Popular Posts

Tuesday, February 14, 2012

goodbye 33, hi 34 :)

Happy birthday to me. Usia menginjak setahun lagi. Ya Allah aku bersyukur terhadap usia yang Engkau kurniakan, rezeki yang Engkau limpah kan kepada ku . Suami dan anak-anak ku yang comel dan bijak menjadi penyeri hidupku. Ilmu dan akal yang Engkau kurniakan insyaAllah tidak akan ku sia-siakan. Tiada kata lain yang dapatkan ku lafazkan Ya Allah melainkan SYUKUR. Semoga aku tidak lalai dalam mengingati Mu.
****************************
Ya Allah, Panjangkanlah usiaku Agar lebih lama aku mentaati Mu Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, Moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya

Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambah usiaku
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar
menyinari jalanku,

Rehatku adalah rantaian zikir
Ya Allah Engkau tidak mensia-siakan
segala usahaku,

Mencari haruman syurga ciptaanMu

Tempat rehat dan nikmat ABADI....

Amin....

Pic: Google

Sunday, February 12, 2012

Vitamin untuk yang tersayang - Optimum Health Set

Semenjak mengenali Shaklee saya pon dah start bagi suami makan supplement juga. Ye lah takkan kita je nak sihat, pasangan kita pon kena sihat juga. mrNaza memang seorang yang susah nak consume any supplement. Sebelum ni saya ada beli beberapa vitamin di farmasi untuk dia tapi selalu xmakan and end up buang saje. So beberapa bulan lepas, saya bagi dia try basic set yang mengandungi Vita-Lea, Vitamin C and B-Complex. Pada mulanya mrNaza ragu-ragu tapi setelah melihat perubahan positif pada saya selepas consume Shaklee dia pon try la. Perubahan positif yang mrNaza akui sejak consume Optimum Health Set:- badan x cepat letih
- buang air senang tiap-tiap hari
- kalau dulu, tiap-tiap bulan mesti ke klinik sebab selesema, mild asthma sekarang tidak lagi
- dah kurang marah-marah time traffic jam hehe...

So, jangan berlengah lagi sesiapa yang tiada sebarang penyakit tapi ingin menjaga kesihatan yang optimum, boleh mencuba Set A - Optimum Health ini. Ianya mengandungi :
VitaLea (Multivitamin)
# mengandungi 28 vitamin dan minerals penting untuk badan
# meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan badan dari jangkitan
# menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan
# diperlukan untuk pertumbuhan dan pembiakan sel

B-Complex
# membantu mengurangkan tekanan dan kelesuan
# membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran
# menukarkan makanan kepada tenaga
# menolong memetabolismekan karbohidrat,lemak dan protein
# menggalakkan kesihatan kardiovaskular

Vitamin C
# membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan
# untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am badan
# membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi
# membina kolagen untuk kulit yang sihat
# bertindak melindungi sel dalam serangan antioksidan

Cepat-cepat sediakan Optimum Health Set untuk pasangan kita. Mencegah lebih baik dari merawat :)


*Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

Wednesday, February 1, 2012

cuti, cuti...

Hari ni cuti sempena Hari Wilayah. Dapatlah bernafas sikit dari ketegangan daily normal routine. Maklum lah sejak ada baby balik ni busy nye lain macam. Di tambah pulak dengan kesesakan jalan raya di KL ni yg semakin menjadi-jadi lately. Kalau lambat keluar sikit dari rumah pagi2, memang punch in lambat lah jawapmye. Masa on travel lagi banyak digunakan dari masa dengan anak2..huh... Tak guna mengeluh. Itu lah perjalanan hidup yg telah ditetapkan dan perlu diteruskan. Penuhkan masa dalam kesesakan jalan raya tu dengan bacaan ayat Al-Quran, zikir2 dan sentiasa berdoa semoga hari ini lebih baik dari hari-hari semalam. insyaAllah x tension.cubalah...

So, hari ni cuti dapat lah uruskan some errands yang tertangguh. Yang penting persiapan untuk travel akhir bulan ini. Ahhh masih banyak lagi yg belom di prepare samada rohani atau jasmani. Walaupon this is not the first time, pelbagai persoalan bermain di fikiran. Boleh ke aku travel jauh2 dgn anak kecil ni? Mampu kah aku? Kalu itu....? Kalau ini...? Dok bermain-main di fikiran. Namun keizinan dan kata semangat dr mrNaza menjadi perangsang untuk aku teruskan pengembaraan ini.

Ya Allah,kau ampunkan lah dosa ku permudahkan lah urusan ku, lapangkan lah dada ku dan selamatkan lah perjalanan kami pergi dan pulang. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Raheem...Amin Ya Rabbal Alamin.


Pic: Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...