Popular Posts

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Doa Dhuha


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Thursday, November 1, 2012

Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami

Bismillahirrahmanirahim...a reminder to myself kenapa perlu taat pada suami dan tanggungjawab2 isteri terhadap suami..... ;-)

Riwayat: 
 Muttafaqun A'laih : Lafaz daripada Bukhari
Kategori: 
 Munakahat
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA juga bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Tidak harus bagi isteri berpuasa semasa suami ada bersamanya, melainkan dengan keizinan dan juga (isteri) tidak boleh membenarkan sesiapapun memasuki rumahnya melainkan dengan izin suaminya”. 
Huraian Hadith: 
  1. Islam menyuruh kaum wanita supaya taat kepada suami mereka pada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan Islam.
  2. Antara punca-punca kebahagian rumahtangga ialah kepatuhan isteri kepada suaminya.
  3. Islam mengajar isteri-isteri supaya meminta izin kepada suami mereka terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.
  4. Tanggungjawab isteri ialah melayan suami mereka dengan baik.
  5. Haram bagi isteri berpuasa sunat tanpa izin suami sama ada keizinan secara terus terang dengan ungkapan atau secara mafhum, kerana dengan berpuasa luputlah hak suami pada hari itu, tetapi jika puasa fardhu seperti puasa qadha’ maka tidak disyaratkan izin suami.
  6. Isteri tidak harus membenarkan sesiapa masuk ke rumah tanpa izin suami sama ada keizinan secara terang atau secara mafhum walaupun orang berkenaan itu keluarga isteri sendiri.
  7. Melakukan amalan sunat akan terabai hak manusia maka hak manusia patut diutamakan.
    Sumber:
    http://www.islam.gov.my/e-hadith/tanggungjawab-isteri-terhadap-suami

Tuesday, December 6, 2011

doa untuk menangani anak yang nakal

Jom kita amalkan :)



1. Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.


2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.


3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak


4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati


5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembus pada susu



6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.



7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar


8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"


9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.



10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.



11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.



Permata Hati Mommy


Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan


1. Supaya anak-anak pandai belajar :: baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa


2. Sewaktu anak-anak bergaduh :: baca surah Al-Baqarah ayat 102


3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran :: baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24


4. Anak-anak malas ke sekolah:: baca surah Taha ayat 1 hingga 5.


5. Anak-anak yang suka keluar malam:: baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.


Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

credit

Monday, July 19, 2010

Air tangan orang tidak solat

Taken from petua.org:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ‘ kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~


Self-note to myself, how busy i am, pls find time to cook especially for the kids. My mama always said when I was small "oghe tino, belajar panda mano pong kena masuk dapor jugok lah lah mano pong". Till now still terngiang-ngiang nasihat dia. I salute my mom, pagi2 bangun mesti masak for the whole family.It's a routine for her sampai sekarang. Jarang2 sangat makan kat luar. Kalau makan kat luar pon and if my father likes the cooking, she will observed the cooking. Then , senyap2 she will try to prepare it at home :) Kalau saya balik kampung and want to bring them for dinner/lunch outside she will give all the excuses 'tok soh lah, bazir jah','kak ina nok make gapo? mama masok lah sene'. Untill now pon saya masih terasa kesedapan nasi yg disuap oleh mama waktu saya kecik2, walaupon nasi tu cuma lauk ikan goreng gaul dengan kicap. Lain benar air tangan mak nih.
Now my situation,i'm a mommy of 2 high-demanding kids. Faham2 je lah, dok Kl ni, wanita berkareer pulak huhu.. Mmg mencabar betul,pagi2 morning dah keluar, maghrib baru balik, bila nak masak nye? Tapi cuba jugak lah. Budok2 buke tau rasa sgt kan. Like my kids, masak sinnge ike , sup aye pon x pe doh. Yg penting air tangan kita tu, biar lekat di hati anak2 kita sampai bila2. "Oh anakku, mommy tau mommy bz, x mahir masak, asyik masak lauk sama je. I'll try to improve myself, mommy still learning to be a good mommy to you..."
tapi tak salah nak makan kat luar sekali-sekala, tapi jenguk2 jugak kat dapor rest tu. Sometimes, yg take order nye melayu tapi kat belakang cho yo nun alip yg dok krong, kreng,krong, kreng masak. Kat gerai depan indo jaga, tapi tokei cho yo nun alip. kedai ma-mak ada ayat kursi, nama restoran islamic tp tokei dia ada nan-ded pulak. konpius ambo, fuh...... Even kat depan restoran ada HALAL pon x boleh percaya skang ni. tapi ada org kita yg selamba, tak kisah pegi makan kat tempat2 tu, yg penting dpt memuaskan nafsu perut tu. Nauzubillah.

Monday, March 8, 2010

lembut hati

Every morning going to office, i will try to cath Al-Zikra program on KL Ef-Em channel (Mon Friday 645 am). it's a very beneficial program for for me while driving on a breezy morning everyday.
The ustazs that conduct the program is either Ustad W. Soho Bani Leman or Ustaz Fauzi Mustafa. Today's topic is interesting. Ustaz Fauzi Mustafa's tips on how to 'melembutkan hati anak-anak'.

Amalkan membaca :
Surah Toha (Ayat 1-5)

Cara-cara
1.Ambil semangkuk/sebotol air minuman
2.After prayers, recite the surah and hembus sambil niat dalam hati(cth. Ya Allah, lembutkanlah hati anakku....)
3.Bagi air tersebut utk anak-anak minum atau masukkan dalam masakan (sup ke, tomyam ke, kari ke...)

insyaAllah,dengan izin Allah semoga dpt melembutkan hati anak-anak. tapi kita as a ibu/bapa kena istiqamah utk amalkannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...