Popular Posts

Showing posts with label kids. Show all posts
Showing posts with label kids. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

Hooray Adam dah boleh telan kapsul

Dulu Adam xpandai lagi telan pills /  kapsul. Sekarang dah terror. Syukur.... mommy pon boleh start bagi OmegGuard kat Adam.

OmegaGuard minyak IKAN yang membantu proses tumbesaran dan perkembangan Otak KANAK-KANAK supaya lebih Fokus dan cerdas. Sebagai seorang Ibu, mommy cuba beri yang terbaik untuk anak2 selain berdoa dan bagi sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi.

#omegaguard #fishoil #sayajual

Saturday, November 23, 2013

Alhamdulillah.... Adam selamat Berkhatan

Tarikh 17Nov 2013 merupakan salah satu detik BERSEJARAH for Mommy sebagai seorang Ibu. Adam selamat dikhatankan walaupun ada 'cerita' sebelum berkhatan tu ;)
Alhamdulilah...selamat menempuh alam dewasa Abang Adam
Terasa baru je dukung Adam masa kecik-kecik dulu. Dah selamat berkhatan dah. Betapa cepatnya masa berlalu.


Ni baru lepas kena bius. Tengah tunggu turn nak bersunat.
"Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris  dinamakan 'circumcision'."

Lepas proses berkhatan. Tak nangis. Good Boy!!

Berkhatan pada kanak - kanak lelaki muslim adalah FARDU.. 
Banyak faedah dan kebaikan berkhatan sama ada dari segi kesihatan mahupun tuntuan agama. Antaranya ialah:
  • boleh menjaga kebersihan dan 
  • mengelakkan jangkitan kuman di saluran kencing,
  • mengurangkan risiko mendapat penyakit Sexual transmitted disease dan juga HIV.

Teknik Berkhatan

Secara lazimnya terdapat dua peringkat usia utama di mana khatan dilakukan, iaitu semasa bayi baru lahir ataupun dipanggil 'neonatal circumcision' dan juga semasa umur kanak-kanak mencecah sekitar umur 7 - 12 tahun. Khatan juga dilakukan sebagai prosedur sampingan semasa melakukan pembedahan seperti pembedahan hernia.

Kaedah Plastibel
Prosedur berkhatan menggunakan plastibel. Setelah slit dilakukan pada kulit preputial, plastibel dilekapkan pada bahagian glans. Benang digunakan untuk mencerut kulit terhadap lekuk plastibel. Selanjutnya, lebihan kulit preputial dibuang


Khatan yang dilakukan semasa bayi baru lahir biasanya dilakukan dengan menggunakan bius setempat. Disebabkan zakar bayi yang baru lahir masih sangat kecil, prosedur ini perlu dilakukan oleh pakar yang benar-benar terlatih untuk melakukan prosedur tersebut, kerana jika tidak, terdapat risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi dari prosedur itu. Untuk melakukan khatan pada bayi, pada kebiasaannya memerlukan penggunaan 'plastibel'.
Klinik Adam berkhatan ni mengunakan kaedah LASER
Kaedah ‘LASER’( bipolar diathermy )
Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan seterusnya mempercepatkan penyembuhan 

Rawatan selepas berkhatan sangat penting supaya luka cepat sembuh. Pakaikan kain pelikat untuk elakkan geseran ditempat luka. Pemakanan kanak-kanak berkhatan perlu dijaga. Elakkan makan ayam dan seafood.
For Adam Alhamdulillah sangat mendengar kata bab-bab berpantang makan. Tak sampai seminggu dah pakai seluar dah. Mommy follow menu pantang orang bersalin. Selain itu mommy tak lupa add on supplemen Shaklee untuk merawat dan mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat berkhatan.




Thursday, August 8, 2013

Salam AidilFitri dari MommyNLittleStars


Selamat Hari Raya AidilFitri
dari MommyNLittleStars sekeluarga.
Ampun Maaf DiPinta.
Raya raya jugak, kesihatan jangan dilupa tau.....
Jemputlah beraya ke rumah.....:)

Thursday, June 13, 2013

Adam turns 9 yo today


Selamat Hari UlangTahun kelahiran ke 9 anak ku. My Boboi Boy....Adam
He will always be my BABY walau dah besar panjang ;)
Semoga Adam menjadi anak yang SOLEH, sentiasa sihat, panjang umur, terang hati dalam pelajaran, jadi abang yang baik dan bertanggungjawab to your sisters.



Oh how the years go by,
Oh how time can certainly fly.
From once just a thought in far away dreams,
now into my arms and in my eyes gleam
the presence of you.
Your laughter and smiles
which go on for miles,
warms my heart and soul.
You're growing up so fast,
as I wish each moment with you to last forever. 
My little boy will someday be a man
and right by your side I will forever stand.
I will pick up the pieces when you fall,
I will hold your hand and help you stand tall.
And when the day comes when you are on your own,
never feel that you are alone.
No matter how near or far apart
I am always right there in your heart.
Always remember whatever you go through
that no matter what, I will always love you.


Source: 
www.FamilyFriendPoems.com 

Sunday, May 12, 2013

Hari Ibu 2013

Yeaayyy...tahun ini dapat celebrate Mother's Day dengan mama.
Kebetulan mama kat KL boleh lah celebrate bersama-sama.
Tahun-tahun lepas cuma call or hantar kad je to wish.
Tak salah rasanya menyambut HARI IBU ni. Bukan nak ikut budaya lain tapi hari ini kita appreciate ibu kita lebih sedikit dari hari-hari-hari biasa.

How do we celebrate Hari Ibu?
Biasanya kami gi makan-makan. Lepas tu bagi hadiah. Dahhh....Simple je....Memang hari-hari kita hargai ibu kita tapi on HARI IBU, EXTRA appreciation sikit la..... OK HAPPY MOTHERS DAY to all mommy, mak, ibu, mama, bonda...from MommyNLittleStars....:)


Friday, February 22, 2013

Ayra @ 19Months

Salam Hujung Minggu....

Hari ni nak update pasal Ayra...Dah lama tak bercerita pasal budak tecit tu.

Hmmmm...skang ni ada peel baru tak nak hisap susu from botol. Semua nak direct feed je....

Bekalkan susu to babysitter, pon K.Yati return balik atau simpan dlm freezer...

Risau tak risau jugak sebab memang dia dah makan macam2 kan....bubur nasi, nasi dgn kicap, kuetiow goreng, satey, KFC, makaroni goreng, makaroni sup.....Pendek kata  semua makanan org besar dia makan la but with supervision.

Minggu lepas mommy outstation sekejap pon dia sanggup tu reject semua botol tak nak minum setitik pon from botol. Alhamdulillah dia tak nangis n tak meragam la walaupon x nak hisap botol. Bila mommy balik, Ayra hisap 'nanan' macam tak nak lepas sambil mulut dia po-pet-pot-pet macam membebel kat mommy je. Cute!!!

Next month mommy ada satu trip lagi. Mommy berdoa Ayra behave macam biasa and boleh minum EBM yg mommy bekalkan. Good Girl sayang.....



Sunday, January 6, 2013

Back To School 2013

2/1/2013 - Adam memulakan persekolahan tahun sessi 2013. Dah masuk Darjah 3 anak Mommy. Tahun ni as usual mommy ambil cuti on first day of school walaupun Adam dah Darjah 3. Lain feelingnye hantar anak on first day persekolahan ni. Bukan selalu pon, setahun sekali je. Dapat juga lah bertemu Guru Kelas Adam yang baru, Pn Zarina Ibrahim.
Sangat teruja juga sebab anak dara mommy memulakan persekolahan tadika tahun ni. Alhamdulillah Sarah pon tak nangis on first day of school. Memang anak dara mommy ni manja. Dari dulu lagi mommy dok risau macam mana la cekMek mommy ni nak gi sekolah.  Sarah bersekolah dekat dengan ofis papa. Papa dah ada peneman dalam kereta setiap hari pergi dan pulang dari kerja. Hihi ...Sarah pon banyak cakap sekarang ni. Letih papa nak melayan pertanyaan Sarah, tapi kena layankan jugak....
Untuk memastikan anak-anak mommy kekal CERDAS dan CERGAS sepanjang sesi persekolahan, supplemen-supplemen yang cukup lengkap dah mommy sediakan untuk mereka. Adam ke sekolah kebangsaan sessi pagi disambung dengan sekolah agama sampai petang. Sarah pulak pagi-pagi dah kena bersiap awal macam orang nak pergi kerja. Memang kesian nampak sangat mereka letih dan penat...tapi biasa lah mula-mula ni untuk mereka adapt dengan kelas baru, guru baru, timetable baru. Yakin lah nanti insyaAllah semuanya akan berjalan lancar. As a mommy kenalah take action supaya anak-anak kekal cergas dan sihat. Bila sihat, belajar pon senang nak masuk insyaAllah.
Supplemen-supplemen yang mommy sediakan utk anak-anak mommy:


  • Performance Drink - this is mainly for Adam. To keep him hydrated. Untuk memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat. Campur dengan air Sunquick atau any drinks untuk tenaga berkekalan sampai Adam habis sekolah. Sesuai sangat di waktu cuaca panas. Kalau sekarang cuaca selalu hujan je mommy tak bekalkan.
  • Chewable Vita C - semua org tahu khasiat vitamin C yang paling utama dapat mempertingkatkan sistem imun. Anak-anak mommy jarang demam Alhamdulillah. Hanya sebiji sehari.
  • Vita-Lea for Children - Nutrien seimbang untuk pertumbuhan. Hanya sebiji sehari
  • MealShakes - menyediakan 24 jenis vitamin dan mineral dan zat perlu, membekal nutrisi kepada sel tubuh dan membantu tumbesaran. Kalau dah ambil VitaLea for Children boleh selang selikan dengan MealShakes ni. Mommy selalu bancuh dalam susu Sarah dan minuman kegemaran Adam.
  • OmegaGuard ni asid lemak Omega 3 - sumber  DHA, EPA baik untuk memori dan perkembangan otak anak-anak. OmegaGuard diekstrak dari deep-sea cold water fish (sardin, mackerel,herring, anchovies). OmegaGuard juga berkesan untuk anak-anak yang asma.

    Supplemen-supplemen diatas adalah untuk anak-anak mommy. Anda juga boleh dapatkannya dengan harga istimewa dari MommyNLittleStars. Mulakan tahun baru dengan supplemen terbaik hanya untuk permata hati anda. Berikan yang terbaik hanya untuk mereka :))

    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

      Berminat dengan Supplemen untuk anak-anak? Hubungi saya:
      «ID Shaklee : 866376
      «SMS/Whatsapp: 012-2412804
      «Email : nz.hashim@gmail.com

    Wednesday, August 8, 2012

    Wednesday, August 1, 2012

    majlis bertindik Aliya Sarah

    Tajuk bukan main gempak HAHAHA...
    Sebenarnya bukan ada majlis pon. Tak plan apa pon tapi mmg dah lama teringin nak tindik telinga princess mommy ni. Ingat nanti ballik KB nak buat tapi last week ke Alamanda jalan2. Mommy baca ada servis tindik telinga kat kedai situ. Mommy tanya cekMek, 'Sarah, nak tak?' dia angguk. Zass, zass, zass... anak mommy wearing her first earring....Macam tak percaya pon ada.
    Cina tu pon cakap
    'anak lu manyak bagus, tarrak nangis langsung...' WELL DONE MY DEAR, anok tino mommy memey COOL ....HAHAHA
    Mula-mula tokey tu sembur alkohol(alkohol kah?) on both side. Lepas tu assistant dia tanda dengan marker tempat nak tindik. Lastly, proses bertindik dijalankan.

    Masa tokey tu tembak mommy tak leh ambil gambar sebab tokey tu gabra. Takpe mommy izinkan kang tersilap tindik, nanti mommy pulak yang nangis. Alhamdulillah semua selamat...
    Dua tiga hari after, mommy monitor jugak takut sakit or berair telinga kakak. InsyaAllah semua OK. Tapi si kecik tu sudah berangan nak beli earring macam Barbie.

    Well, kisah bertindik telinga ni teringat zaman2 mommy dulu, siap buat pulut kuning kalau anak perempuan tindik telinga. Zaman dah berubah, Touch N Go je dah siap.... Siap makan ais krim lagi lepas tu....HEHEHE


    Dok pegang pipi sebab dia kata sakit.
    Lepas makan aiskrim + dpt baju raya terus tak sakit :=)Adik hyper sebab dapat makan aiskrim..hohoho

    Monday, July 16, 2012

    Posing di padang sekolah

    Bila papa outstation and tinggal mommy handle everything, memang kelam kabut. Nasib baik abang Adam dah boleh diharap tolong itu, tolong ini. Ringan sikit kerja mommy. Memang kena trained dia as 'anok jate' buat kerja and responsibility as abang and anak sulong.

    Last week, papa not at home for a few days and ada sukan sekolah agama pulak on the weekend. Mommy no choice, bawak Adam pagi-pagi to padang sekolah together with my 2 Little Princesses. Sambil-sambil tunggu turn Adam main, kami berposing bertiga sampai tak sedar  turn Adam dah lepas..hehehe sorry sayang.

    cekMek Sarah kalau bab posing memang la dia suka. After all, worth the waiting. Cuaca pon Alhamdulillah redup je. Plus pasukan Kuning Adam pon JOHAN dalam acara ISI AIR DALAM BOTOL.
    After the game mommy treat the kids with Pizza Hut because they all well behave even papa is not around. Love you my kids.... :)



    Wednesday, July 4, 2012

    kalau mommy tak sempat buat breakfast

    Kalau mommy tak sempat nak prepare breakfast, favourite breakfast Little Star No 1 mommy ni ialah cereal dgn fresh milk. Sometime, kalau mommy buat bekal pon dia tetap nak cereals + fresh milk ni jugak. Kat dlm fridge mmg sentiasa ada stok fresh milk and any cereals (Adam's favourite only honey stars and koko krunch). Walau macam mana havoc nye pon pagi2 kat rumah, mommy will make sure anak mommy ni took his breakfast before going to school. For me, breakfast is important to start our day. Kalau perut kosong, masuk angin macam mana nak fokus dalam kelas ye dokk?


    Other than took breakfast, mommy mmg akan make sure he took Vita-Lea for Children Chewable. Vita-Lea for Children adalah multivitamin yang diformulasikan bagi mengekalkan kesihatan kanak-kanak berumur dari 4-12 tahun. Kandungan dan khasiat Vita-Lea for Children:

      • membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu
      • sumber kalsium pembina tulang
      • baik untuk kesihatan
      • bekalan harian untuk vitamin B
    Alhamdulillah sejak mengamalkan Vita-Lea for Children, kalau balik sekolah dah kurang letih dan lesu. Masih bertenaga nak buat homework, kemas beg untuk ke sekolah esok and main dgn adik2 kejap. Alhamdulillah, tahun ni juga Adam tak pernah ambil cuti sakit lagi and asma pon dah berkurang. Semoga all my 3 Little Stars terus sihat dan cergas. Badan sihat, minda cerdas.......

    Monday, June 4, 2012

    cek mek Sarah


    SARAH or known as 'kakak'  will be 4 years next July.
    • next year mommy nak register sarah to kindergarten. sekarang dah selalu cakap2 dgn dia 'nanti kakak gi school tau, nanti gi school boleh pandai mcm abang.......'. praying hard she will be ok at school like abang dulu-dulu.
    • minat sangat to all 'girlie stuff', make-up, princess, Barbie. last week, i caught her watching make-up tutorial on YouTube uollsss. "How to make-up like Barbie" u.....terkejut mommy. mommy pon x make-up tau.....suka pakai lipstick ambil dlm handbag ciksu
    • suka posing kalau nak ambik gambar, laju je dia pose. tgk la pose dia kat gambar atas tu.
    • pakai baju pon very selective, selekeh2 x main la....ikut sape ye anak mommy ni? mandi n bersiap pon lama, tutup pintu lak tu. pakai baju dlm bilik sendiri...:)
    • dulu selalu ada eczema, gatal2. memang 'Puteri Lilin' tak tahan panas mesti dia garu2 sampai berdarah n berparut. sejak mommy bagi Mealshake or dia panggil 'susu Shaklee' memang dah kurang eczema. makan pon dah banyak.kalau dulu berchenta nak suruh dia makan....
    • masuk je dlm kereta je, mesti terus mintak bukak air-cond, 'mommy, panassh...' kalau dah panas, muka dia start la merah-merah. comel pulak mommy tgk....
    • suka berebut nak dok tengah kat seat belakang dgn abang. kalau long journey memang girls dok seat belakang dgn mommy. Abang dok seat depan. Kalau tak, mesti nak bergaduh je...aduuuuuh
    • Mommy's Talking Machine. ada2 aje soalan yang dia tanya kita non-stop....kalau jumpa org terus x bercakap, kepala teleng2 n tunduk2 malu, very2 shy dgn org yg first time jumpa.
    • rajin tolong mommy masak kat dapur. tolong mommy ambil brg dlm fridge, tolong mommy potong sayur guna pisau mainan dia tu ..biar rajin sampai besar ye sayang.....huhu

    Monday, May 7, 2012

    Weekend getaway and Pesta Buku 2012

    Setelah sekian lama plan and promise to the kids, last weekend berjaya bawak diorang tidor hotel. The promise since before mommy going for umrah lagi. Kesibukan mommy,papa and full of activities during weekend terpaksa postpone banyak2 kali. Alhamdulillah last weekend dpt fullfilled janji dgn anak2 walau x leh pergi jauh2, hotel kat KL pon jadi lerr...
    Adam nak pergi ke Pesta Buku, so check-in lah to the nearest hotel je, Seri Pacific Hotel. It's an old refurbished hotel. Spacious room, confortable enough for 5 of us. First time Adam pergi Pesta Buku, banyak buku yg dia beli. Kalau nak beli books mmg mommy x marah. Adam pon ada took part in aktiviti kat gerai-gerai yg anjurkan.Dapat la goodies sikit2 yg penting kita nak build-up dia punya confidence di depan orang ramai, GOOD BOY... Yang penting mommy pon happy dpt berjumpa dan bergambar dgn Dr Muhaya, my idol, motivator...loving her books yang penuh dgn cas cas positif.....
    Looking forward for another weekend breakaway with the kiddos...Penat bekerja and uruskan kerja-kerja seharian, it's time for me to spend some quality time with my lovely family.

    Monday, April 16, 2012

    ten, ten, ten

    Ayra Khadijah masuk 10 months today. Hmmm kejap je masa berlalu.

    -she can crawl forward and backward all over the house
    -start climbing the stairs
    -she cannot seat still in the baby car seat anymore, mesti nak keluar. Alternatives: when abang is around, abang will sit ayra on his laps. Alhamdulillah abang dah boleh di harap jaga adik.
    -berat baru 6.8kg Doc Mahani pon selalu bising dgn mommy sbb berat Ayra naik sikit2 je. Tak pe as long as Ayra aktif and feeding pon ok.
    -still exclusively minum mommy's nenen
    -lately suka stay up malam, org semua dah ngantuk dia dok tersengih-sengih nak ajak main dengan dia
    -gigi baru naik sebatang, but kalau terhisap kuat mommy sakit sampai nak nangis :(

    Monday, January 16, 2012

    seVen



    hai uollsss......i'm SeVeN monthssss today

    7 Random Facts About Me

    - i'm still full fed with my mommy's milk Alhamdulillah

    -mommy started solid food for me...i enjoyed porridge with carrots, my baby Bites and sometime with Rice Cereal

    -i start crawling forward, backward and mommy worried that i will pick-up and eat anything that i found on the floor.....

    -i gained weight only 200gm from previous month, mommy are worried but my Paed said not to worry as long as i am happy, active and drink milk everyday....

    -i dunno why my bro and my sis like to pinch my cheek....it hurts and i will scream outt loudly to attract my mommy and papa

    -i love to sit on my Bumbo chair, i'm now can sit on the baby chair but can only watch what my eldest eat. Papa said i sleep like a big girl not like a baby.....

    -everytime mommy came back from office, i only want to be by her side and i will only let her go when i am full hehe....

    Sunday, December 11, 2011

    my breastfeeding story

    Sewaktu melahirkan Adam tujuh tahun lepas, mommy mmg tiada langsung ilmu penyusuan. Till now mommy still regret sbb dapat menyusukan Adam a few months saje. Ingat lagi hari ke-2 di SJMC, breast Mommy bengkak tapi susu tak keluar2 jugak. Macam2 buat, tuam air panas, letak kobis. But still susu x keluar. Being a firts time parent, mmg Mommy and mrNaza risau sbb Adam asyik menangis je waktu tu. We have no choice, kesian kat anak yang kelaparan, kami beli FM kat Carre4. Di tambah pulak family x supportive sgt bab-bab penyusuan ni. Biasa la komen org2 tua 'Beli susu tin je, nanti susah nak tinggal nak gi kerja....',bla,bla, bla.... So, membesar lah Adam dengan FM. That's the best that we can give to him at that time. But now, tiap kali buat minum pagi for Adam, mommy campurkan sedikit EBM adiknya dalam minuman Adam sambil selawat. hehe.....


    Pic Google
    Sebelum lahirkan kan Sarah, Mommy teruja tengok officemate Mommy boleh fully breast fed baby dia sampai 2 years. Memang membuka mata mommy waktu tu. Kawan mommy tu kurus je, tapi susu banyak. Mommy terus gali ilmu penyusuan di Internet di samping banyak bertanya kawan2. Alhamdulillah Sarah breast fed until 2yrs plus tapi tu pon top-up dengan FM. Jika dibandingkan Adam dan Sarah waktu baby, Sarah jarang dapat demam. And kalau demam pon tak lama. Memang terbukti susu ibu kaya dengan antibodi. So far, Ayra dah 6months++ masih belom demam lagi. Seingat mommy, waktu Adam baby dulu 3months dah dapat high fever. Perbelanjaan pon memang banyak dapat dijimatkan kalau breast feeding your baby. FM yg average pon dalam RM50++ setin. That's only for 1 week supply. 1 month, sendiri kira la. Tu susu yg average tau, yg lagi mahal .... :)


    Pic Google


    Masa pregnant kan Ayra, mommy nekad utk beri susu ibu sepenuhnya. Mommy gali lagi ilmu penyusuan. Tak macam 7,8 tahun lepas, sekarang memang banyak ilmu penyusuan yang Mommy perolehi lebih-lebih lagi di Internet. Nak dan tak nak buat sahaja. Mommy bersyukur dapat jumpa blog Alin. Memang banyak ilmu penyusuan yang Alin kongsikan. Di samping itu Mommy juga mengambil suplemen yang disarankan oleh Alin. Based on Mommy's experience, pengambilan suplemen memang penting semasa kita menyusukan bayi especially suplemen Shaklee yang terbukti HALAL dan sudah 55 TAHUN di pasaran. Rasa rugi tak kenal Shaklee dari dulu lagi hehe. Susu banyak dan berkualiti, kesihatan pon bertambah baik. Alhamdulillah.......
    Ini supplemen yang mommy ambik:


    Cadangan supplement utk Breastfeeding ini mengandungi:

    1. Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.
    2. B complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

    3. Vitamin C : Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

    4. Alfalfa : Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu
    MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.
    Note : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




    Sila email saya nz.hashim@gmail.com or SMS 012-2412804 untuk pertanyaan :)

    Tuesday, December 6, 2011

    doa untuk menangani anak yang nakal

    Jom kita amalkan :)



    1. Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.


    2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.


    3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak


    4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati


    5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembus pada susu



    6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.



    7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar


    8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"


    9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.



    10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.



    11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.



    Permata Hati Mommy


    Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan


    1. Supaya anak-anak pandai belajar :: baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa


    2. Sewaktu anak-anak bergaduh :: baca surah Al-Baqarah ayat 102


    3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran :: baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24


    4. Anak-anak malas ke sekolah:: baca surah Taha ayat 1 hingga 5.


    5. Anak-anak yang suka keluar malam:: baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.


    Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

    credit

    Wednesday, November 23, 2011

    hari kecemerlangan akademik

    Last week pergi ke sekolah Adam . Ada Hari Temubual and taklimat KSSR. Rupanya KSSR ni dah tak ada nombor dalam kelas. Sistem baru pakai Band 1, Band 2, Band 3....till Band 6. Pening mommy nak pahamkannya. takpe slow2 ye mommy. Lepas tu gi jumpa class teacher Adam, ustzah. Syidar. hmmm..comment belajar ok but nakal sikit. bila tengok laporan kesalahan pelajar Adam, mommy tengok sambil urut dada fuhhhh.....
    Jumaat lepas dapat invitation ke sekolah Adam. Tak sangka pulak Adam dapat the best in English and Bahasa Arab.....Adam, Adam...full of suprises awak ni ;)






    waiting for his turn

    i'm so proud of you my boy....
    Semoga Adam dapat tingkatkan prestasi. Kurangkan bermain and lebih fokus dlm kelas. Sekarang ni buat homework/ exam selalu nak siap cepat je. End up banyak silly mistakes yg Adam buat.

    Monday, November 14, 2011

    hari kelahiran khadijah


    Alhamdulillah walau sekali lagi di ceaser, semua berjalan dgn lancar. I'm the first case di operate that day. 14 Rejab 1432H, bersamaan 16 June 2011 8.55 Pagi, AyrA Khadijah selamat dilahirkan. Lembut je suara Ayra menangis sewaktu keluar dari rahim mommy. Mungkin character 'anak bongsu'jadi suara2 pon manjer2 jer...Yesss, anak bongsu for this moment ;). Dr Mahani doktor Ayra pon cakap, 'nangis sopan nyer dia' hehe.

    Ayra, sewaktu Ayra dilahirkan, papa genggam erat tangan mommy. Lepas Ayra selamat keluar, papa cium dahi mommy dan berlari nak gi tengok Ayra. MasyaAllah comel, sihat and sempurna semuanya. Papa qamatkan Ayra. Masa pregnant, mommy always craving for Arabic foods. Habis semua Arab restaurants kat KL papa bawak mommy makan to fullfill my craving. Di luar kak Sarah sudah x sabar-sabar menunggu. First time kakak tengok adik Khadijah 'mommy, adik macam kung fu panda'. Abang pulak after school baru dapat tengok adik. Maksud Ayra boleh refer sini . Khadijah pulak sempena nama isteri Rasulullah s.a.w. Semoga Ayra Khadijah menjadi wanita solehah, beriman, cerdik, penyejuk mata dan penenang hati papa and mommy. Amin...

    Thursday, March 4, 2010

    18 months

    last week bawak cheMek for appointment with DrMahani for her 18months immunization.as usual, we went early, be the first to be registered and went to the nearby hawker for breakfast. by 10 am semua dah siap. overall, cheMek is doing fine. Weight naik 500gm aje(10kg) since the last appointment on Dec. cheMek ni kan drama Queen sikit.belum apa2 lagi kan dah nangis. DrMahani selak skirt sikit, dia nangis macam kena pukul. so, bila dah kena jab tu tau2 je lah macam mana havoc nye. hehehe tapi kejap je dia nangis.lepas kena jab, terus join abang main toys kat bilik Dr. Alhamdulillah cheMek tak demam after kena jab. dok monitor gak within 48hrs tu. tapi ade sikit manje la.'manjo kededek' oghe Kelate panggil. asyik kena dukung jah. so next appointment will be another 6 months for the Hep-A immunization.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...