Popular Posts

Tuesday, November 5, 2013

SuperMommies Family Day

Assalamualaikum...Salam Maal Hijrah 1435H.
Semoga Tahun ini memberi lebih kebaikan dan keberkatan daripada NYA untuk kita semua..
Sebelum kedatangan Tahun Hijrah yang baru ini, kami sekeluarga sempat menghadiri Family Day SuperMommies yang dianjurkan oleh Master Azlin dan Azlan di De Palma Hotel, Kuala Selangor.

Alhamdulillah dipertemukan dengan keluarga biz Shaklee yang yang sangat  3S - SUPPORTIVE, SEMPOI dan SUCCESSFULL....
Mereka semua adalah salah satu sebab untuk saya terus bertahan dalam biz ini. Kami sentiasa berhubung antara satu sama lain didalam WA group dan juga FB group. Tempat melepas geram dengan karenah customer, meroyan barang tak sampai, nak marah dengan GDex, nak marah sebab kena carras dengan distributor lain, nak tau jadual supplemen, mintak tolong ambil nombor kat branch..... semua dalam group SMommies ni :)....Malah sehingga perbincangan masalah anak-anak, suami isteri (oooopss) dan gossip majalah MANGGA...
Bermula dengan hanya beberapa orang sahaja group SuperMommies semakin berkembang dan semua memiliki rank masin-masing dalam biz Shaklee nih. Setakat ini Puteri lah yang paling tinggi dengan title Master Puteri. Kami yang lain-lain masih berjuang dan TAK AKAN GIVE UP. Kami akan ikut jejak Kak Long Puteri kami.
Balik dari Family Day masing-masing lebih bersemangat setelah mendapat suntikan dari 3 Master Si Magic Mentor Cery, Alin, Puteri dan juga perkongsian jatuh bangun dari leader-leader SuperMommies yang hebat-hebat semuanya. Semoga  tahun depan akan ada lagi family gathering sebegini. Diharapkan ukhuwah SuperMommies akan terus berkekalan sehingga akhir hayat kami.

Jom Layan gambar-gambar: 

Barisan AJK yang cool
Sebahagian dari Goodie Bag
-Wooven Bag
-TShirt untuk seisi keluarga
-Note book
- Buku mini 'Mudahnya Menjemput Rezeki
- Oreo, choki-choki

Game untuk anak-anak
-Bawa bola dalam sudu
-Musical Chair (Adam menang hehe)

Game untuk SuperDad. mrNaza menang game ni

Saat yang ditunggu-tunggu Magic Coaching session....:)
Sharing session dengan Sucess SuperMommies.
Perkongsian dari Master Shareeza.

Bersama my Sifu aka Mak aka Upline saya Master Azlin


Sebahagian dari team SuperMommies 

Friday, November 1, 2013

Promosi November 2013: VIVIX

Promosi VIVIX datang lagi......lalalala
Campuran ekstrak botani proprietari Polyganum cuspidatum, anggur Muscadine, European Elderberry & lobak ungu. Kaya dengan polifenol tumbuhan. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yg terdiri drp sebatian tanaman yg mengandungi khasiat ANTIOKSIDA & SEL ANTI-PENUAAN ...

Di antara Khasiat VIVIX:
  • membaiki sel yang rosak dengan pantas, jadi amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. 
  • memelihara keseluruhan kesihatan
  • anti oksida yg sgt baik, untuk awet muda
  • membantu anda berasa LEBIH BERTENAGA
  • mengurangkan risiko kanser
  • membantu pesakit diabetic
  • menguatkan sistem IMUN


Thursday, October 31, 2013

Supplemen Untuk IbuBapa (Warga Tua)

Ibu dan bapa adalah harta yang paling bernilai. Tanpa mereka siapa lah kita. Janganlah kita sakiti hati ibubapa kita. Mereka telah banyak BERJASA membesarkan kita. Teringat pula arwah 'ayoh'. Memang terasa ketiadaannya 'ayoh' selepas kembali ke Rahmatullah tiga tahun lepas.  Tiada siapa yang dapat menandingi kasih sayang seorang ibu dan bapa kandung. Hargailah ibu bapa anda yang masih ada.
Allah SWT memerintahkan kepada kita untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa seperti yang dinaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
(al-Isra': 23)

Antara cara dan adab berinteraksi dengan ibu bapa telah dinaskan di dalam al-Quran iaitu yang bermaksud:

Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
(al-Isra': 23-24)


Sebagai anak yang sudah dewasa kita perlu bertanggungjawab untuk mengambil berat hal ibubapa kita terutamanya KESIHATAN mereka. Selain memberi bantuan kewangan, pakaian dan selalu menzirahi mereka apakata kita bagi supplemen yang terbaik untuk mereka. Shaklee adalah HALAL, SELAMAT dan dari sumber NATURAL. Jika ibubapa kita ada mengambil ubat doktor pon tidak menjadi masalah untuk ambil Shaklee . Ingat Shaklee adalah SUPPLEMEN BUKAN UBAT. Boleh jarakkan 1-2jam selepas ambil ubat doktor baru ambil Shaklee.

Berikut adalah SET yang dicadangkan untuk WARGA EMAS/ IBU BAPA kita:



DARAH TINGGI/KOLESTROL
« OmegaGuard - menurunkan trigliserid, menurunkan LDL dan keseluruhan kolestrol
«    Garlic - Berupaya merendahkan tekanan darah

SAKIT JANTUNG
«OmegaGuard      - melancarkan darah ke jantung
«CoQHealth PLUS - memberi tenaga kepada jantung

DIABETES
«Alfalfa Complex   - membantu stabilkan gula dalam darah
«GLA Complex       -kesan positif pada diabetic neuropathy
«BComplex            -metabolisme gula kepada tenaga

SAKIT SENDI

«Joint Health Tablet  - memperbaiki keselesaan sendi, anti-inflamasi
«OsteMatrix - menghalang kereputan tulang

WELLNESS SET
«VitaLea         -  imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
«ESP               -  membina sel yang sihat

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat dengan set ini? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

Sunday, October 27, 2013

Kebaikan Zinc Complex Shaklee

MEN ARE From MARS?
*********************************
Hahaha...takde kena mengena pon buku Men Are From Mars to dengan Zinc Complex Shaklee


Cumnya nak bagitau Zinc memang MAJORITI customer LELAKI yang beli.
Tapi Zinc bukan untuk LELAKI sahaja tau
Banyak Khasiat lain Zinc ni.

Zinc memainkan peranan penting dlm sistem IMUNISASI , PERTUMBUHAN dan perkembangan SEKSUAL seseorang. Jom baca
17 KELEBIHAN ZINC (Sumber: mamafaiz.com)

1.PENJAGAAN KULIT: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
2.EKZEMA: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
3.JERAWAT: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
4.PENYEMBUHAN LUKA: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
5.GANGGUAN PROSTAT: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
6.HILANG BERAT BADAN: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
7.MENGANDUNG: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
8.PEMBIAKAN: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
9.FUNGSI BIOLOGI: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
10. JANGKITAN: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
11.ANTIOKSIDAN: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
12. ATURAN ENZIM: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
13. KANSER: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
14. KELESUAN KRONIK: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
15. BOTAK: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
16. KEHILANGAN TULANG Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
17. BUTA MALAM: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.





Tuesday, October 15, 2013

SALAM AIDILADHA 1434H from MommyNLittleStars

Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah. 
Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Salam Aidiladha....selamat mejalani ibadah korban kepada yang berkorban.
Kepada yang makan daging korban, baca Doa Makan dulu. Jangan ikut nafsu (peringatan untuk diri sendiri juga).
Tahun ni giliran beraya HAJI di sini. Alhamdulillah...meriah juga. Yang penting semua yang tersayang berada di sisi sambil kita k
ayati konsep pengorbanan yang hakiki. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...