Popular Posts

Monday, January 2, 2012

Kesan pengambilan suplemen untuk ibu menyusu

soalan bonus
" betul ke makan suplemen ni susu jadi banyak?"

jawapan saya - indirectly yes


kenapa indirectly? sebab suplemen ni asasnya untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti, yang mana pada masa yang sama, memberi manfaat kepada diri kawan-kawan juga. apa manfaat yang kawan-kawan dapat?
#badan jadi lebih bertenaga, cergas, kurang letih
#imun badan lebih tinggi
#mood yang lebih baik, stabil
#sihat sentiasa

justeru, apabila badan sihat, cergas, mood bagus ; maka susu badan lebih muda dihasilkan, provided kawan-kawan turut mengamalkan tiga perkara di bawah secara konsisten juga:

^^Pam dengan konsisten setiap 3 jam atau kerapkan bayi menyusu untuk menghasilkan ransangan kepada payudara untuk menghasilkan lebih susu. Jangan sesekali tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak. Jarak sesi perahan yang terlalu jauh iaitu melebihi 3 jam boleh menyebabkan penghasilan susu akan mula merosot dan lama kelamaan susuibu akan kering.
^^Minum sekurang-kurangnya 3L air sehari...ini kerana air diperlukan untuk penyerapan vitamin dengan lebih menyeluruh.
^^DOA yang berterusan. Doa ini yang membantu keyakinan kita kepada Allah kerana dengan izin Allah jualah rezeki susuibu itu mengalir dengan lebih banyak.

Basically, kesan yang didapati selepas kawan-kawan mengamalkan pengambilan set penyusuan SHAKLEE secara teratur ialah :-
#susu berwarna kuning dan pekat
#anak minum sedikit dan mudah kenyang, senang nak buat stok susuibu #ibu lebih bertenaga
#hubungan suami isteri bertambah intim





Mommy dah cuba & Alhammdulillah... sangat berpuas hati. Anda Bagaimana? Berminat??? untuk keterangan lanjut, sila sms Mommy di 012-2412804 atau emailkan ke nz.hashim@gmail.com
credit::Alin

Tuesday, December 27, 2011

Apa itu Lecithin, faedah makan dan untuk siapa?


Kepentingan Lecithin:-
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin:-
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Kegunaan Lecithin :-
PALING UTAMA
  1. Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  2. Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  3. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  4. Membantu kawal paras triglycerides
  5. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  6. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  1. Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
  2. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecitin
  3. Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  1. Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
  2. Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
  1. Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
  2. Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Kepada mereka yang nak kuruskan badan, memecahkan dan mencairkan lemak terutamanya kolestrol, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan.

Sumber
Note : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Sila email saya nz.hashim@gmail.com untuk pertanyaan :)

Wednesday, December 21, 2011

happy birthday

HAPPY BIRTHDAY TO MY DEAR HUBBY


Semoga panjang umur, dikurniakan umur yang berkah, diberkati dan dirahmati Allah swt, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, berjaya dlm kerjaya, dan semoga menjadi suami dan papa Mithali.
insya Allah




Sunday, December 11, 2011

my breastfeeding story

Sewaktu melahirkan Adam tujuh tahun lepas, mommy mmg tiada langsung ilmu penyusuan. Till now mommy still regret sbb dapat menyusukan Adam a few months saje. Ingat lagi hari ke-2 di SJMC, breast Mommy bengkak tapi susu tak keluar2 jugak. Macam2 buat, tuam air panas, letak kobis. But still susu x keluar. Being a firts time parent, mmg Mommy and mrNaza risau sbb Adam asyik menangis je waktu tu. We have no choice, kesian kat anak yang kelaparan, kami beli FM kat Carre4. Di tambah pulak family x supportive sgt bab-bab penyusuan ni. Biasa la komen org2 tua 'Beli susu tin je, nanti susah nak tinggal nak gi kerja....',bla,bla, bla.... So, membesar lah Adam dengan FM. That's the best that we can give to him at that time. But now, tiap kali buat minum pagi for Adam, mommy campurkan sedikit EBM adiknya dalam minuman Adam sambil selawat. hehe.....


Pic Google
Sebelum lahirkan kan Sarah, Mommy teruja tengok officemate Mommy boleh fully breast fed baby dia sampai 2 years. Memang membuka mata mommy waktu tu. Kawan mommy tu kurus je, tapi susu banyak. Mommy terus gali ilmu penyusuan di Internet di samping banyak bertanya kawan2. Alhamdulillah Sarah breast fed until 2yrs plus tapi tu pon top-up dengan FM. Jika dibandingkan Adam dan Sarah waktu baby, Sarah jarang dapat demam. And kalau demam pon tak lama. Memang terbukti susu ibu kaya dengan antibodi. So far, Ayra dah 6months++ masih belom demam lagi. Seingat mommy, waktu Adam baby dulu 3months dah dapat high fever. Perbelanjaan pon memang banyak dapat dijimatkan kalau breast feeding your baby. FM yg average pon dalam RM50++ setin. That's only for 1 week supply. 1 month, sendiri kira la. Tu susu yg average tau, yg lagi mahal .... :)


Pic Google


Masa pregnant kan Ayra, mommy nekad utk beri susu ibu sepenuhnya. Mommy gali lagi ilmu penyusuan. Tak macam 7,8 tahun lepas, sekarang memang banyak ilmu penyusuan yang Mommy perolehi lebih-lebih lagi di Internet. Nak dan tak nak buat sahaja. Mommy bersyukur dapat jumpa blog Alin. Memang banyak ilmu penyusuan yang Alin kongsikan. Di samping itu Mommy juga mengambil suplemen yang disarankan oleh Alin. Based on Mommy's experience, pengambilan suplemen memang penting semasa kita menyusukan bayi especially suplemen Shaklee yang terbukti HALAL dan sudah 55 TAHUN di pasaran. Rasa rugi tak kenal Shaklee dari dulu lagi hehe. Susu banyak dan berkualiti, kesihatan pon bertambah baik. Alhamdulillah.......
Ini supplemen yang mommy ambik:


Cadangan supplement utk Breastfeeding ini mengandungi:

1. Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.
2. B complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

3. Vitamin C : Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

4. Alfalfa : Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu
MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.
Note : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Sila email saya nz.hashim@gmail.com or SMS 012-2412804 untuk pertanyaan :)

Doa buat Ibu menyusu







Maksud ayat :

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.


Sambil baca ayat Al Baqarah; 60 tuh sambil letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.



Selain itu ibu-ibu boleh juga mengamalkan....



  • Surah al-Hujurat

  • al-Kauthar

  • Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum

  • Surah Yasin ayat 72-73

  • Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam


" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, Jika masih jauh dekatkanlah. limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"



Doa untuk menambahkan susu:


Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..


Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

Amin...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...