Popular Posts

Showing posts with label breastfeeding info. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding info. Show all posts

Saturday, October 13, 2012

The WILL Power Story ...

Alhamdulillah, Alhamdulillah ....rasa sangat happy bila dapat bantu kawan yang breastfeed her baby. As a friend and 'kakak', mommy hanya boleh membantu nasihat dan bagi dorongan but the 'WILL' faktor adalah dari dalam diri Fiza sendiri untuk meneruskan misi untuk susukan her precious Firaz.
Kalau mommy bagi nasihat and Fiza tak take the ACTION pon, ia tak akan terlaksana. Yang penting kena USAHA + DOA jangan terus GIVE-UP. Kita ikuti testimoni panjang lebar Fiza about her breastfeeding journey. 


Buat Fiza, CONGRATS kerana dapat susu kan Firaz. Akak tau Fiza memang kuat, you will DO ANYTHING for your loved one. Semoga dapat teruskan penyusuan susu ibu with your next baby dear... :-)

Buat pengetahuan semua, for penyusuan susu ibu supplemen yang di cadangkan adalah:

VitaLea - Multivitamin. Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita
B-Complex -Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.
Vita C - Untuk meningkatkan sistem imun
Alfalfa - As a Milk Booster, cepatkan penghasilan susu ibu
ESP -  Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu. Protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran.


Selain itu, perlu kita ingat penyusuan susu ibu akan berjaya jika kita:
-sentiasa menjaga pemakanan
-sentiasa mengepam dengan konsisten
-minum air mengikut keperluan badan. Jika mengambil supplement perlukan lebih air.
-sentiasa berdoa dan bersangka baik dengan Allah.
-istiqamah dalam segala urusan.

Friday, August 3, 2012

Panduan menyimpan EBM

Entry ulangkaji... Buat yang bertanya... secebis info ~ Panduan untuk menyimpan EBM.. berapa lama ia bertahan untuk suhu yg tertentu dan apa yg ibu harus lakukan kat baki EBM yang dah digunakan..jom rujuk jadual ni
Reminder: Use clean containers, and wash your hands with soap and water before expressing. or pumping.
Panduan untuk menyimpan EBM..
Tempat simpanan
Suhu tempat penyimpanan susu
(Fahrenheit)
Suhu tempat penyimpanan susu
(degrees Celcius)
Berapa lama EBM boleh bertahan
Suhu bilik
60 degrees F
15 degrees C
24 jam
Suhu bilik
66-72 degrees F
19-22 degrees C
10 jam
Suhu bilik
79 degrees F
25 degrees C
4-6 jam
Dalam peti sejuk
32-39 degrees F
0-4 degrees C
8 hari
Dalam freezer *yg peti sejuk jenis satu pintu)
2 minggu
Dalam tempat beku (compartment asing..ie peti sejuk dua tiga pintu tu)
3-4 bulan
In a separate deep freeze with a constant temperature(ini yang deep freezer)
0 degrees F
-19 degrees C
6 bulan ke atas
Bagaimana dengan EBM yang dah dibuka atau dipanaskan? selebihnya nak disimpan atau dibuang?.. rujuk jadual ni yer
Type of Milk
Simpan atau buang?
Why
Baki susu (EBM) didalam botol yang dah diminum
Guna untuk next feeding (tapi dalam tempoh masa yang x terlalu lama), otherwise discard(buang)
Bacteria from the baby's mouth may have entered the milk during the feeding. This may lead to bacterial contamination if it sets too long
Susu yang dah dipanaskan
Save in the refrigerator for 24 hours after thawing, then discard. Jangan dibekukan semula
Milk that has been frozen has lost some of the immune properties that inhibit bacterial growth in fresh refrigerated milk.
Susu didalam peti sejuk yang dah berada selama 8hari
Transfer to storage in the freezer, or buang saja
Mungkin masalah pertumbuhan bakteria bukan isunya.. tapi susu tu dah angkut bau2 dan perasa2 luaran dlm petisejuk tu jadi efek kat rasa susu tu.

Sunday, July 22, 2012

Penyediaan susu ibu ke rumah baby sitter

Setiap hari 2 bag yang mommy prepare untuk Ayra ke rumah Ibu. Bag baju, beg susu and periuk bubur nasi.
Alhamdulillah sepanjang membesarkan anak2 mommy dipertemukan dengan pengasuh yang baik hati, penyayang dan ikhlas menjaga anak-anak mommy. Mommy panggil Kak Yati tapi Ayra panggil Ibu...
Ini lah cooler bag for EBM Ayra (yang belang-belang tu). Everyday mommy bekalkan 5oz * 3 bottles of EBM. memang nampak sikit tapi Alhamdulillah setakat ni cukup untuk dia. Mungkin sebab susu ibu mommy pekat, minum sikit pon dia dah kenyang.


Dalam periuk tu bubur nasi. Angkut dengan periuk2 sekali lah senang ibu nak panaskan. Bubur ni nampak kehijauaan sikit sebab hari ni bubur ikan bilis + brocolli yang yang dah di blend. Kalau hari lain tengok lah bubur carrot, bubur ayam, bubur ikan ke. Mommy akan cuba variasikan bubur tu. Tapi yang pasti memang suka bekalkan bubur nasi biar kenyang perut anak mommy.

Biarlah bersusah-susah sikit tiap pagi, as long as mommy tenang di office anak mommy ada makanan. Selain tu mommy bekalkan baby biscuits/ baby bites for Ayra. Roti keras org selalu cicah dgn kopi tu, mommy bekalkan juga sbb Ayra suka biskut tu. Dia gigit sampai habis. Takde gambar lah pulak tapi kat kedai runcit ada jual.

Saturday, June 16, 2012

ayra's first birthday

Hari ni birthday Ayra yg pertama. Dah setahun ye anak bongsu mommy. Physically macam baby lagi, awet muda Ayra ni hehe.. Berat tak timbang lagi tapi rasanya 7++kg je. Gigi still dua batang tapi gigitan nye tajam. Dah berani nak berdiri sendiri. Berjalan sambil pegang dinding dah laju. Suka tarik rambut mommy and kakak. Panjat tangga dah daily routine. Dia dok atas anak tangga tu pastu panggil, lambai org (abang/kakak or mommy/papa) pastu sengih-sengih sampai kembang hidung dia. Bangga lah tu dpt panjat tangga ye sayang... Bila mommy dukung turun dia panjat balik haaiishhh...last2 mommy letak dlm walker baru dia diam kejap.


Makan pon dah banyak. Everyday mommy bekalkan bubur nasi habis satu periuk kecil tu Ayra habiskan.. Alhamdulillah Ayra diberi rezeki utk menyusu badan lagi.Walaupun stok mommy sekarang kais pagi makan pagi... :( Cabaran for mommy utk tambahkan stok. Set Breastfeeding Shaklee memang banyak membantu menghasilkan susu dan untuk mommy kekal cergas dan cerdas.......... Kira 2-in-1 la dapat breasfeeding and at the same time badan pon rasa lebih sehat dari dulu Alhamdulillah.....  Walaupun kita makan supplement, basic asas penyusuan mmg tak boleh dilupakan, Jangan harapkan susu terus banyak dengan hanya memakan supplement.Tiga perkara di bawah perlu diamalkan secara konsisten juga:



  • Pam dengan konsisten setiap 3 jam atau kerapkan bayi menyusuuntuk menghasilkan ransangan kepada payudara untuk menghasilkan lebih susu. Jangan sesekali tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak. Jarak sesi perahan yang terlalu jauh iaitu melebihi 3 jam boleh menyebabkan penghasilan susu akan mula merosot dan lama kelamaan susu ibu akan kering.
  • Minum sekurang-kurangnya 3L air sehari...ini kerana air diperlukan untuk penyerapan vitamin dengan lebih menyeluruh.
  • DOA yang berterusan. Doa ini yang membantu keyakinan kita kepada Allah kerana dengan izin Allah jualah rezeki susuibu itu mengalir dengan lebih banyak.

  • Mommy pon tak sangka boleh sampai 1 tahun penyusuan susu ibu secara eksklusif. Walaupun baru setahun, I'm proud of myself. Dulu short term target 6 months saja. Tu pon dok ragu2 woley ke?, woley ke nak full breast feed ni? Alhamdulillah diberi kekuatan . Org putih selalu kata When there is a WILL, there is a WAY... Loves to cuddle her, belek2 lubang hidung, korek mata and telinga, sometimes geram sgt cubit pipi dia. ....that's what i love bf my babies, interaction baby-mommy memang special.
    On Ayra's birthday, mommy order cake je (share birthday cake dengan abang) and buat pulut kuning dgn kerutuk daging. Jemputan atuk, nenek, ibu's family (babysitter),cik su, makngah, cik fina, mok su and family je. Small gathering tapi penuh bermakna sebab dapat celebrate Ayra's first birthday dengan abang Adam sekali. Happy Birhday My Baby Ayra Khadijah. Semoga Ayra menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Amin.
    Reference

    Tuesday, May 22, 2012

    Susu ibu elak generasi obes


    KHASIAT susu ibu bukan lagi menjadi rahsia malah diperkukuhkan dengan kajian yang dijalankan di lima negara Eropah menerusi Projek Program Pemakanan Awal.
    Hasil kajian mendapati obesiti dan penyakit kardiovaskular dalam kalangan orang dewasa berkait rapat dengan pemakanan awal.
    Profesor Dr. Berthold V. Koletzko yang mengetuai kajian berkenaan pada 2009 mendapati 1,128 bayi yang diberikan susu formula cenderung mengalami berat badan berlebihan selain obes apabila meningkat dewasa.
    Beliau yang juga pakar pediatrik merupakan Ketua Bahagian Perubatan Metabolik dan Nutrisi di Hospital Kanak-kanak Hauner, Pusat Perubatan Universiti Munich, Jerman.
    Profesor Berthold pernah bertugas di Afrika Selatan dan Tanzania selain di Hospital Kanak-kanak Universiti Düsseldorf, Jerman.
    Beliau juga pernah bertugas sebagai doktor nutrisi klinikal dan metabolisme di Hospital bagi Kanak-kanak Sakit di Universiti Toronto, Kanada.
    "Lebih malang lagi bayi yang diberikan susu formula dikatakan pendek umur berikutan pelbagai penyakit yang dihidapi.
    "Terdapat kaitan antara kenaikan berat badan pada bayi dan obesiti serta peningkatan dalam serangan penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser di kalangan dewasa," katanya semasa Bengkel Pemakanan Awal Wyeth.
    Menurutnya, bayi yang diberikan susu formula pada awal usia besar kemungkinan mengalami kenaikan berat badan lebih tinggi berbanding yang mendapat susu ibu.
    "Susu formula mengandungi lebih banyak protein (biasanya 55 hingga 80 peratus lebih protein) berbanding susu ibu.
    "Susu ibu pula mempunyai kandungan tenaga dan protein yang rendah berbanding susu formula," katanya.
    Kajiannya juga mendapati bayi yang diberikan susu ibu antara enam hingga dua tahun lebih sihat walaupun berat badan lambat bertambah.
    "Sebaliknya bayi yang diberikan susu formula adalah lebih besar berbanding yang diberi susu ibu pada tahun pertama usia mereka," katanya.
    Tumbesaran yang cepat pada bayi yang diberikan susu formula meningkatkan obesiti sehingga enam kali ganda.
    Persatuan Pediatrik Eropah (EPA) yang menilai maklumat mengenai pemakanan hayat awal dan menggabungkannya dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Lembaga Keselamatan Makanan Eropah dan Persatuan Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik Eropah (ESPGHAN) serta Akademi Pediatrik Amerika (AAP) menawarkan paradigma baru berkaitan pemakanan awal.
    "Hasilnya bayi tidak digalakkan mengambil susu formula sebelum usia mencapai 12 bulan walaupun bayi yang diberikan susu formula lebih montel," katanya.
    Profesor Berthold berkata, ibu bapa perlu tahu anak yang montel tidak semestinya sihat.
    "Tentu saja kita suka melihat bayi yang montel! Tapi sebenarnya montel tidak semestinya sihat," katanya.
    Menurut Indeks Nutrien Disyorkan di Malaysia (MRNI) kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga daripada lemak.
    Lemak asid arakidonik (AA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting bagi perkembangan kognitif.
    Bagaimanapun ia diperlukan dalam nisbah yang betul misalnya dalam susu ibu AA:DHA adalah 1.733.
    Susu lembu tidak sesuai Susu ibu adalah terbaik tetapi adakalanya apabila seorang ibu tidak dapat menyusukan bayinya atas sebab-sebab tertentu, disaran mengambil susu formula yang mirip dengan susu ibu.
    Pakar Runding Paediatrik Hospital Whittington dan Hospital Great Ormond Street, Dr Atul Singhal berkata, pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang.
    Menurutnya, pemakanan meliputi nutrien, kimia bagi fungsi badan dan bagaimana badan menggunakannya.
    Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Makanan Kanak-kanak di samping Profesor Pemakanan Pediatrik di Institut Kesihatan Kanak-kanak di London, mendapati bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat - akibatnya lebih obes dan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular.
    Pandangan itu dikongsi pakar runding pemakanan, Indra Balaratnam.
    Semua nutrien seimbang "Bayi tidak akan membesar dengan sempurna jika dietnya kekurangan asid lemak yang diperlukan kerana lemak ada punca tenaga utama," katanya.
    Menurut Balaratnam, bayi memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka berbanding kanak-kanak lebih besar kerana untuk pembentukan sel otak dan mata yang sihat.
    "Tidak seperti organ lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun. Pemakanan pada beberapa tahun pertama sejak janin membesar sehingga anak berusia lima tahun adalah penting untuk membekalkan nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak yang betul," katanya.


    Wednesday, April 4, 2012

    fuhhh..susah nye nak cari



    Finally, dapat jugak beli valve Avent ni. Susah nye nak cari benda kecik ni. Only di Avent authorised dealer je ada. Dah hampir2 nak beli pump baru. Thanks mrNaza pegi tolong belikan. Boleh continue pumping dengan happy.......Yahuuuu. Sape yang nak beli spare part Avent boleh lah pergi ke Avent authorised dealer. Alamat di bawah:

    Kinderdijk Sdn Bhd
    D-0-12, Plaza Damas, No 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur. Tel 03-6203 2336. Better call dulu sebelum pergi.

    Tuesday, April 3, 2012

    ber 'Mamet' di USS

    Bila di waktu-waktu kecemasan, macam2 cara akan kita buat utk settlekan problem tersebut. Trip ke kota singa last month, boleh hilang pulak 'valve' Avent pump tu. Sedar pon masa dok dalam USS. Cik B dah sakit sangat. Memang tak boleh tahan sangat dah. Tingg...dapat idea teknit marmet thru my reading earlier. Tadaaa, inilah hasilnya setelah ber'mamet' setengah jam....

    Jom kita revise balik Teknik Marmet - what it's all about.....:
    Apa itu Teknik Marmet???
    Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

    Orang kata Teknik marmet ini lebih senang, mudah dan murah (free lagi ) untuk dipraktikkan. Ada yang kata susah & memenatkan...
    Cara Memerah

    1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

    2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).

    3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).

    Monday, January 30, 2012

    Khasiat Halba




    Selain megamalkan pengambilan supplement untuk memperbanyakkan susu dan menghasilkan susu ibu yang berkualiti, kita juga masih boleh mengamalkan petua-petua tradisional yang diamalkan oleh ibu-ibu kita suatu ketika dahulu. Salah satu petua yang saya amalkan adalah halba. Cara pengambilannya ialah, rendam secubit halba ke dalam air panas. Biarkan seketika, selawat dan minum. Halba ini juga boleh diletakkan dalam minuman teh.Baunya agak kurang menyenangkan tetapi mengandungi pelbagai khasiat berguna.

    Rasulullah saw bersabda :

    ” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ”

    Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.

    Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

    “Gunakanlah Halba sebagai ubat”

    Memang Halba itu baik!! mak saya amalkan masuk sedikit dalam beras masa menanak so that kanji nye akan berkurangan (utk pesakit diabetics) dan wangi pun iya jugak!! Petua ni didapati dari pengamal perubatan alternative semasa mak saya berubat dulu!!


    Kalau orang Johor… selalunya masak nasi lemak letak halba nih…


    Untuk naikkan wangi nasi lemak tuh…


    KEGUNAAN HALBA


    1. Diminum sebagai teh untuk


    - Melancarkan haid


    - Menghilangkan kembung,sebu dan senak


    - Pencuci perut


    - Menguatkan jantung


    - Menghilangkan lender tekak


    - Melegakan sakit kepala/ migraine


    - Membuang angin


    - Menyembuhkan buasir


    - Senggugut


    - Merangsang rahim


    - Kegemukan


    - Kurang berat badan


    - Mengawal kencing manis


    - Radang kulit dan Bisul




    2. Teh Halba + Madu


    - Kurangkan ketagihan rokok dan dadah


    - Anemia




    3. Untuk anak2 yang baligh


    - kecergasan


    - kekuatan badan


    - Tumbesaran




    4. Untuk ibu menyusu


    - Banyakkan air susu TERBUKTI BERKESAN !!!:)


    5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.


    - Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.
    - Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.


    Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.


    Di Pantai Timur halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.


    MANA NAK DAPAT HALBA

    Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.


    Thursday, January 12, 2012

    power pumping


    Last week hasil tenusu mommy drop, x tau apa salahnya tapi each pum selalu dapat more than5oz tapi pump-pump hanya dapat 2,3oz je. Rasanya momm y xjaga diet sangat a few weeks ago. Minum ais banyak sangat. Maklum lah musim panas ni memang x tahan tekak ni tengok ais. Other than consume Alfalfa, mommy pon meng'Google' and mommy find out pasal power pumping from here

    Power Pumping




    Power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply. For more information on basic pumping techniques, see the pumping section below. Here is a brief explanation of power pumping.

    Power pumping involves using regular pumping techniques and setup,but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged.






    Mommy guna pump Avent manual yang biasa tu je. Pam ni dah banyak berjasa since 2008 lagi sewaktu melahirkan Sarah. Sewaktu nak bersalin Ayra ada beli spectra dew but mommy lebih suka pump manual sebab suction nye lagi best. So, spectra dew mommy buat pump kat rumah, Avent manual bawak gi opis. Avent Manual ni pada mulanya dah x boleh guna sebab valvenya dah haus. Kalau pam kejap, valve dia melantun keluar dari position. kena bukak and pasang balik. Masaalah Avent kat Malaysia x jual spare part. Nasib baik best friend mommy kat Adelaide tolong belikan kat sana and post. Thanks Lynn.... :)


    Pump antik yang dah banyak berjasa


    Untuk buat power pumping ni senang je. Tak semestinya kena guna pump elektrik, pump manual pon boleh buat. Apa yang mommy buat hari tu start pumping kol 10pagi(my usual routine), pam dua-dua belah tau 10minit, 10minit. Lepas tu mommy sambung buat kerja ofis. Sambung pump balik after 10 minit. Kali ni pam lagi 10minit each breast. Tiap kali pump tu jangan lupa zikir and doa moga susu kita cukup for our baby. Pump until complete 1 hour. Nak pump lagi lama pon no problem. Letih? For mommy tak letih sebab dah biasa guna pump manual. Cuma penat berkejar-kejar nak gi surau tu la. Tapi Alhamdulillah bos mommy walaupon lelaki dia paham doh. Kalau mommy x de kat tempat tu dia tau la mommy gi mana. Tapi kena pandai2 la cover balik masa kerja yang kita ambik masa mengepam tuh ye...


    After power pumping tu hasilnya biasa-biasa jer. Ada la mommy dapat dalam 6, 7oz je. Tapi yang terkejut, minggu depan tu pump-pump inilah hasilnya:


    Result after pumping

    Ada la dapat 9oz. Kena banyak sabar tau. Result power pumping ni bukan immediate. Mengambil masa juga. Syukur Alhamdulillah....itu lah orang kata, Usaha Tangga Kejayaan. Kalau mommy setakat makan vitamin je tapi mommy takUSAHA untuk buat power-pumping ada ke akan dapat hasil sebegini? USAHA+DOA dan seterusnya kita TAWAKKAL kepada Pencipta kita. Insya Allah akan berjaya....



    So, sesiapa yang ada problem susu sikit, susu kering, xde susu boleh cuba kaedah Power Pumping ni. Terbukti berkesan oleh Mommy N Little Stars hehe...Yang penting jangan give up tau, jangan cepat susah hati. Setiap masaalah mesti ada jalan penyelesaiannya. insya Allah...

    Tuesday, January 3, 2012

    Milk Booster

    Seminggu dua ni milk production sgt low. not sure puncanya tapi memang x jaga makan sangat semenjak dua menjak ni especially minum ais x ingat, kurma pon dah jarang2 makan, oats pon selalu skips. Bila pump, pump dapat 3 oz je. usually sekali pump dapat 5,6 oz. tension mommy.....Ayra Khadijah pulak dah start minum banyak. Hari tu tak cukup susu kat rumah bbsitter. Kak Yati bagi FM sorang baby kat sana. x pe lah nak buat mcm mana sbb dah bagi kan. tapi saya kena bekalkan lebih la susu sekarang sbb Ayra dah start minum banyak. Sekarang ni bekalkan dalam 12oz sehari, dah kena start bekalkan lebih.
    Hati mommy dah runsing sebab susu drop, tiba-tiba teringat Alfalfa.


    Hari tu stop makan Alfalfa kejap sebab ada gatal2 kat kaki. Selalu ambik 2biji je tapi hari tu telan 3 biji. The next day, Wallllaaa....memancut-mancut susu. memang betul lah Alfalfa ni as a milk-booster.

    "Alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.


    Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita. "
    -Quote from Alin



    Now saya dah tak skip makan Alfalfa dah. Sekurang-kurangnya 2 biji sehari ambil Alfalfa. This is to make sure to boost my milk supply. Other than consuming Alfalfa, i'll make sure tu pump, pump, pump at office every three hours. Air pon kena minum banyak sbb kalau x minum, rasa kering/ dehydrated je. Lagipun kat opis tu, air cond sejuk beku macam musim winter tau. Kulit cepat je kering


    Ok, for more information please email to me nz.hashim@gmail.com :)



    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.Consult your healthcare professionals before taking any dietary supplements.



    Monday, January 2, 2012

    Kesan pengambilan suplemen untuk ibu menyusu

    soalan bonus
    " betul ke makan suplemen ni susu jadi banyak?"

    jawapan saya - indirectly yes


    kenapa indirectly? sebab suplemen ni asasnya untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti, yang mana pada masa yang sama, memberi manfaat kepada diri kawan-kawan juga. apa manfaat yang kawan-kawan dapat?
    #badan jadi lebih bertenaga, cergas, kurang letih
    #imun badan lebih tinggi
    #mood yang lebih baik, stabil
    #sihat sentiasa

    justeru, apabila badan sihat, cergas, mood bagus ; maka susu badan lebih muda dihasilkan, provided kawan-kawan turut mengamalkan tiga perkara di bawah secara konsisten juga:

    ^^Pam dengan konsisten setiap 3 jam atau kerapkan bayi menyusu untuk menghasilkan ransangan kepada payudara untuk menghasilkan lebih susu. Jangan sesekali tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak. Jarak sesi perahan yang terlalu jauh iaitu melebihi 3 jam boleh menyebabkan penghasilan susu akan mula merosot dan lama kelamaan susuibu akan kering.
    ^^Minum sekurang-kurangnya 3L air sehari...ini kerana air diperlukan untuk penyerapan vitamin dengan lebih menyeluruh.
    ^^DOA yang berterusan. Doa ini yang membantu keyakinan kita kepada Allah kerana dengan izin Allah jualah rezeki susuibu itu mengalir dengan lebih banyak.

    Basically, kesan yang didapati selepas kawan-kawan mengamalkan pengambilan set penyusuan SHAKLEE secara teratur ialah :-
    #susu berwarna kuning dan pekat
    #anak minum sedikit dan mudah kenyang, senang nak buat stok susuibu #ibu lebih bertenaga
    #hubungan suami isteri bertambah intim





    Mommy dah cuba & Alhammdulillah... sangat berpuas hati. Anda Bagaimana? Berminat??? untuk keterangan lanjut, sila sms Mommy di 012-2412804 atau emailkan ke nz.hashim@gmail.com
    credit::Alin

    Sunday, December 11, 2011

    my breastfeeding story

    Sewaktu melahirkan Adam tujuh tahun lepas, mommy mmg tiada langsung ilmu penyusuan. Till now mommy still regret sbb dapat menyusukan Adam a few months saje. Ingat lagi hari ke-2 di SJMC, breast Mommy bengkak tapi susu tak keluar2 jugak. Macam2 buat, tuam air panas, letak kobis. But still susu x keluar. Being a firts time parent, mmg Mommy and mrNaza risau sbb Adam asyik menangis je waktu tu. We have no choice, kesian kat anak yang kelaparan, kami beli FM kat Carre4. Di tambah pulak family x supportive sgt bab-bab penyusuan ni. Biasa la komen org2 tua 'Beli susu tin je, nanti susah nak tinggal nak gi kerja....',bla,bla, bla.... So, membesar lah Adam dengan FM. That's the best that we can give to him at that time. But now, tiap kali buat minum pagi for Adam, mommy campurkan sedikit EBM adiknya dalam minuman Adam sambil selawat. hehe.....


    Pic Google
    Sebelum lahirkan kan Sarah, Mommy teruja tengok officemate Mommy boleh fully breast fed baby dia sampai 2 years. Memang membuka mata mommy waktu tu. Kawan mommy tu kurus je, tapi susu banyak. Mommy terus gali ilmu penyusuan di Internet di samping banyak bertanya kawan2. Alhamdulillah Sarah breast fed until 2yrs plus tapi tu pon top-up dengan FM. Jika dibandingkan Adam dan Sarah waktu baby, Sarah jarang dapat demam. And kalau demam pon tak lama. Memang terbukti susu ibu kaya dengan antibodi. So far, Ayra dah 6months++ masih belom demam lagi. Seingat mommy, waktu Adam baby dulu 3months dah dapat high fever. Perbelanjaan pon memang banyak dapat dijimatkan kalau breast feeding your baby. FM yg average pon dalam RM50++ setin. That's only for 1 week supply. 1 month, sendiri kira la. Tu susu yg average tau, yg lagi mahal .... :)


    Pic Google


    Masa pregnant kan Ayra, mommy nekad utk beri susu ibu sepenuhnya. Mommy gali lagi ilmu penyusuan. Tak macam 7,8 tahun lepas, sekarang memang banyak ilmu penyusuan yang Mommy perolehi lebih-lebih lagi di Internet. Nak dan tak nak buat sahaja. Mommy bersyukur dapat jumpa blog Alin. Memang banyak ilmu penyusuan yang Alin kongsikan. Di samping itu Mommy juga mengambil suplemen yang disarankan oleh Alin. Based on Mommy's experience, pengambilan suplemen memang penting semasa kita menyusukan bayi especially suplemen Shaklee yang terbukti HALAL dan sudah 55 TAHUN di pasaran. Rasa rugi tak kenal Shaklee dari dulu lagi hehe. Susu banyak dan berkualiti, kesihatan pon bertambah baik. Alhamdulillah.......
    Ini supplemen yang mommy ambik:


    Cadangan supplement utk Breastfeeding ini mengandungi:

    1. Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.
    2. B complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

    3. Vitamin C : Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

    4. Alfalfa : Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu
    MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.
    Note : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




    Sila email saya nz.hashim@gmail.com or SMS 012-2412804 untuk pertanyaan :)

    Doa buat Ibu menyusu







    Maksud ayat :

    Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.


    Sambil baca ayat Al Baqarah; 60 tuh sambil letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.



    Selain itu ibu-ibu boleh juga mengamalkan....



    • Surah al-Hujurat

    • al-Kauthar

    • Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum

    • Surah Yasin ayat 72-73

    • Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam


    " Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, Jika masih jauh dekatkanlah. limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"



    Doa untuk menambahkan susu:


    Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..


    Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

    Amin...





    Friday, November 18, 2011

    transport susu


    ni kronologi masa nak angkut susu ibu from KB to KL masa habis pantang dulu.
    1.Beli kotak polistrine
    2.Masukkan ais di lapisan bawah polistrine.
    3.Susun botol, plastik susu atas ais. Lepas tu letak ais di lapisan atas botol/plastik susu.
    4.Tabur garam sikit atas ais (x nak ais cepat cair).
    5.Ikat kotak polistrine dengan tali.
    6.Bila check-in, mintak sticker FRAGILE
    7.Masuk cargo



    8.Bila sampai KL, cepat2 transfer ke fridge. Alhamdulillah susu Ayra selamat. x sempat cair pon.




    Tadddaa...lepas dah habis arrange. :)




    Wednesday, November 16, 2011

    happy 5 months

    hari ni genap umur Ayra 5 bulan. Makan genap lah 5 bulan Ayra minum susu ibu. Berat 5.9 kg. So far Alhamdulillah x pernah demam lagi. Berkat susu ibu rasanya. Susu ibu kan kaya dgn antibodi......

    Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun. Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :

    i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi.

    ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air masak.

    iii) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung pada permintaan bayi.

    iv) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.

    v) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut

    Setiap makhluk tuhan yang bergelar mamalia dikurniakan susu untuk membesarkan bayi masing-masing, mengikut keperluan perkembangannya. Haiwan seperti gajah, kucing, lembu dan kuda menghasilkan susu yang sesuai untuk keperluan bayi sejurus selepas dilahirkan agar dapat berjalan. Kandungan mineral yang tinggi yang terdapat dalam susu awal sesuai untuk pertumbuhan tulang yang kuat. Oleh itu kandungan protein, lemak, karbohidrat, mineral dan air adalah unik dan amat diperlukan oleh setiap mamalia.

    Manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi yang memerlukan perkembangan otak yang optimum. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah
    mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Kandungan susu ibu tidak akan dapat ditiru
    sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.

    Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi, dan juga pembentukan peribadi seorang anak. Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga, kerajaan dan masyarakat untuk menjimatkan wang.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...