Popular Posts

Showing posts with label Zinc. Show all posts
Showing posts with label Zinc. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Kebaikan Zinc Complex Shaklee

MEN ARE From MARS?
*********************************
Hahaha...takde kena mengena pon buku Men Are From Mars to dengan Zinc Complex Shaklee


Cumnya nak bagitau Zinc memang MAJORITI customer LELAKI yang beli.
Tapi Zinc bukan untuk LELAKI sahaja tau
Banyak Khasiat lain Zinc ni.

Zinc memainkan peranan penting dlm sistem IMUNISASI , PERTUMBUHAN dan perkembangan SEKSUAL seseorang. Jom baca
17 KELEBIHAN ZINC (Sumber: mamafaiz.com)

1.PENJAGAAN KULIT: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
2.EKZEMA: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
3.JERAWAT: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
4.PENYEMBUHAN LUKA: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
5.GANGGUAN PROSTAT: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
6.HILANG BERAT BADAN: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
7.MENGANDUNG: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
8.PEMBIAKAN: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
9.FUNGSI BIOLOGI: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
10. JANGKITAN: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
11.ANTIOKSIDAN: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
12. ATURAN ENZIM: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
13. KANSER: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
14. KELESUAN KRONIK: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
15. BOTAK: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
16. KEHILANGAN TULANG Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
17. BUTA MALAM: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.





Saturday, April 20, 2013

Kesuburan Lelaki dan Supplemen Cadangan

Kesuburan merupakan isu sensitif bagi pasangan yang berumah tangga. Pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan anak pasti merasa sedikit sebanyak tertekan dengan pertanyaan mengenai  kehadiran cahaya mata.

Kesuburan ialah keupayaan membiak secara semula jadi. Sebagai ukuran, "kadar kesuburan" ialah bilangan anak yang lahir bagi setiap individu, rumah tangga atau kependudukan. 
Kesuburan manusia bergantung pada faktor-faktor nutrisi, kelakuan seks, budaya, naluri, endokrinologi, masa, ekonomi, gaya hidup, dan emosi.

Kedua-dua perempuan dan lelaki mempunyai kitaran hormon yang menentukan bila seseorang perempuan boleh mula mengandung dan bila seseorang lelaki menjadi cukup kejantanan. Kitaran perempuan kira-kira 28 hari lamanya, tetapi kitaran lelaki pula amat berbeza-beza. Lelaki boleh menghasilkan sperma pada bila-bila masa dalam sebulan, tetapi mutu spermanya berkaitan dengan kitaran dalamannya.
Selain itu usia juga memainkan peranan kesuburan, terutamanya bagi wanita.

Let's read pendapat Dr Hamid Arshat mengenai kesuburan lelaki:

Supplemen yang dicadangkan oleh Dr Hamid Arshat  untuk kesuburan golongan lelaki adalah Vitamin E, Zinc dan Omega 3
Set yang dicadangkan oleh Dr Hamid Arshat sama dengan set yang dicadang kan oleh Shaklee iaitu Men' Vital Health Set.
MEN'S VITAL HEALTH SET merangkumi:

OmegaGuard - memelihara jantung yang sihat
Vita-E Complex - sebagai antioksidan yang kuat membersihkan radikal bebas yang merosakkan sel dan melindungi sperma.

Zinc - untuk pertumbuhan organ reproduktif, meningkatkan penghasilan testosterone dan meninggikan kiraan sperma




Men's Vital Health, set lengkap untuk kaum lelaki.

Source:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesuburan

Berminat dengan Men Vital Health Set (Set Kesuburan Lelaki) ? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com


Monday, March 11, 2013

Cegah dan Rawat Kencing Manis dengan Sugar Control Set

Penyakit kencing manis ataupun Diabetes melitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulinoleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Ketahui simptom-simptom penyakit Diabetes.
Jika anda mengalami satu atau lebih  tanda-tanda dia atas. Sila buat pemeriksaan lanjut dengan Doktor.

Sugar Control Set yang dicadangkan untuk mengawal ketidakseimbangan glukosa dan mengekalkan kesihatan menyeluruh:
Sugar Control Set mengandungi:
ESP
Vita-Lea Iron Formula

GLA Complex
Alfalfa Complex
Sustained Release Vita C 500mg
Zinc Complex
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Berminat dengan Sugar Control Set? Hubungi saya:
    «ID Shaklee : 866376
    «SMS/Whatsapp: 012-2412804
    «Email : nz.hashim@gmail.com

    Saturday, November 3, 2012

    Pentingnya amalan berpantang selepas bersalin

    DOKTOR, saya baharu sahaja bersalin anak pertama seminggu yang lepas. Saya ingin bertanya doktor berkenaan amalan berpantang semasa bersalin. Saya diberitahu oleh orang tua bahawa amalan berpantang ini amat penting dan jika tidak dilakukan dengan betul, akan mendapat kemudaratan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
    Nini, Kubang Pasu, Kedah.
    JAWAPAN:
    Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya menumpukan kepada sajian makanan serta minuman. Malahan amalan ini turut merangkumi hubungan seks, aktiviti harian seperti amalan mandi dan berurut. Pada kebiasaannya, hubungan seks tidak digalakkan dalam tempoh tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan seks bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut suci dan kering daripada darah nifas (darah yang keluar selepas melahirkan anak).

    PerubatanDari segi perubatan pula, tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.
    Dari segi kesihatan, darah nifas sebenarnya mengandungi bakteria (kuman) dan lendiran daripada lapisan dinding rahim. Keadaan anatomi salur kencing (uretra) dan salur dubur yang terletak berdekatan dengan salur faraj menyebabkan kemungkinan mudah dijangkiti kuman. Luka jahitan episiotomi juga mugkin boleh terbuka atau terkoyak jika berlaku hubungan seks pada peringkat awal. Pada kebiasaannya, luka episiotomi sembuh dalam masa dua hingga empat minggu selepas kelahiran. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah semasa proses penyembuhannya dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.
    ##Notes from MommyNLittleStars: Pengambilan Zinc dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman selepas proses kelahiran. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

    Pemakanan
    Jika dilihat dari segi aspek pemakanan pula, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran 'sejuk' seperti kangkung, bayam, pucuk paku serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah 'gatal' seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru.
    Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan mengambil makanan atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan 'disalurkan' melalui susu ibu kepada bayi.
    Kebanyakan wanita, khususnya orang Melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi (kekurangan air). Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara lapan hingga 12 cawan sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan. Namun begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.
    ##Notes from MommyNLittleStars: Pengambilan multivitamin dengan Zat Besi (VitaLea) penting kerana VitaLea lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
    Selain VitaLea, Vita C penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.



    Perubahan mental
    Selain perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kemurungan. Malah sesetengahnya pula mengalami jiwa yang terganggu (psychosis) selepas melahirkan anak.
    Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan seks. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan hubungan seks ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas melahirkan anak pula, hubungan seks tidak digalakkan untuk sementara waktu.
    Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai tempoh pemulihan daripada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim menguncup kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution.
    Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadang-kala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu.
    ##Notes from MommyNLittleStars: B-Complex  amat digalakkan untuk wanita selepas bersalin sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.


    Looking at your newborn...It's a PRICELESS moment

    Sape2 yang nak mengetahui lebih lanjut berkenaan set berpantang dengan Shaklee boleh email saya nz.hashim@gmail.com or SMS/Whatsapp 012-2412804


    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Wednesday, September 26, 2012

    Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

    Masalah rambut gugur mmg memeningkan bg ibu-ibu lepas bersalin. Ini lebih dikenali dgn fasa baby tengah 'menyembur'. Tidak diketahui punca dan alasan kukuh yang related dengan baby menyembur dan rambut gugur ni.
    Pic : Google
    Zinc adalah mineral terbaik untuk mengatasi rambut gugur. Zinc dapat  mengukuhkan shaf rambut dan menguatkan akar rambut. Tahukah anda, selain membantu dalam masalah keguguran rambut, Zinc juga berupaya untuk menghasilkan sperma yang lebih mantap dan sihat untuk lelaki.

    Malah, zinc sangat membantu dalam baik pulih luka. Jadi, untuk persediaan pembedahan, selepas pembedahan dan bersalin normal atau c-sec, zinc sangat sesuai sebagai makanan tambahan.

    ZINC - Metabolik Semulajadi. Zink hadir di dalam semua sel tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia. Zinc perlu untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. 
    • Satu tablet membekalkan 100% Nilai Harian bagi zink.
    • Zinc adalah faktor di dalam mengekalkan kesihatan yang baik, dan membantu tubuh badan memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.
    • Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai bio yang tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang.
    • Dengan rumusan sayur-sayuran.
    Untuk masalah rambut gugur, Zinc sebaik-baiknya diambil bersama ESP kerana rambut kita dibina dari protein. Berikut customer yang berkongsi kegembiraan beliau selepas consume Zinc Complex. Alhamdulillah rambut beliau dah kurang gugur macam dulu.
    Zinc + ESP untuk mengatasi masalah rambut gugur.
    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  


    Sila email saya untuk sebarang pertanyaan nz.hashim@gmail.com

    Friday, September 14, 2012

    Men's Vital Health Set

    Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi.

    Ada diantara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti :

    • Mati pucuk
    • Pembesaran prostat
    • Kelesuan
    • Kurang tenaga dan stamina
    Set Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.

    Kebaikan:
    • Memelihara kesihatan prostat
    • Meningkat kecergasan dan kesihatan badan
    • Memelihara jantung yang sihat
    • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
    • Mengawal tahap kolestrol sihat
    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  

    Sila email saya untuk sebarang pertanyaan nz.hashim@gmail.com

    Thursday, September 6, 2012

    Berpantang Dengan Shaklee

    Berpantang merupakan satu tempoh yang penting bagi ibu setelah melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang ibu-ibu harus menjaga makan dan pantang larang.Tahap kesabaran dan disiplin perlu tinggi semasa berpantang. Kenalah pantang betul2, kalau tak belum sampai masanya dah sakit dan lenguh sana sini
    Berpantang juga tempoh untuk 'baik pulih' badan kita setelah mengharungi detik2 kelahiran 'benih cinta' yang kita kandung selama 9bulan 10hari.
    Teringat sewaktu berpantangkan Ayra, saya mengalami pening-pening macam nak pitam. Lama la juga risau dibuatnya sebab doktor check blood pressure, buat blood test semua OK. Sehinggalah saya decide nak ambil supplemen. Alhamdulillah dah tak pening-pening dah lepas tu. Saya rasa badan saya kekurangan Zat Besi selepas bersalin tu. Kandungan Iron(Zat Besi) dalam VitaLea agaknya telah merawat problem saya ketika tu Wallahualam. Syukur Ya Allah.....Alhamdulillah, Alhamdulillah.... :))
    Selain jamu-jamu tradisional, pengambilan supplemen adalah salah satu alternatif untuk mengembalikan kekuatan, menguatkan otot-otot dan memulihkan luka-luka dalaman.

    Supplemen-supplemen yang dicadangkan semasa berpantang (normal dan ceaserian).
    (1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

    (2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

    (3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

    (4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

    Teruja tak nak berpantang dengan supplement shaklee for your next baby... Berminat??   
    Email : nz.hashim@gmail.com 
    Call/SMS:012-2412804   
    *Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

    Monday, September 3, 2012

    Vitamin untuk meningkatkan kesuburan


    Zuriat merupakan anugerah yg terindah untuk pasangan yg berumahtangga. Namun, kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada keretakan rumahtangga dan seterusnya penceraian.

    "Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran)."

    Apabila ketidaksuburan berlaku, wanita biasanya disalahkan. Faktanya hanya 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

    Faktor2 wanita tidak subur:
    • Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
    • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
    • Penyakit berkaitan kelamin.
    • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
    • Merokok.
    • Pengambilan kafein yang berlebihan.
    • Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
    • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
    Faktor2 lelaki tidak subur:
    • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
    • Sperma kurang cergas
    • Sperma yang tidak sempurna
    • Sekatan pada saluran semen
    • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
    Faktor2 kedua-dua lelaki dan perempuan tidak subur:
    • Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
    • Pendedahan terhadap punca radiasi.
    • Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.
    Vitamin-vitamin yang dicadangkan demi meningkatkan kesuburan:
    • Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
    • Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
    • Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
    • B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.

    Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, kami cadangkan kedua2 suami isteri mengambil Family Wellness Set yang terdiri dari ESP, Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.

    Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

    Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :) - 

    Credit Alin

    Syukur dikurniakan tiga orang anak yang SIHAT, COMEL, CERDIK dan PANDAI penyeri hidup kami. Semoga Adam, Sarah, Khadijah dapat menjadi anak yang soleh dan solehah, dapat mendoakan mommy and papa bila kami tiada lagi di bumi ini. Amin..

    Thursday, July 5, 2012

    Set berpantang : Jamu atau Vitamin?

    Mencari-cari set berpantang yang simple cara penggunaannya namun efektif untuk memulihkan tubuh selepas bersalin? Saya syorkan anda mencuba Set Berpantang Shaklee untuk membaikpulih luka dalaman dan luaran, memberi tenaga yang berpanjangan, membantu mengelakkan post-partum blues, mengembalikan kejelitaan anda dan semestinya 'pembantu' anda sepanjang breastfeeding journey anda bersama bayi kelak.
    Apakah sebenarnya perbezaan mengamalkan jamu atau vitamin semasa dalam pantang? 
    Sebenarnya jamu juga dikategorikan sebagai makanan tambahan. Namun badan kita mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya ditambah kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

    Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik (... Pn. Norita)

    Ibu yang dalam pantang hanya memerlukan ...
    • multivitamin yang lengkap dengan zat besi kerana zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah ditambah ibu banyak kehilangan darah semasa haid dan nifas. 
    • B complex dan vitamin C penting dalam membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan serta vitamin ini membantu mengelakkan si ibu mendapat risiko meroyan. 
    • Manakala zinc sangat perlu untuk aturan 100 jenis enzim dalam tubuh. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembaikan luka luar dan dalam. 
    • Tidak kurang juga keperluan kalsium sangat dititikberatkan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalsium dari wanita biasa kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pembesaran si anak.

      Alhamdulillah ramai yang berpuash hati berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Ikuti perkongsian mereka. Anda bagaimana? 


    *Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.
    Reference

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...