Popular Posts

Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul, kenangan di Raudhah & makam Rasulullah



Salam Maulidur Rasul untuk semua...
Semoga cuti Maulidur Rasul hari ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama kita. Disamping menghayati sifat-sifat dan akhlak terpuji Rasulullah s.a.w., banyakkan berselawat ke atas Baginda pasti banyak syafaatnya. Teringat pula kenangan bersembahyang di sekitar Raudhah di Masjid Nabawi, berdekatan dengan Makam Rasulullah, ketika mengerjakan Umrah Februari tahun lepas.
Jujur terasa begitu kerdil diri ini dengan lautan manusia yang berduyun-duyun datang menziarah Makam Rasulullah. Raudhah ni salah satu taman syurga, salah satu tempat mustajab utk berdoa. Itu lah sebabnya ia menjadi tempat ziarah yang wajib dilawati semasa di Madinah.


Kawasan Raudhah - pic Google
Semasa pergi ke Raudhah, Ayra mommy tinggalkan dibawah jagaan Tok Ma. Syukur tak bawak sebab memang berhimpit-himpit dan besesak dengan jemaah-jemaah dari seluruh dunia. Jemaah wanita harus ikut jadual yang ditetapkan untuk ke Raudhah. Ruang pon terhad. Ada penjaga (wanita Arab)yang menjaga dan memantau jemaah-jemaah wanita di Raudhah ini.

Nak menuju ke Raudhah, beberapa 'pit-stop' yang kena tempuhi. Laluan ke Raudhah tu ditutup dengan plastik panjang berwarna putih. Bila di last 'pit-stop' tu memang bersesak sangat dengan jemaah bertolak-tolakan. Masing-masing tidak sabar untuk menziarah Raudhah dan Makam Rasulullah s.a.w. Penjaga wanita Arab di laluan masuk sibuk melaungkan 'Hajjah, hajjah.....dan bercakap dalam bahasa Arab' Mommy pasti Penjaga tu cakap, 'Hajjah, hajjah.....jangn tolak, sabar, sabar.....'
Akhirnya, belum sempat plastik penutup laluan dibuka dan penjaga bagi kebenaran, arus tolakan dari jemaah yang begitu ramai, membuatkan jemaah yang paling hadapan tertolak juga masuk melepasi plastik penghadang . Masing-masing  tidak menoleh ke belakang lagi. Terus berlari menuju ke Raudhah. Ada juga yang terjatuh semasa berebut-rebut di kawasan Raudhah tu. Ini memang kita kena berhati-hati jangan sampai terjatuh. Sebab bila terjatuh, ada kemungkinan dipijak oleh jemaah lain yang tidak sempat mengelak. Nauzubillah......Mommy teringat sempat juga memaut seorang jemaah Turki yang jatuh terduduk di depan Raudhah. Syukur tiada apa-apa yang buruk berlaku.

Bila dah dapat masuk kawasan Raudhah ada yang menangis hiba. Mommy cubit kedua-dua belah pipi. Rasa macam tak percaya. Rasa macam di alam mimpi.......AllahuAkbar.
Cabaran seterusnya nak mencari ruang untuk bersolat di Raudhah. Tips nye kalau nak solat disini kena cari 'karpet hijau'. Kalau bukan 'karpet hijau' tu dah jauh sikit la dengan Raudhah. Dapat bersolat depan Raudhah bagaikan suatu mimpi jadi nyata. Walaupun ruang dihadapan mata hanya cukup untuk sujud, peluang keemasan ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Alhamdulillah...Syukur Ya Allah urusan kami dipermudahkan.....rasa tak nak bangun nak duduk beriktikaf di situ saja. Tu pun dah beberapa kali buat gaya dok bertahiyat akhir sebab nak dok lama. Kalau kita dok style menadah tangan berdoa tu, lama-lama memang penjaga kat situ suruh kita beredar & bagi orang lain pulak. Namun mommy sedar, harus bagi peluang kat jemaah lain juga. Insya Allah...mommy berdoa semoga murah rezeki, panjang doa, sihat tubuh badan....mommy akan sampai ke Raudhah lagi insyaAllah....

Makam Nabi Muhammad s.a.w . Pic Google

Saturday, October 27, 2012

Kenangan terindah....

Selamat Hari Raya AidilAdha..sehari dua ni selalu ternampak siaran langsung dari Makkah siaran Live dari Masjidil Harram sempena ibadat haji tahun 1433H ini.. Maka mommy teringat-ingat kenangan mengerjakan umrah Februari  lepas. Walaupun itu kali kedua mommy berkunjung bumi suci Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah, kunjungan kali ini memang istimewa.. Salah satu sebabnya sebab bawak si budak kecik Ayra Khadijah. Orang kata susah nak beribadat bawak budak kecik tapi Alhamdulillah Ayra seorang baby dan anak yang baik....tidak meragam sangat. Syukur juga Allah permudahkan urusan kami berdua semasa tawaf dan saie di Masjidil Haram....

Memang orang teramat ramai sewaktu kami mula-mula buat umrah kali pertama. Sambil bertalbiah mulut mommy terkumat-kamit membaca doa diberi kekuatan, di beri perlindungan kepada  kami dari segala jangkitan penyakit berjangkit dan yang boleh mengganggu fokus kami untuk beribadah......
Saat menatap Kaabah memang hati terasa sayu. Sayu teringat arwah ayah dan sayu hati kerana Allah memberi izin untuk mommy menatap dan tawaf di Kaabah sekali lagi. Atas faktor keselamatan dan pesanan suami, mommy hanya tawaf dari jauh, jauh dari kesesakan orang ramai... Momen menatap dan merenung Kaabah merupakan sesuatu perasaan yang sukar dilafazkan. Kaabah yang menjadi kiblat untuk solat 5 waktu buat seluruh umat Islam seluruh dunia berada di depan mata Mommy...Allahuakbar!! Memang tak puas...dok dalam Masjidil Harram lama2 pon takpe asalkan dapat tengok Kaabah dari setiap sudut...tenang je rasanya....

Saat mengerjakan Saie juga merupakan salah satu kenangan terindah. Walaupun kadang kala Ayra merengek di dakapan mommy dalam carrier. Di pujuk-pujuk sekejap, basahkan muka dia dgn air ZamZam senyaplah anak mommy itu....  Berlari-lari anak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sambil mengendong anak merupakan suatu cabaran for me. Berapa kali stop for a break. Teringat kisah pengorbanan Siti Hajar untuk anaknya Nabi Ismail a.s membuatkan mommy insaf...beristigfar sebentar, ingat pesanan suami...terus mommy bersemangat semula. Alhamdulillah berjaya complete Saie dengan titisan air mata. Alhamdulillah, Alhamdulillah.....Syukur Ya Allah diatas limpah kurniaMu.

Mommy berharap dan sentiasa berdoa semoga ada rezeki kami, kesihatan yang baik dan diberi kelapangan kepada kami sekeluarga untuk berkunjumg ke Baitullah lagi. Kali ini untuk mengerjakan haji bersama keluarga tersayang pulak. Insya Allah....."Ya Allah perkenankanlah doaku, impian ku untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah di Rumah Mu... Amin Ya Rabbal Alamin"

Saturday, September 8, 2012

Panggilan Haji - supplemen yang sesuai utk jemaah

Panggilan Haji bagi tahun tahun 1433 Hijrah sudah pon bermula. Pastikan ibu, ayah, tok, nenek, makcik, pakcik, sahabat handai kita dihadiahkan dengan vitamin Shaklee untuk bekalan di sana. 
Gambar diatas banyak kenangan. Gambar ni diambil selepas saya selesai buat umrah utk arwah ayah. Ayra dok dgn TokMa kat hotel. Memang sebak sorang2 time ni. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya waktu tu. Rindunya nak berdoa di depan Kaabah lagi.

Berikut adalah supplemen yang dicadangkan untuk jemaah-jemaah haji kita:

1. Performance Drink- untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah umrah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah. 
Bawak setin terus.. memang setin habis .....bancuh dlm botol air mineral dengan air zam2... sehari 2-3x minum, pasti best dan bertenaga... 

 
2. B Complex- Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh .Memandangkan ibadah umrah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna , adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

 
3. Vitamin C- sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

 
4. Kalsium @ Ostematrix- Sesungguhnya ibadah umrah dan haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain terasa seperti sesemut atau lebih teruk boleh terjadi ialah kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan.


Supplemen ni ikhtiar dan cara kita untuk menjaga kesihatan kurniaan Ilahi. Jadi siapa ade yg nak pergi haji /umrah or ade ahli keluarga or kwn2 yg nak ke sana... sediakan bekalan vitamin yg sesuaiJangan  bergantung pada panadol or ubat2 segera. Sayangilah badan anda......

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Boleh email saya jika berminat nz.hashim@gmail.com

Thursday, March 8, 2012

Umrah with baby



Pengalaman mengerjakan umrah dengan baby suatu pengalaman yang istimewa bagi saya. Tak sangka saya dijemput menjadi tetamu Allah di Baitullah pada tahun ini. Sayu hati ketika mula-mula mengetahui perkhabaran ini. Jika Arwah ayah masih ada, mungkin saya x mendapat peluang ini.Wallahualam...Saya terpaksa membawa Ayra sekali kerana dia masih menyusu badan. Pelbagai persiapan rohani dan jasmani dilakukan sebelum berangkat.
Some tips untuk yang mengerjakan umrah membawa baby:

Stroller/Carrier/Harness
  • Semasa ibadah tawaf and saie - saya guna carrier. FYI, stroller x dibenarkan bawa masuk dalam masjid waktu saya pergi tu.
  • Stroller berguna masa jalan2, di airport and time baby tidor.
  • Waktu solat di masjid kaki Ayra n kaki saya ikat dengan harness sbb Ayra dah siap merangkak merata-rata. Memang berguna harness ni time kita solat di masjid.

Ayra with Tok Ma n CikSu in front Masjidil Haram

Nampak tak tali harness kat kaki Ayra tu? hehe...

You are safe with me on this carrier


Lotion
  • Lepas mandi make sure letak baby lotion whole body baby. Apa-apa lotion pon x pe. Sebab cuaca kat sana waktu saya pergi memang sejuk n windy. Kulit cepat kering. Kulit pipi Ayra jadi merah dan kering. Kebetulan saya x bawak lotion for baby je, cuma Dropolene cream je yg ada. Alhamdulillah berkesan jugak Dropolene cream tu kat pipi dia :)
  • Minyak zaitun pon berkesan. Saya pastikan sentiasa letak minyak zaitun kat muka dan rambut Ayra. x payah beli lotion mahal2...

Body butter, cream, olive oil - our bestfriend di sana
Susu
  • Waktu pergi saya bawa bekal EBM sebab in case x selesa nak menyusu dalam flight tu. Bila boarding EBM yg frozen tu saya bagi stewardess simpan dalam fridge. Bila kita nak dia bagi yg dah siap panaskan.
  • Saya memang bawak breast pump juga di sana. Bawak Avent Manual tu je. Memang berguna sangat. Kat bilik hotel ada fridge. So, pam2 masuk dalam fridge. Ada time x bawak Ayra gi masjid, dia dok dengan Tok Ma nye, so stok susu sentiasa ada for Ayra. Tapi x leh la nak frozen banyak2 botol sebab fridge nye kecik aje. So, flight balik saya bawak 3botol frozen EBM. Masuk flight bagi stewardess simpan n dia panaskan time kita nak.
  • X de masaalah nak menyusu di public as long as kita pon pakai tudung yang labuh. Most of the time kita bertelekong and di masjid memang separate bahagian lelaki n perempuan.

Nasib baik ada fridge kat hotel Madinah and Makah. Posing kat fridge sket :)

Dalam Flight
Kami naik flight direct to Medinah. Sebelum naik flight to Ayra dah tido. Lama jugak la dia tidor. 2,3 jam dah nak sampai baru dia bangun. To avoid telinga dia berdengung due to high pressure, make sure mulut dia sentiasa munch something to stabilise the pressure. Masa take-off and landing saya susukan dia and Ayra ni memang Minah Puting. Mulut dia sentiasa hisap puting hehehe... Alhamdulillah Ayra x nangis masa flight pergi dan flight balik.
Kalau boleh try mintak bassinett with your airlines. Ayra ni x de la besar mana tapi lenguh jugak dok riba dia flight 8 jam. Tu pun gilir-gilir dengan Tok Ma n CikSu. Masa balik Alhamdulillah kami dapat bassinet.


Nyenyak tidor
With Auntie Ohara - jumpa masa flight pergi n balik

Others
  • Waktu jalan2/shopping saya prefer pakai carrier sbb org2 Arab suka tengok baby especially baby2 org Malaysia ni and dia nak dukung. Masa mula2 sampai Madinah hari tu mmg lama la Ayra tu dibelek-belek oleh Pak Arab tu siap mintak nak bawak balik lagi. So, bila baby kita kat carrier tu selamat la sikit, depa x berani nak mintak dukung.
  • Stroller boleh bawak tapi waktu saya pergi org ramai. Mak saya cakap ramai mcm musim haji. So, kalau pakai stroller ada possibility berlanggar dengan orang ramai yang lalu lalang and kalau tempat yg ramai org sangat sampai terhimpit nanti baby kita pon rimas and nanti dia nangis pulak.
  • Ubat-ubatan make sure bawak siap2. Alhamdulillah Ayra x demam kat sana. Ada one time tu badan dia macam dedar sikit, terus saya bagi Paracetamol. Alhamdulillah the next day x demam.
  • Saya make sure hari-hari supplement Shaklee saya tak tinggal makan. Saya ambil Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Performance Drink and OmegaGuard. Selain untuk ketahanan badan maklum la orang terlampau ramai di sana, mmg senang dapat penyakit, demam n selesema. Pengambilan supplement adalah untuk meningkatkan ketahanan badan dan untuk mengekalkan stamina. Saya pon hairan macam mana saya dapat kekuatan dukung Ayra sambil buat tawaf and saie sorang2. Syukur Alhamdulillah kerana Allah bagi kekuatan kepada saya. Selain doa banyak2 juga, pengambilan supplement Shaklee adalah ikhtiar saya untuk sentiasa sihat dan cergas di sana. Balik ke tanahair pon saya masih kekal sehat Alhamdulillah. Bila saya menyusu Ayra indirectly dia pon akan dapat khasiat dari supplement2 Shaklee yang saya makan, antibodi dia pon kuat....Alhamdulillah.

  • Sesiapa yg berminat boleh contact saya utk mengetahui lebih lanjut mengenai supplement yang saya ambil sepanjang mengerjakan umrah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...