Popular Posts

Tuesday, December 27, 2011

Apa itu Lecithin, faedah makan dan untuk siapa?


Kepentingan Lecithin:-
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin:-
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Kegunaan Lecithin :-
PALING UTAMA
  1. Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  2. Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  3. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  4. Membantu kawal paras triglycerides
  5. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  6. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  1. Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
  2. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecitin
  3. Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  1. Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
  2. Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
  1. Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
  2. Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Kepada mereka yang nak kuruskan badan, memecahkan dan mencairkan lemak terutamanya kolestrol, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan.

Sumber
Note : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Sila email saya nz.hashim@gmail.com untuk pertanyaan :)

Wednesday, December 21, 2011

happy birthday

HAPPY BIRTHDAY TO MY DEAR HUBBY


Semoga panjang umur, dikurniakan umur yang berkah, diberkati dan dirahmati Allah swt, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, berjaya dlm kerjaya, dan semoga menjadi suami dan papa Mithali.
insya Allah




Sunday, December 11, 2011

my breastfeeding story

Sewaktu melahirkan Adam tujuh tahun lepas, mommy mmg tiada langsung ilmu penyusuan. Till now mommy still regret sbb dapat menyusukan Adam a few months saje. Ingat lagi hari ke-2 di SJMC, breast Mommy bengkak tapi susu tak keluar2 jugak. Macam2 buat, tuam air panas, letak kobis. But still susu x keluar. Being a firts time parent, mmg Mommy and mrNaza risau sbb Adam asyik menangis je waktu tu. We have no choice, kesian kat anak yang kelaparan, kami beli FM kat Carre4. Di tambah pulak family x supportive sgt bab-bab penyusuan ni. Biasa la komen org2 tua 'Beli susu tin je, nanti susah nak tinggal nak gi kerja....',bla,bla, bla.... So, membesar lah Adam dengan FM. That's the best that we can give to him at that time. But now, tiap kali buat minum pagi for Adam, mommy campurkan sedikit EBM adiknya dalam minuman Adam sambil selawat. hehe.....


Pic Google
Sebelum lahirkan kan Sarah, Mommy teruja tengok officemate Mommy boleh fully breast fed baby dia sampai 2 years. Memang membuka mata mommy waktu tu. Kawan mommy tu kurus je, tapi susu banyak. Mommy terus gali ilmu penyusuan di Internet di samping banyak bertanya kawan2. Alhamdulillah Sarah breast fed until 2yrs plus tapi tu pon top-up dengan FM. Jika dibandingkan Adam dan Sarah waktu baby, Sarah jarang dapat demam. And kalau demam pon tak lama. Memang terbukti susu ibu kaya dengan antibodi. So far, Ayra dah 6months++ masih belom demam lagi. Seingat mommy, waktu Adam baby dulu 3months dah dapat high fever. Perbelanjaan pon memang banyak dapat dijimatkan kalau breast feeding your baby. FM yg average pon dalam RM50++ setin. That's only for 1 week supply. 1 month, sendiri kira la. Tu susu yg average tau, yg lagi mahal .... :)


Pic Google


Masa pregnant kan Ayra, mommy nekad utk beri susu ibu sepenuhnya. Mommy gali lagi ilmu penyusuan. Tak macam 7,8 tahun lepas, sekarang memang banyak ilmu penyusuan yang Mommy perolehi lebih-lebih lagi di Internet. Nak dan tak nak buat sahaja. Mommy bersyukur dapat jumpa blog Alin. Memang banyak ilmu penyusuan yang Alin kongsikan. Di samping itu Mommy juga mengambil suplemen yang disarankan oleh Alin. Based on Mommy's experience, pengambilan suplemen memang penting semasa kita menyusukan bayi especially suplemen Shaklee yang terbukti HALAL dan sudah 55 TAHUN di pasaran. Rasa rugi tak kenal Shaklee dari dulu lagi hehe. Susu banyak dan berkualiti, kesihatan pon bertambah baik. Alhamdulillah.......
Ini supplemen yang mommy ambik:


Cadangan supplement utk Breastfeeding ini mengandungi:

1. Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.
2. B complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

3. Vitamin C : Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

4. Alfalfa : Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu
MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.
Note : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Sila email saya nz.hashim@gmail.com or SMS 012-2412804 untuk pertanyaan :)

Doa buat Ibu menyusu







Maksud ayat :

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.


Sambil baca ayat Al Baqarah; 60 tuh sambil letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.



Selain itu ibu-ibu boleh juga mengamalkan....



  • Surah al-Hujurat

  • al-Kauthar

  • Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum

  • Surah Yasin ayat 72-73

  • Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam


" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, Jika masih jauh dekatkanlah. limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"



Doa untuk menambahkan susu:


Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..


Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

Amin...





Tuesday, December 6, 2011

doa untuk menangani anak yang nakal

Jom kita amalkan :)



1. Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.


2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.


3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak


4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati


5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembus pada susu



6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.



7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar


8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"


9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.



10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.



11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.



Permata Hati Mommy


Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan


1. Supaya anak-anak pandai belajar :: baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa


2. Sewaktu anak-anak bergaduh :: baca surah Al-Baqarah ayat 102


3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran :: baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24


4. Anak-anak malas ke sekolah:: baca surah Taha ayat 1 hingga 5.


5. Anak-anak yang suka keluar malam:: baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.


Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

credit

Saturday, November 26, 2011

kenduri aqiqah




Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Dah lama plan nak buat aqiqah. Dulu abang and kakak aqiqah kat KB. So, for Ayra teringin pulak buat kat rumah sendiri. Memang pening jugak nak prepare everything. Tu baru aqiqah anak, kalau anak2 kahwin nanti lagi mommy feninn huhu...

1.Kambing


Planning bermula bila dah tetapkan tarikh. Maka, pencariaan kambing aqiqah pon bermula. Mahal nye kambing kat sini. Kalau buat kat KB boleh beli dgn PokCik Ming (my uncle) je sebab dia ada ladang kambing. We agreed nak buat BBQ. For BBQ, tempah kat Perfect Fresh & Frozen, Saujana Impian. Actually dia the same company dgn tempat yg beli kambing tu. So, lepas sembelih, mmg diorang yang uruskan semua. Komen from guests, daging kambing lembut, berasa la rempahnye, coleslaw dah black pepper sos pon sedap :)

2.Catering


Mommy malas nak susahkan tok ma n nenek masak. So, tempah dengan pakcik yg jual nasi beriani kat pasar malam.Dah pernah tempah dgn pakcik ni for tahlil kat surau hari tu. Setel..... For dessert ada kuih seri muka, karipap, brownies cheese, ketupat(import from KB),agar-agar(bledo), limau and apam polka dot.
3.Buaian


mrNaza dah cakap jgn membazir. Tapi mommy x leh tido malam tengok buai yg cantik2 kat FB. Mommy pon book la senyap2. Sekali lagi mommy x leh tido malam pikir macm mana nak bagitau mrNaza. One fine day, mommy slow talk and discuss dgn mrNaza. Ok, mrNaza x marah and dia pon happy with the buai tu. Mommy sewa buai dengan Ikin SiManja Berendoi Servis bagus, harga affordable, deco nya very fancy. Ikin based di Semenyih.

4.Doorgift



Mommy tempah personalized Yassin from here for 100pcs. Nasib baik cukup. Boleh kirim to saudara-mara at KB jugak. Bunga telor teddy bear pon tempah dengan Ikin. For kids, mommy order cotton candy. Mommy order sikit je. Xsangka anak2 yatim ramai pulak yang datang. Takpe lah syukur Alhamdulillah. Seronok tengok diorang dapat makan dengan kenyang and dapat cotton candy tu.

Pwincess yg diraikan dgn Auntie Nita n Auntie NikSa:

Wednesday, November 23, 2011

hari kecemerlangan akademik

Last week pergi ke sekolah Adam . Ada Hari Temubual and taklimat KSSR. Rupanya KSSR ni dah tak ada nombor dalam kelas. Sistem baru pakai Band 1, Band 2, Band 3....till Band 6. Pening mommy nak pahamkannya. takpe slow2 ye mommy. Lepas tu gi jumpa class teacher Adam, ustzah. Syidar. hmmm..comment belajar ok but nakal sikit. bila tengok laporan kesalahan pelajar Adam, mommy tengok sambil urut dada fuhhhh.....
Jumaat lepas dapat invitation ke sekolah Adam. Tak sangka pulak Adam dapat the best in English and Bahasa Arab.....Adam, Adam...full of suprises awak ni ;)






waiting for his turn

i'm so proud of you my boy....
Semoga Adam dapat tingkatkan prestasi. Kurangkan bermain and lebih fokus dlm kelas. Sekarang ni buat homework/ exam selalu nak siap cepat je. End up banyak silly mistakes yg Adam buat.

Friday, November 18, 2011

transport susu


ni kronologi masa nak angkut susu ibu from KB to KL masa habis pantang dulu.
1.Beli kotak polistrine
2.Masukkan ais di lapisan bawah polistrine.
3.Susun botol, plastik susu atas ais. Lepas tu letak ais di lapisan atas botol/plastik susu.
4.Tabur garam sikit atas ais (x nak ais cepat cair).
5.Ikat kotak polistrine dengan tali.
6.Bila check-in, mintak sticker FRAGILE
7.Masuk cargo



8.Bila sampai KL, cepat2 transfer ke fridge. Alhamdulillah susu Ayra selamat. x sempat cair pon.




Tadddaa...lepas dah habis arrange. :)




Wednesday, November 16, 2011

happy 5 months

hari ni genap umur Ayra 5 bulan. Makan genap lah 5 bulan Ayra minum susu ibu. Berat 5.9 kg. So far Alhamdulillah x pernah demam lagi. Berkat susu ibu rasanya. Susu ibu kan kaya dgn antibodi......

Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun. Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :

i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi.

ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air masak.

iii) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung pada permintaan bayi.

iv) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama.

v) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut

Setiap makhluk tuhan yang bergelar mamalia dikurniakan susu untuk membesarkan bayi masing-masing, mengikut keperluan perkembangannya. Haiwan seperti gajah, kucing, lembu dan kuda menghasilkan susu yang sesuai untuk keperluan bayi sejurus selepas dilahirkan agar dapat berjalan. Kandungan mineral yang tinggi yang terdapat dalam susu awal sesuai untuk pertumbuhan tulang yang kuat. Oleh itu kandungan protein, lemak, karbohidrat, mineral dan air adalah unik dan amat diperlukan oleh setiap mamalia.

Manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi yang memerlukan perkembangan otak yang optimum. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah
mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Kandungan susu ibu tidak akan dapat ditiru
sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.

Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi, dan juga pembentukan peribadi seorang anak. Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga, kerajaan dan masyarakat untuk menjimatkan wang.

Monday, November 14, 2011

hari kelahiran khadijah


Alhamdulillah walau sekali lagi di ceaser, semua berjalan dgn lancar. I'm the first case di operate that day. 14 Rejab 1432H, bersamaan 16 June 2011 8.55 Pagi, AyrA Khadijah selamat dilahirkan. Lembut je suara Ayra menangis sewaktu keluar dari rahim mommy. Mungkin character 'anak bongsu'jadi suara2 pon manjer2 jer...Yesss, anak bongsu for this moment ;). Dr Mahani doktor Ayra pon cakap, 'nangis sopan nyer dia' hehe.

Ayra, sewaktu Ayra dilahirkan, papa genggam erat tangan mommy. Lepas Ayra selamat keluar, papa cium dahi mommy dan berlari nak gi tengok Ayra. MasyaAllah comel, sihat and sempurna semuanya. Papa qamatkan Ayra. Masa pregnant, mommy always craving for Arabic foods. Habis semua Arab restaurants kat KL papa bawak mommy makan to fullfill my craving. Di luar kak Sarah sudah x sabar-sabar menunggu. First time kakak tengok adik Khadijah 'mommy, adik macam kung fu panda'. Abang pulak after school baru dapat tengok adik. Maksud Ayra boleh refer sini . Khadijah pulak sempena nama isteri Rasulullah s.a.w. Semoga Ayra Khadijah menjadi wanita solehah, beriman, cerdik, penyejuk mata dan penenang hati papa and mommy. Amin...

Sunday, April 10, 2011

dah 3rd tri-mester

Your baby's crown-to-rump length is approximately 10 inches and the total length of your growing baby is around 15.75 inches. Your baby weighs about 2.4 pounds at this point. Your uterus is a little more than 3 inches above your bellybutton. Your weight gain at this time should be between 17 and 24 pounds.



Blood vessel in the umbilical cord. For several months, the umbilical cord has been the baby's lifeline to the mother. Nourishment is transferred from the mother's blood, through the placenta, and into the umbilical cord to the baby. If the mother ingests any toxic substances, such as drugs or alcohol, the baby receives these as well!

You will probably begin visiting your caregiver once every two weeks. Week 28 is an important week for testing. You will probably be having your glucose tolerance test, an iron level test and if you are Rh negative, you should have an antibody test. The antibody test will determine if you and your baby will have any reactions to each other's blood differences. The glucose test will check for gestational diabetes.

Your baby's brain continues to develop and is now forming the folds and grooves of a fully developed brain. The amount of tissues within the brain also continues to increase in large amounts. The hair that covers your baby's scalp is also getting longer. Your baby is now large enough for presentation to be determined and your doctor might be able to find out if your baby is at risk for being breech. If your baby is breech, don't panic. There is still time for the baby to rotate.

Source: http://www.i-am-pregnant.com/Pregnancy/calendar/week/28

Random notes:
-Last week check-up, baby weight 1.3kg. docRas kata normal.
-makin hari makin penat, perut makin berat, cepat letih...
-dah scan3 kali insya Allah another Dora in the house. we don't mind Dora or Ben10 ke. asalkan selamat, sihat, sempurna semuanya insyaAllah.
-last pregnancy, masuk 6 bulan dah kena solat sambil duduk. now, dah masuk 7 bulan solat macam biasa lagi. Alhamdulillah.
-abang a bit frustrated when he knew he gonna get another sister. he's hoping for a boy.i told him, 'no matter it's a boy or a girl, you have to love him/her equally'.
-dah start shopping barang2 baby. beli sikit2. barang2 Adam n cheMek banyak boleh pakai lagi.

Thursday, March 24, 2011

nescafe O

ptg tadi ngantuk sangat. buat la nescafe O. buat pon half cup jerr. sebab since pregnant ni x minum sgt nescafe, kopi dsb...minum air masak jer. buat tadi pon cair-cair jah. masa kacau nescafe O tadi, bestnye bau aroma nescafe tu, rasa nak kunyah jerr biji2 nescafe tu.

bila dah taruk gula, kacau-kacau terus teringat kenangan masa kecik2 dulu. kalau ada kawan ayoh datang ke kedai, ayoh akan suruh buat air utk tetamu kalau mama x de. walaupun saya masih kecik lagi waktu tu, seingat saya masa darjah,2 3 ayoh dah start suruh buat air utk tetamu. ingat lagi sukatan yg ayoh ajar, secawan air nescafe tu letak setengah sudu kecik nescafe and 4 sudu kecik gula. letak air panas. pastu hidang kat tetamu. tetamu tu kekadang kawan2 ayoh, customer2 and sedara-mara. dalam ramai-ramai kawan2 ayoh yg datang tu, yg masih saya ingat seorang pakcik tua. wajah dia bersih je, putih and ada janggut. org alim di kb agaknye waktu tu. saya pon x terpikir nak tanya ayoh waktu tu. kalau dia dtg mesti dia tadah tangan utk berdoa. lepas dia minum air nescafe tu, dia terus je balik or ke kedai sebelah. saya rasa pakcik tu ustaz. bila dia masuk kedai ayoh, dia tolong lah doa kan semoga business berjalan lancar, jauh dari anasir yg hasad dengki, etc. Wallahualam.....

jom minum nescafe..... :)

Tuesday, March 8, 2011

hola people....

hola people......

this is my first entry for 2011. yeah... new year datang lagi. 2010 a year fulls of ups and downs, so many things happened and changed my life.I pray to Allah that year 2011 will bring me more joy, happiness and bring me closer to Him.


1.now i'm in my 24weeks pregnancy. syukur pada rezeki dari Ilahi.Alhamdulillah it's been a smooth and easy pregnancy for me this time. besides the usual fatigue, berat pon under control .i must control my diet. x nak jadi mcm last pregnancy, makan minum x ingat. hari2 minum g.janes dgn merisa. last2 kena diabetic. cheMek lahir pon baby besar. ingat masa lahir kan cheMek dulu, semua misi dtg buat lawatan kat bilik nak tgk baby chubby. now, that chubby baby has grown up. she gonna be 3 yrs old when her adik arrived insyaAllah.





2.My Adam already in Standard 1. so far so good for him. first day of school x perlu teman2 ke sekolah. Now he's attending taekwando class every Sunday at the school.so eager to attend the class. we'll see how.jgn belajar half-way okay. moomy don't like it. sekarang tgh koya nak jadi pengawas. ohhh anakku ku itu memang kuat berangan. jenuh nak explain. all the best for you abang. yg penting abang enjoy pegi sekolah, x stress, rajin buat homework, bangun pagi pon senang setakat ni Alhamdulillah.skang dah kena top-up 20sen kat elaun sekolah abang kalau abang x tido kat bilik mommy.
3.tokma came to visits us last month. this is her first out-station after ayah demise. dtg pon 3 hari je. 'x leh gi kl lamo2 x leh gi ziarah kubor ayoh pulok'. walaupo dtg sekejap dpt juga bawak tokma ziarah sedara2 di KL.

4.on career wise not much happening.except for last year 'rezeki' yg i've never expected.this year slow down lah sikit. slow down pon, sometimes weekend and PH pon kena datang jugok. x pe lah dah it's the job responsibility. amanah dan tanggungjawab kita. lucky my mrNaza memahami. dia lah menjaga kids di rumah waktu kena kerja.

5.i've turned to 3.3 series last month. Coincidently with Maulidur Rasul.Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah kerana memberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. Semoga aku di kurniakan umur yg berkat, kesihatan yg baik, dipertingkat keimanan, kesabaran, ketakwaan. Thank you Ya Allah kerana menganugerahkan suami yg baik hati dan anak-anak yg menceriakan hidup ini. What more could i asked for? Syukur yanag hanya mampu ku ucapkan....
6.My baby sis has completed her studies. A week after her exam results, he reported duty on one of the Big4. Welcome to the real world sis!
Kerja elok-elok. Don't forget your first gaji, belanja ye....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...