Popular Posts

Showing posts with label sarah. Show all posts
Showing posts with label sarah. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Sarah dah LIMA tahun


Happy Birthday to LittleStars No 2, Sarah aka Kakak. Ulang Tahun ke 5 sudah. Kakak semakin PINTAR dan RAJIN semenjak ke Tadika. Mulut petah berkata-kata si Dr Sarah ni. Kaki Report pon ye jugak....hahaha Pantang abang buat salah sikit terus report!! 
Selamat UlangTahun ke 5 sayang ....
Semoga kakak membesar dengan SIHAT,GEMBIRA, TERANG dan BERSIH HATInya, BERIMAN, menjadi wanita SOLEHAH. Ameen.

Friday, May 10, 2013

Luka, Parut hilang dengan Vita E

Kalau balik kampung anak2 mommy memang paling suka sebab dapat jadi kampung boy and kampung girls.
Lepas bebas nak bermain di kawasan rumah Tok Ma dan jiran sekeliling.
Adam akan pergi main bola dengan Geng Bola Kampung nye tu.  nak masuk Maghrib baru balik. Mommy kasi can laa..., sebab kat rumah memang dia tak bebas bermain macam rumah kat kampung ...

Tapi malang tak berbau, tengah seronok-seronok main, melompat, berbasikal, main kejar-kejar. Sarah terjatuh masa bermain. Jatuh pulak atas jalan tar. Memang semua org terkejut , dia nangis punya lah kuat. Ada luka kat dahi, pipi, atas hidung and bawah hidung. Yang bawah hidung tu, luka nye dalam
sikit. Kami berlari bawak Sarah ke klinik berdekatan, nasib baik Dr Ramzi ada lagi. Klinik dah nak tutup, doktor nak gi solat Maghrib.
Nurse bersihkan luka kat muka Sarah. Ada la sikit lagi scratch di siku dah lutut.

The next day mommy start letak Vita E kat luka Sarah. Thank You Aunty Long yang bagi Vita-E sebab mommy tak bawak balik Vita-E mommy. Alhamdulillah seminggu lepas tu dah nampak perbezaannya.  Kesan-kesan luka makin hilang. Tinggal sikit je lagi kat bahagian bawah hidung tu.

Cerr tengok gambar di atas. memang berbeza kan.....Masa hari pertama tu, Sarah nangis tengok muka dia. Kena pujuk dan bagi kata-kata positif kat dia. Alhamdulillah, hari ke 7 dah hampir hilang sepenuhnya luka-luka kat muka Sarah tu. Memang Amazing Vita-E Shaklee ni !!


Berminat dengan Vita E? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com

Wednesday, January 16, 2013

Model MealShakes

Ni dia penggemar tegar MealShakes. Sarah suka sangat sampai hari tu terkantoi, senyap2 dia dok ratah MealShakes tu kat dapur... MealShakes ni perasa Vanilla (French Vannila flavor). Takde rasa susu pon. Tu sebab yang dia suka tu ....Selalu Mommy sediakan MealShake ni dalam susu Sarah. Tambah sesudu je dlm susu dia. Sekali sehari pon should be OK. Syukur...Sarah jarang demam, kulit Sarah pon lembut je. Alhamdulillah


Sunday, January 6, 2013

Back To School 2013

2/1/2013 - Adam memulakan persekolahan tahun sessi 2013. Dah masuk Darjah 3 anak Mommy. Tahun ni as usual mommy ambil cuti on first day of school walaupun Adam dah Darjah 3. Lain feelingnye hantar anak on first day persekolahan ni. Bukan selalu pon, setahun sekali je. Dapat juga lah bertemu Guru Kelas Adam yang baru, Pn Zarina Ibrahim.
Sangat teruja juga sebab anak dara mommy memulakan persekolahan tadika tahun ni. Alhamdulillah Sarah pon tak nangis on first day of school. Memang anak dara mommy ni manja. Dari dulu lagi mommy dok risau macam mana la cekMek mommy ni nak gi sekolah.  Sarah bersekolah dekat dengan ofis papa. Papa dah ada peneman dalam kereta setiap hari pergi dan pulang dari kerja. Hihi ...Sarah pon banyak cakap sekarang ni. Letih papa nak melayan pertanyaan Sarah, tapi kena layankan jugak....
Untuk memastikan anak-anak mommy kekal CERDAS dan CERGAS sepanjang sesi persekolahan, supplemen-supplemen yang cukup lengkap dah mommy sediakan untuk mereka. Adam ke sekolah kebangsaan sessi pagi disambung dengan sekolah agama sampai petang. Sarah pulak pagi-pagi dah kena bersiap awal macam orang nak pergi kerja. Memang kesian nampak sangat mereka letih dan penat...tapi biasa lah mula-mula ni untuk mereka adapt dengan kelas baru, guru baru, timetable baru. Yakin lah nanti insyaAllah semuanya akan berjalan lancar. As a mommy kenalah take action supaya anak-anak kekal cergas dan sihat. Bila sihat, belajar pon senang nak masuk insyaAllah.
Supplemen-supplemen yang mommy sediakan utk anak-anak mommy:


  • Performance Drink - this is mainly for Adam. To keep him hydrated. Untuk memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat. Campur dengan air Sunquick atau any drinks untuk tenaga berkekalan sampai Adam habis sekolah. Sesuai sangat di waktu cuaca panas. Kalau sekarang cuaca selalu hujan je mommy tak bekalkan.
  • Chewable Vita C - semua org tahu khasiat vitamin C yang paling utama dapat mempertingkatkan sistem imun. Anak-anak mommy jarang demam Alhamdulillah. Hanya sebiji sehari.
  • Vita-Lea for Children - Nutrien seimbang untuk pertumbuhan. Hanya sebiji sehari
  • MealShakes - menyediakan 24 jenis vitamin dan mineral dan zat perlu, membekal nutrisi kepada sel tubuh dan membantu tumbesaran. Kalau dah ambil VitaLea for Children boleh selang selikan dengan MealShakes ni. Mommy selalu bancuh dalam susu Sarah dan minuman kegemaran Adam.
  • OmegaGuard ni asid lemak Omega 3 - sumber  DHA, EPA baik untuk memori dan perkembangan otak anak-anak. OmegaGuard diekstrak dari deep-sea cold water fish (sardin, mackerel,herring, anchovies). OmegaGuard juga berkesan untuk anak-anak yang asma.

    Supplemen-supplemen diatas adalah untuk anak-anak mommy. Anda juga boleh dapatkannya dengan harga istimewa dari MommyNLittleStars. Mulakan tahun baru dengan supplemen terbaik hanya untuk permata hati anda. Berikan yang terbaik hanya untuk mereka :))

    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

      Berminat dengan Supplemen untuk anak-anak? Hubungi saya:
      «ID Shaklee : 866376
      «SMS/Whatsapp: 012-2412804
      «Email : nz.hashim@gmail.com

    Saturday, November 3, 2012

    Pentingnya amalan berpantang selepas bersalin

    DOKTOR, saya baharu sahaja bersalin anak pertama seminggu yang lepas. Saya ingin bertanya doktor berkenaan amalan berpantang semasa bersalin. Saya diberitahu oleh orang tua bahawa amalan berpantang ini amat penting dan jika tidak dilakukan dengan betul, akan mendapat kemudaratan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
    Nini, Kubang Pasu, Kedah.
    JAWAPAN:
    Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya menumpukan kepada sajian makanan serta minuman. Malahan amalan ini turut merangkumi hubungan seks, aktiviti harian seperti amalan mandi dan berurut. Pada kebiasaannya, hubungan seks tidak digalakkan dalam tempoh tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan seks bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut suci dan kering daripada darah nifas (darah yang keluar selepas melahirkan anak).

    PerubatanDari segi perubatan pula, tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.
    Dari segi kesihatan, darah nifas sebenarnya mengandungi bakteria (kuman) dan lendiran daripada lapisan dinding rahim. Keadaan anatomi salur kencing (uretra) dan salur dubur yang terletak berdekatan dengan salur faraj menyebabkan kemungkinan mudah dijangkiti kuman. Luka jahitan episiotomi juga mugkin boleh terbuka atau terkoyak jika berlaku hubungan seks pada peringkat awal. Pada kebiasaannya, luka episiotomi sembuh dalam masa dua hingga empat minggu selepas kelahiran. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah semasa proses penyembuhannya dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.
    ##Notes from MommyNLittleStars: Pengambilan Zinc dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman selepas proses kelahiran. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

    Pemakanan
    Jika dilihat dari segi aspek pemakanan pula, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran 'sejuk' seperti kangkung, bayam, pucuk paku serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah 'gatal' seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru.
    Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan mengambil makanan atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan 'disalurkan' melalui susu ibu kepada bayi.
    Kebanyakan wanita, khususnya orang Melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi (kekurangan air). Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara lapan hingga 12 cawan sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan. Namun begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.
    ##Notes from MommyNLittleStars: Pengambilan multivitamin dengan Zat Besi (VitaLea) penting kerana VitaLea lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
    Selain VitaLea, Vita C penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.



    Perubahan mental
    Selain perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kemurungan. Malah sesetengahnya pula mengalami jiwa yang terganggu (psychosis) selepas melahirkan anak.
    Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan seks. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan hubungan seks ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas melahirkan anak pula, hubungan seks tidak digalakkan untuk sementara waktu.
    Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai tempoh pemulihan daripada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim menguncup kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution.
    Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadang-kala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu.
    ##Notes from MommyNLittleStars: B-Complex  amat digalakkan untuk wanita selepas bersalin sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.


    Looking at your newborn...It's a PRICELESS moment

    Sape2 yang nak mengetahui lebih lanjut berkenaan set berpantang dengan Shaklee boleh email saya nz.hashim@gmail.com or SMS/Whatsapp 012-2412804


    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Wednesday, August 1, 2012

    majlis bertindik Aliya Sarah

    Tajuk bukan main gempak HAHAHA...
    Sebenarnya bukan ada majlis pon. Tak plan apa pon tapi mmg dah lama teringin nak tindik telinga princess mommy ni. Ingat nanti ballik KB nak buat tapi last week ke Alamanda jalan2. Mommy baca ada servis tindik telinga kat kedai situ. Mommy tanya cekMek, 'Sarah, nak tak?' dia angguk. Zass, zass, zass... anak mommy wearing her first earring....Macam tak percaya pon ada.
    Cina tu pon cakap
    'anak lu manyak bagus, tarrak nangis langsung...' WELL DONE MY DEAR, anok tino mommy memey COOL ....HAHAHA
    Mula-mula tokey tu sembur alkohol(alkohol kah?) on both side. Lepas tu assistant dia tanda dengan marker tempat nak tindik. Lastly, proses bertindik dijalankan.

    Masa tokey tu tembak mommy tak leh ambil gambar sebab tokey tu gabra. Takpe mommy izinkan kang tersilap tindik, nanti mommy pulak yang nangis. Alhamdulillah semua selamat...
    Dua tiga hari after, mommy monitor jugak takut sakit or berair telinga kakak. InsyaAllah semua OK. Tapi si kecik tu sudah berangan nak beli earring macam Barbie.

    Well, kisah bertindik telinga ni teringat zaman2 mommy dulu, siap buat pulut kuning kalau anak perempuan tindik telinga. Zaman dah berubah, Touch N Go je dah siap.... Siap makan ais krim lagi lepas tu....HEHEHE


    Dok pegang pipi sebab dia kata sakit.
    Lepas makan aiskrim + dpt baju raya terus tak sakit :=)Adik hyper sebab dapat makan aiskrim..hohoho

    Monday, June 4, 2012

    cek mek Sarah


    SARAH or known as 'kakak'  will be 4 years next July.
    • next year mommy nak register sarah to kindergarten. sekarang dah selalu cakap2 dgn dia 'nanti kakak gi school tau, nanti gi school boleh pandai mcm abang.......'. praying hard she will be ok at school like abang dulu-dulu.
    • minat sangat to all 'girlie stuff', make-up, princess, Barbie. last week, i caught her watching make-up tutorial on YouTube uollsss. "How to make-up like Barbie" u.....terkejut mommy. mommy pon x make-up tau.....suka pakai lipstick ambil dlm handbag ciksu
    • suka posing kalau nak ambik gambar, laju je dia pose. tgk la pose dia kat gambar atas tu.
    • pakai baju pon very selective, selekeh2 x main la....ikut sape ye anak mommy ni? mandi n bersiap pon lama, tutup pintu lak tu. pakai baju dlm bilik sendiri...:)
    • dulu selalu ada eczema, gatal2. memang 'Puteri Lilin' tak tahan panas mesti dia garu2 sampai berdarah n berparut. sejak mommy bagi Mealshake or dia panggil 'susu Shaklee' memang dah kurang eczema. makan pon dah banyak.kalau dulu berchenta nak suruh dia makan....
    • masuk je dlm kereta je, mesti terus mintak bukak air-cond, 'mommy, panassh...' kalau dah panas, muka dia start la merah-merah. comel pulak mommy tgk....
    • suka berebut nak dok tengah kat seat belakang dgn abang. kalau long journey memang girls dok seat belakang dgn mommy. Abang dok seat depan. Kalau tak, mesti nak bergaduh je...aduuuuuh
    • Mommy's Talking Machine. ada2 aje soalan yang dia tanya kita non-stop....kalau jumpa org terus x bercakap, kepala teleng2 n tunduk2 malu, very2 shy dgn org yg first time jumpa.
    • rajin tolong mommy masak kat dapur. tolong mommy ambil brg dlm fridge, tolong mommy potong sayur guna pisau mainan dia tu ..biar rajin sampai besar ye sayang.....huhu
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...