Popular Posts

Sunday, December 11, 2011

Doa buat Ibu menyusu







Maksud ayat :

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.


Sambil baca ayat Al Baqarah; 60 tuh sambil letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.



Selain itu ibu-ibu boleh juga mengamalkan....



  • Surah al-Hujurat

  • al-Kauthar

  • Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum

  • Surah Yasin ayat 72-73

  • Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam


" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, Jika masih jauh dekatkanlah. limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"



Doa untuk menambahkan susu:


Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..


Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

Amin...





Tuesday, December 6, 2011

doa untuk menangani anak yang nakal

Jom kita amalkan :)



1. Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.


2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.


3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak


4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati


5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembus pada susu



6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.



7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar


8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"


9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.



10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.



11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.



Permata Hati Mommy


Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan


1. Supaya anak-anak pandai belajar :: baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa


2. Sewaktu anak-anak bergaduh :: baca surah Al-Baqarah ayat 102


3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran :: baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24


4. Anak-anak malas ke sekolah:: baca surah Taha ayat 1 hingga 5.


5. Anak-anak yang suka keluar malam:: baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.


Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

credit

Saturday, November 26, 2011

kenduri aqiqah




Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Dah lama plan nak buat aqiqah. Dulu abang and kakak aqiqah kat KB. So, for Ayra teringin pulak buat kat rumah sendiri. Memang pening jugak nak prepare everything. Tu baru aqiqah anak, kalau anak2 kahwin nanti lagi mommy feninn huhu...

1.Kambing


Planning bermula bila dah tetapkan tarikh. Maka, pencariaan kambing aqiqah pon bermula. Mahal nye kambing kat sini. Kalau buat kat KB boleh beli dgn PokCik Ming (my uncle) je sebab dia ada ladang kambing. We agreed nak buat BBQ. For BBQ, tempah kat Perfect Fresh & Frozen, Saujana Impian. Actually dia the same company dgn tempat yg beli kambing tu. So, lepas sembelih, mmg diorang yang uruskan semua. Komen from guests, daging kambing lembut, berasa la rempahnye, coleslaw dah black pepper sos pon sedap :)

2.Catering


Mommy malas nak susahkan tok ma n nenek masak. So, tempah dengan pakcik yg jual nasi beriani kat pasar malam.Dah pernah tempah dgn pakcik ni for tahlil kat surau hari tu. Setel..... For dessert ada kuih seri muka, karipap, brownies cheese, ketupat(import from KB),agar-agar(bledo), limau and apam polka dot.
3.Buaian


mrNaza dah cakap jgn membazir. Tapi mommy x leh tido malam tengok buai yg cantik2 kat FB. Mommy pon book la senyap2. Sekali lagi mommy x leh tido malam pikir macm mana nak bagitau mrNaza. One fine day, mommy slow talk and discuss dgn mrNaza. Ok, mrNaza x marah and dia pon happy with the buai tu. Mommy sewa buai dengan Ikin SiManja Berendoi Servis bagus, harga affordable, deco nya very fancy. Ikin based di Semenyih.

4.Doorgift



Mommy tempah personalized Yassin from here for 100pcs. Nasib baik cukup. Boleh kirim to saudara-mara at KB jugak. Bunga telor teddy bear pon tempah dengan Ikin. For kids, mommy order cotton candy. Mommy order sikit je. Xsangka anak2 yatim ramai pulak yang datang. Takpe lah syukur Alhamdulillah. Seronok tengok diorang dapat makan dengan kenyang and dapat cotton candy tu.

Pwincess yg diraikan dgn Auntie Nita n Auntie NikSa:

Wednesday, November 23, 2011

hari kecemerlangan akademik

Last week pergi ke sekolah Adam . Ada Hari Temubual and taklimat KSSR. Rupanya KSSR ni dah tak ada nombor dalam kelas. Sistem baru pakai Band 1, Band 2, Band 3....till Band 6. Pening mommy nak pahamkannya. takpe slow2 ye mommy. Lepas tu gi jumpa class teacher Adam, ustzah. Syidar. hmmm..comment belajar ok but nakal sikit. bila tengok laporan kesalahan pelajar Adam, mommy tengok sambil urut dada fuhhhh.....
Jumaat lepas dapat invitation ke sekolah Adam. Tak sangka pulak Adam dapat the best in English and Bahasa Arab.....Adam, Adam...full of suprises awak ni ;)






waiting for his turn

i'm so proud of you my boy....
Semoga Adam dapat tingkatkan prestasi. Kurangkan bermain and lebih fokus dlm kelas. Sekarang ni buat homework/ exam selalu nak siap cepat je. End up banyak silly mistakes yg Adam buat.

Friday, November 18, 2011

transport susu


ni kronologi masa nak angkut susu ibu from KB to KL masa habis pantang dulu.
1.Beli kotak polistrine
2.Masukkan ais di lapisan bawah polistrine.
3.Susun botol, plastik susu atas ais. Lepas tu letak ais di lapisan atas botol/plastik susu.
4.Tabur garam sikit atas ais (x nak ais cepat cair).
5.Ikat kotak polistrine dengan tali.
6.Bila check-in, mintak sticker FRAGILE
7.Masuk cargo



8.Bila sampai KL, cepat2 transfer ke fridge. Alhamdulillah susu Ayra selamat. x sempat cair pon.




Tadddaa...lepas dah habis arrange. :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...