektor pekerjaan hampir 13 tahun, stress dan penat dalam bekerja adalah perkara biasa bagi mommy. Namun kita harus bijak menangani stress supaya ianya tidak berpanjangan dan berlarutan dengan masalah lain pula. 
Jangan campur adukkan masalah peribadi di tempat kerja. IMPIAN mommy suatu hari nanti nak jadi WAHM. Bekerja dari rumah sambil uruskan keluarga. Bukan perkara baru lagi di negara kita. Ramai kawan-kawan mommy yang berjaya buat macam tu, I believe I can do it! InshaAllah, dengan Shaklee mommy boleh capai impaian itu. Amin....
Ni mommy list out kan antara langkah-langkah mengatasi STRESS:
#FAHAMI PUNCA STRESS
#KETAWA
#MENANGIS
#BERSENAM/BERIADAH
#LUAHKAN PERASAAN DI DIARI ATAU SAHABAT KARIB
#BERMEDITASI ATAU BERTAFAKUR
#MENYANYI/MENARI/MENJERIT
#BERUSAHA DAN BERSERAH

KETAWA - salah satu terapi untuk kawal stress

Selain itu, bagi mommy pengambilan supplemen juga sedikit sebanyak dapat meredakan stress atau tekanan yang mommy lalui setiap hari.
My favourite adalah BComplex dan Vita-Lea. Hari-hari kena ambil. Tapi sometime terskip juga. Tapi beza lah hari yang tak ambik tu. Memang rasa cepat letih, cepat nak marah kalau lupa makan...hehe. I need the energy and the mood enhancer. Maklumlah, habis kerja nak balik uruskan FAMILY pula, which is my TOP PRIORITY!!




*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Berminat dengan set ini ? Hubungi saya:
    «ID Shaklee : 866376
    «SMS/Whatsapp: 012-2412804
    «Email : nz.hashim@gmail.com«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

    Monday, March 11, 2013

    Cegah dan Rawat Kencing Manis dengan Sugar Control Set

    Penyakit kencing manis ataupun Diabetes melitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
    Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
    • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulinoleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
    • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
    Ketahui simptom-simptom penyakit Diabetes.
    Jika anda mengalami satu atau lebih  tanda-tanda dia atas. Sila buat pemeriksaan lanjut dengan Doktor.

    Sugar Control Set yang dicadangkan untuk mengawal ketidakseimbangan glukosa dan mengekalkan kesihatan menyeluruh:
    Sugar Control Set mengandungi:
    ESP
    Vita-Lea Iron Formula

    GLA Complex
    Alfalfa Complex
    Sustained Release Vita C 500mg
    Zinc Complex
    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

      Berminat dengan Sugar Control Set? Hubungi saya:
      «ID Shaklee : 866376
      «SMS/Whatsapp: 012-2412804
      «Email : nz.hashim@gmail.com

      Saturday, January 19, 2013

      Sejarah Multivitamin Shaklee - Vita-Lea

      Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

      Vitalized Minerals - 90 tahun dahulu

      Peningkatan teknologi telah mengubah bentuk Vita-Lea dari cecair(90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap  tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada  sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan seimbang.
      Vita-Lea KINI

      Tablet Vita-Lea kini disaluti dengan serbuk nutrisi - Spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
      Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

      Sumber:
      Buku Panduan Nutrisi Shaklee

      *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

        Berminat dengan multivitamin Vita-Lea? Hubungi saya:
        «ID Shaklee : 866376
        «SMS/Whatsapp: 012-2412804
        «Email : nz.hashim@gmail.com

        Thursday, January 17, 2013

        Vitamin Untuk Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu

        Supplemen Shaklee memang cukup lengkap untuk ibu-ibu bermula dari MENGANDUNG, BERPANTANG dan MENYUSU..

        Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:
        «Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)
        «B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
        «Vitamin-C (kandungan vit C bagi setiap biji ialah 500mg)
        «OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium)
        Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan,OmegaGuard (mengandungi DHA, EPA baik untuk perkembangan otak bayi)
        Supplements lain yang mungkin anda boleh amalkan terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,Energizing Soy Protein.

        Untuk masa berpantang pula, supplement yang sama sewaktu mengandung. Cuma tambah :
        «Alfalfa(elak sembelit dan retensi air)«GLA(mengimbangi sistem hormon ibu selepas bersalin). Zinc Complex juga amat digalakkan sebab zinc amat penting untuk merawat luka-luka dalaman sewaktu proses bersalin.
        Buat anda yang pertama kali ingin mencuba supplement Shaklee, anda boleh mencuba vitamin yang disenaraikan di atas ye.
        Cubalah selama sebulan dulu, dan rasailah perbezaannya. Saya pasti anda akan jatuh cinta.....:)



        Testimoni Set Berpantang:



        Testimoni Set Mengandung:



        *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

          Berminat dengan Pregnancy Set, Set Pantang dan Set Menyusu ? Hubungi saya:
          «ID Shaklee : 866376
          «SMS/Whatsapp: 012-2412804
          «Email : nz.hashim@gmail.com

          Thursday, January 3, 2013

          Kebaikan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi

          Semakin ramai yang menggunakan dan mencuba produk Shaklee bagi tujuan penyusuan susu ibu tidak mengira bangsa dan agama. Penyusuan susu ibu merupakan satu sunnah bagi yang beragama Islam.....Marilah kita kembali kepada fitrah. Islam sendiri menganjurkan penyusuan susu ibu sehingga bayi kita berusia 2 tahun dan ini jelas menjadi tanggungjawab ibu untuk memastikan misi ini berjaya.
          Bahagianya menjadi seorang ibu yang boleh menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat makanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir.
          Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.

          Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi mereka bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

          Multivitamin
          Menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak dapat diperolehi dari diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

          Protein
          Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu.

          Vitamin C
          Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

          Vitamin B Kompleks
          Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.

          Kalsium
          40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

          Asid Lemak Omega 3
          Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Kanak-kanak yang diberi susu ibu biasanya tidak mempunyai masalah fungsi otak seperti hiperaktif, autisme dan masalah tumpuan (ADHD).

          Alfalfa
          Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.


          Teruja? Ingin menyusu bayi anda tapi tiada susu? Pelbagai kisah/cerita ibu menyusu.....testimoni dibawah salah satu yang menarik perlu dibaca  :))

           Saya juga merasai perubahannya semenjak ambil set penyusuan ini. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Berikut adalah Nutrisi Penyusuan Susu Ibu yang dicadangkan oleh Shaklee:



          Reference:
          Shaklee Today Vol 5, 2012

          *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

          Berminat dengan Nutrisi Penyusuan Susu Ibu ? Hubungi saya:
          «ID Shaklee : 866376
          «SMS/Whatsapp: 012-2412804
          «Email : nz.hashim@gmail.com


          Saturday, November 3, 2012

          Pentingnya amalan berpantang selepas bersalin

          DOKTOR, saya baharu sahaja bersalin anak pertama seminggu yang lepas. Saya ingin bertanya doktor berkenaan amalan berpantang semasa bersalin. Saya diberitahu oleh orang tua bahawa amalan berpantang ini amat penting dan jika tidak dilakukan dengan betul, akan mendapat kemudaratan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
          Nini, Kubang Pasu, Kedah.
          JAWAPAN:
          Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya menumpukan kepada sajian makanan serta minuman. Malahan amalan ini turut merangkumi hubungan seks, aktiviti harian seperti amalan mandi dan berurut. Pada kebiasaannya, hubungan seks tidak digalakkan dalam tempoh tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan seks bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut suci dan kering daripada darah nifas (darah yang keluar selepas melahirkan anak).

          PerubatanDari segi perubatan pula, tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.
          Dari segi kesihatan, darah nifas sebenarnya mengandungi bakteria (kuman) dan lendiran daripada lapisan dinding rahim. Keadaan anatomi salur kencing (uretra) dan salur dubur yang terletak berdekatan dengan salur faraj menyebabkan kemungkinan mudah dijangkiti kuman. Luka jahitan episiotomi juga mugkin boleh terbuka atau terkoyak jika berlaku hubungan seks pada peringkat awal. Pada kebiasaannya, luka episiotomi sembuh dalam masa dua hingga empat minggu selepas kelahiran. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah semasa proses penyembuhannya dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.
          ##Notes from MommyNLittleStars: Pengambilan Zinc dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman selepas proses kelahiran. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

          Pemakanan
          Jika dilihat dari segi aspek pemakanan pula, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran 'sejuk' seperti kangkung, bayam, pucuk paku serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah 'gatal' seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru.
          Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan mengambil makanan atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan 'disalurkan' melalui susu ibu kepada bayi.
          Kebanyakan wanita, khususnya orang Melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi (kekurangan air). Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara lapan hingga 12 cawan sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan. Namun begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.
          ##Notes from MommyNLittleStars: Pengambilan multivitamin dengan Zat Besi (VitaLea) penting kerana VitaLea lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
          Selain VitaLea, Vita C penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.



          Perubahan mental
          Selain perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kemurungan. Malah sesetengahnya pula mengalami jiwa yang terganggu (psychosis) selepas melahirkan anak.
          Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan seks. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan hubungan seks ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas melahirkan anak pula, hubungan seks tidak digalakkan untuk sementara waktu.
          Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai tempoh pemulihan daripada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim menguncup kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution.
          Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadang-kala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu.
          ##Notes from MommyNLittleStars: B-Complex  amat digalakkan untuk wanita selepas bersalin sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.


          Looking at your newborn...It's a PRICELESS moment

          Sape2 yang nak mengetahui lebih lanjut berkenaan set berpantang dengan Shaklee boleh email saya nz.hashim@gmail.com or SMS/Whatsapp 012-2412804


          *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

          Sunday, October 21, 2012

          Anda Kurus? Nak naik berat badan ideal secara Sihat?

          Pic Google
          Adakah anda terlalu kurus dan ingin menambah berat badan? Dah makan banyak, makan macam-macam tapi berat tak naik-naik jugak??
          Bosan orang panggil 'keding', 'tiang gol', 'lidi' , 'bini popeye'....dan macam-macam panggilan lagi?
          Ikuti pengakuan testimoni customer-customer Shakle yang berjaya menaikkan berat badan mereka secara sihat dengan produk Shaklee.
          1. Meal Shakes Shaklee - menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.
          2. B-Complex Shaklee - mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Biotin dan asid folik.
          3. Vita-Lea Shaklee - adalah muti-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting.



          *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 
          Boleh emel saya nz.hashim@gmail.com or SMS/Whatsapp 012-2412804 untuk tips lebih lanjut.

          Saturday, October 13, 2012

          The WILL Power Story ...

          Alhamdulillah, Alhamdulillah ....rasa sangat happy bila dapat bantu kawan yang breastfeed her baby. As a friend and 'kakak', mommy hanya boleh membantu nasihat dan bagi dorongan but the 'WILL' faktor adalah dari dalam diri Fiza sendiri untuk meneruskan misi untuk susukan her precious Firaz.
          Kalau mommy bagi nasihat and Fiza tak take the ACTION pon, ia tak akan terlaksana. Yang penting kena USAHA + DOA jangan terus GIVE-UP. Kita ikuti testimoni panjang lebar Fiza about her breastfeeding journey. 


          Buat Fiza, CONGRATS kerana dapat susu kan Firaz. Akak tau Fiza memang kuat, you will DO ANYTHING for your loved one. Semoga dapat teruskan penyusuan susu ibu with your next baby dear... :-)

          Buat pengetahuan semua, for penyusuan susu ibu supplemen yang di cadangkan adalah:

          VitaLea - Multivitamin. Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita
          B-Complex -Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.
          Vita C - Untuk meningkatkan sistem imun
          Alfalfa - As a Milk Booster, cepatkan penghasilan susu ibu
          ESP -  Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu. Protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran.


          Selain itu, perlu kita ingat penyusuan susu ibu akan berjaya jika kita:
          -sentiasa menjaga pemakanan
          -sentiasa mengepam dengan konsisten
          -minum air mengikut keperluan badan. Jika mengambil supplement perlukan lebih air.
          -sentiasa berdoa dan bersangka baik dengan Allah.
          -istiqamah dalam segala urusan.

          Monday, September 10, 2012

          Supplemen utk org yang sihat

          Lately ni selalu mommy ditanya soalan serupa :'Kak, saya xde sakit apa2 supplemen apa nak makan?',
          'Kak, boleh suggest bitamin apa nak makan utk lemah lesu, penat bila balik kerja?' :))

          Tahniah kerana anda seorang yang mengambil berat tentang kesihatan. Preventive is better than cure. Pada hakikatnya, supplemen adalah untuk orang yang sihat.Bila dah sakit baru nak ambil berat, a bit too late.  Bagi yang bajet lebih boleh mencuba Family Wellness Set


          Kalau yang bajet kurang, memadai ambil ESP dan Vita-Lea. Kenapa basic untuk ambil 2 supplemen ini? 
          ESP  adalah protein yang merupakan bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Oleh itu, semua organ kita memerlukan Protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit.

          Manakala Vita-Lea adalah tablet lengkap yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Vita-Lea sangat membantu memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam pelajaran dan kerja seharian.

          ESP & Vita-Lea merupakan kombinasi terbaik bagi anda yang mementingkan kesihatan tetapi mempunyai limited budget atau tak suka makan vitamin banyak2. 
          *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  

          Sila email saya untuk pertanyaan nz.hashim@gmail.com

          Thursday, September 6, 2012

          Berpantang Dengan Shaklee

          Berpantang merupakan satu tempoh yang penting bagi ibu setelah melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang ibu-ibu harus menjaga makan dan pantang larang.Tahap kesabaran dan disiplin perlu tinggi semasa berpantang. Kenalah pantang betul2, kalau tak belum sampai masanya dah sakit dan lenguh sana sini
          Berpantang juga tempoh untuk 'baik pulih' badan kita setelah mengharungi detik2 kelahiran 'benih cinta' yang kita kandung selama 9bulan 10hari.
          Teringat sewaktu berpantangkan Ayra, saya mengalami pening-pening macam nak pitam. Lama la juga risau dibuatnya sebab doktor check blood pressure, buat blood test semua OK. Sehinggalah saya decide nak ambil supplemen. Alhamdulillah dah tak pening-pening dah lepas tu. Saya rasa badan saya kekurangan Zat Besi selepas bersalin tu. Kandungan Iron(Zat Besi) dalam VitaLea agaknya telah merawat problem saya ketika tu Wallahualam. Syukur Ya Allah.....Alhamdulillah, Alhamdulillah.... :))
          Selain jamu-jamu tradisional, pengambilan supplemen adalah salah satu alternatif untuk mengembalikan kekuatan, menguatkan otot-otot dan memulihkan luka-luka dalaman.

          Supplemen-supplemen yang dicadangkan semasa berpantang (normal dan ceaserian).
          (1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

          (2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

          (3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

          (4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

          Teruja tak nak berpantang dengan supplement shaklee for your next baby... Berminat??   
          Email : nz.hashim@gmail.com 
          Call/SMS:012-2412804   
          *Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

          Thursday, July 19, 2012

          Supplemen asas untuk permulaan yang sihat

          Bagi mereka yang nak ambil supplemen tapi tak tau nak ambil supplemen apa, Set Family Wellness adalah set yang dicadangkan oleh Shaklee.
          Set Family Wellness memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.
          Kebaikan Set Family Wellness:
          • Membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
          • Membantu anda berasa lebih bertenaga
          • Menguatkan sistem imun anda
          • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.
          Set Family Wellness mengandungi ESP, Vita-Lea, Vita-C and B-Complex.

          *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
          .

          Friday, July 6, 2012

          Multivitamin & Multimineral - VitaLea

          Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
          Penggunaan Vita-Lea boleh:
          • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
          • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
          • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
          • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
          Shaklee Difference (Perbezaan Shaklee):
          • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
          • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
          • Vita-Lea menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk

          Retail Price RM 88.75 (Semenanjung Malaysia) | RM 93.75 (Sabah Sarawak) 
          Kandungan 120 biji

          Berminat?Sila hubungi saya di 012-2412804 | nz.hashim@gmail.com utk sebarang pertanyaan |pesanan.Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...