Popular Posts

Thursday, June 28, 2012

ganti puasa. susu kurang?

Hari ni dah 8 Syaaban beberapa lagi nak masuk Ramadhan. Mommy dah kena pecut gear 5 nak ganti puasa hehe... Maklum lah last year berpantang dlm bulan Ramadhan banyak la puasa yg ditinggalkan dan perlu di ganti.

Mula2 malas sgt nak start ganti, 'nanti susu kering la, nanti penat la sbb still breastfeed, bla bla bla....'. Lama2 tu 'hmmm.. tu mindset sahaja' mommy terus bertukar mcm ultraman 'aku niat nak ganti puasa, susu aku banyak, cukup untuk Ayra insyAlllah....'. Alhamdulillah dah berganti puasa separuh jalan, another half way to go and susu maintain mcm biasa. Psikologi semata-mata tu kalau fikir susu tak cukup . Yang penting kena THINK POSITIVE!!. Kalau sentiasa berfikiran positif, badan pon tak letih. Fikir yang bukan2, banyak2 nanti stress je, kalau stress boleh effect pengeluaran susu jugak. So, JUST DO IT, BABE. Untuk memastikan mommy kekal bertenaga walaupun berpuasa , supplement Shaklee tarak tinggal. Ni supplement yang mommy ambik sepanjang berpuasa ganti:


Secara ringkasnya, insyaAllah khasiat yang mommy dapat daripada setiap supplemen tadi ialah:  :
ESP - utk increase milk supply,menambah tenaga and kulit makin cantik...auwww(sel baru terbina)
B-Complex - memastikan si mommy tetap bertenaga dan mood yang stabil.
Vita Lea - ia sangat penting demi memastikan badan si mommy dipenuhi dengan semua zat yang seimbang.
Vitamin C - sebagai antioksidan dan pengukuh antibodi dan pembentuk kolagen.
OsteMatrix - bagi mengurangkan gejala osteoporosis.


Alhamdulillah susu tetap maintain utk budak tecit mommy. Walaupon stok tak banyak mcm org lain tapi setakat ini sentiasa cukup utk budak ini:


Saturday, June 16, 2012

ayra's first birthday

Hari ni birthday Ayra yg pertama. Dah setahun ye anak bongsu mommy. Physically macam baby lagi, awet muda Ayra ni hehe.. Berat tak timbang lagi tapi rasanya 7++kg je. Gigi still dua batang tapi gigitan nye tajam. Dah berani nak berdiri sendiri. Berjalan sambil pegang dinding dah laju. Suka tarik rambut mommy and kakak. Panjat tangga dah daily routine. Dia dok atas anak tangga tu pastu panggil, lambai org (abang/kakak or mommy/papa) pastu sengih-sengih sampai kembang hidung dia. Bangga lah tu dpt panjat tangga ye sayang... Bila mommy dukung turun dia panjat balik haaiishhh...last2 mommy letak dlm walker baru dia diam kejap.


Makan pon dah banyak. Everyday mommy bekalkan bubur nasi habis satu periuk kecil tu Ayra habiskan.. Alhamdulillah Ayra diberi rezeki utk menyusu badan lagi.Walaupun stok mommy sekarang kais pagi makan pagi... :( Cabaran for mommy utk tambahkan stok. Set Breastfeeding Shaklee memang banyak membantu menghasilkan susu dan untuk mommy kekal cergas dan cerdas.......... Kira 2-in-1 la dapat breasfeeding and at the same time badan pon rasa lebih sehat dari dulu Alhamdulillah.....  Walaupun kita makan supplement, basic asas penyusuan mmg tak boleh dilupakan, Jangan harapkan susu terus banyak dengan hanya memakan supplement.Tiga perkara di bawah perlu diamalkan secara konsisten juga:



  • Pam dengan konsisten setiap 3 jam atau kerapkan bayi menyusuuntuk menghasilkan ransangan kepada payudara untuk menghasilkan lebih susu. Jangan sesekali tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak. Jarak sesi perahan yang terlalu jauh iaitu melebihi 3 jam boleh menyebabkan penghasilan susu akan mula merosot dan lama kelamaan susu ibu akan kering.
  • Minum sekurang-kurangnya 3L air sehari...ini kerana air diperlukan untuk penyerapan vitamin dengan lebih menyeluruh.
  • DOA yang berterusan. Doa ini yang membantu keyakinan kita kepada Allah kerana dengan izin Allah jualah rezeki susuibu itu mengalir dengan lebih banyak.

  • Mommy pon tak sangka boleh sampai 1 tahun penyusuan susu ibu secara eksklusif. Walaupun baru setahun, I'm proud of myself. Dulu short term target 6 months saja. Tu pon dok ragu2 woley ke?, woley ke nak full breast feed ni? Alhamdulillah diberi kekuatan . Org putih selalu kata When there is a WILL, there is a WAY... Loves to cuddle her, belek2 lubang hidung, korek mata and telinga, sometimes geram sgt cubit pipi dia. ....that's what i love bf my babies, interaction baby-mommy memang special.
    On Ayra's birthday, mommy order cake je (share birthday cake dengan abang) and buat pulut kuning dgn kerutuk daging. Jemputan atuk, nenek, ibu's family (babysitter),cik su, makngah, cik fina, mok su and family je. Small gathering tapi penuh bermakna sebab dapat celebrate Ayra's first birthday dengan abang Adam sekali. Happy Birhday My Baby Ayra Khadijah. Semoga Ayra menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Amin.
    Reference

    Friday, June 15, 2012

    OmegaGuard untuk kuruskan badan?? Ye ke?



    ''Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.''

    extract from here

    Shaklee Omega Guard kaya dgn kandungan asid lemak Omega 3.. dan omega 3 ni lah yg membantu anda sebenarnya

    Omega-3 fats help you lose weight :
    1. Omega-3 fats help you control your hunger by stabilizing your blood sugar levels
    2. An Australian study showed that when people took Omega-3 fats while on an exercise program burned more fat than people who Only Exercised (without taking Omega-3 fats) and people who exercised & took other types of fat and…
    3. Studies done in Japan & The Czech republic suggest that Omega-3 fats prevent the creation of ugly body fat and these same studies suggested Omega-3 fats promote more fat burning.

       *Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.
    source: here

    Khasiat Pegaga

    Jaga badan dan kesihatan cara moden kenalah makan supplement. Tapi cara tradisional pon x boleh dilupakan. One of my favourite petua is about Pegaga. Sedap di buat ulam cicah dengan budu perah asam limau perrgghh... mabeles. Kalau nak cepat buat je jus pegaga. Stepnye senang sahaja.
    Boleh minum dah. Bagi yang x biasa memang rasanya agak pelik sikit macam minum rumput. That's why saya letak gula sikit. Kalau nak lagi sedap blend dgn pegaga + carrot kurang sikit rasa 'rumput' tu. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali, banyak khasiatnya insyaAllah ....

    Berikut adalah sebahagian maklumat mengenai PEGAGA:
    Nama Tempatan:pegaga
    Nama Saintifik:centella asiatica/hydrocotyle asiatica
    Nama Lain:tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola
    Famili:Apiaceae/Umbelliferae
    Lokasi dijumpai:
    Asal:

    keterangan:

    Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

    kegunaan:

    Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengambalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

    Tuesday, June 12, 2012

    happy birthday my son...



    Selamat Hari Ulangtahun ke 8 kepada anak sulung Mommy - ADAM. My one and only son. Dah masuk 8 tahun. Start tahun ni kalau tinggal solat, papa dah kena rotan abang ye... ;-)


    Semoga Adam sentiasa menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan penenang hati mommy and papa. Abang yg bertanggungjawab to adik-adik and menjadi role-model to Sarah and Khadijah. Sekarang Adam dah juz 3 Al-Quran. mommy bangga sebab at that age mommy dulu main2 je lagi baca AlQuran. Dah khatam nanti, teruskan membaca AlQuran anakku. Jadikan amalan harian, banyak kelebihannya yang mommy tak perlu ulas disini. Semoga Adam kekal sehat, cergas dan cerdas fikiran. Ya Allah terangkanlah hati anakku Adam, lembutkan lah hati dia. Mudahkanlah dia dalam menghafal, memahami ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat. Love u always abang. xoxo MOMMY :)

    Sunday, June 10, 2012

    GLA untuk kesihatan am wanita

    Dalam membantu wanita menangani isu kitaran haid seperti PMS dan proses menopos, Shaklee Women's Health Solutions telah menyediakan keperluan unik yang diperlukan oleh setiap wanita untuk setiap peringkat usia.
    GLA, Vitamin E dan Minyak Benih Bunga Matahari
    GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega 6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

    • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
    • Menyokong sistem imun
    • Minyak Borage, yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah diserap.

      Retail Price RM 91.25 (Semenanjung Malaysia) | RM 95.00(Sabah Sarawak)
       Kandungan : 60 biji

      Berminat?Sila hubungi saya di 012-2412804 | nz.hashim@gmail.com utk sebarang pertanyaan |pesananProduk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit



    Monday, June 4, 2012

    cek mek Sarah


    SARAH or known as 'kakak'  will be 4 years next July.
    • next year mommy nak register sarah to kindergarten. sekarang dah selalu cakap2 dgn dia 'nanti kakak gi school tau, nanti gi school boleh pandai mcm abang.......'. praying hard she will be ok at school like abang dulu-dulu.
    • minat sangat to all 'girlie stuff', make-up, princess, Barbie. last week, i caught her watching make-up tutorial on YouTube uollsss. "How to make-up like Barbie" u.....terkejut mommy. mommy pon x make-up tau.....suka pakai lipstick ambil dlm handbag ciksu
    • suka posing kalau nak ambik gambar, laju je dia pose. tgk la pose dia kat gambar atas tu.
    • pakai baju pon very selective, selekeh2 x main la....ikut sape ye anak mommy ni? mandi n bersiap pon lama, tutup pintu lak tu. pakai baju dlm bilik sendiri...:)
    • dulu selalu ada eczema, gatal2. memang 'Puteri Lilin' tak tahan panas mesti dia garu2 sampai berdarah n berparut. sejak mommy bagi Mealshake or dia panggil 'susu Shaklee' memang dah kurang eczema. makan pon dah banyak.kalau dulu berchenta nak suruh dia makan....
    • masuk je dlm kereta je, mesti terus mintak bukak air-cond, 'mommy, panassh...' kalau dah panas, muka dia start la merah-merah. comel pulak mommy tgk....
    • suka berebut nak dok tengah kat seat belakang dgn abang. kalau long journey memang girls dok seat belakang dgn mommy. Abang dok seat depan. Kalau tak, mesti nak bergaduh je...aduuuuuh
    • Mommy's Talking Machine. ada2 aje soalan yang dia tanya kita non-stop....kalau jumpa org terus x bercakap, kepala teleng2 n tunduk2 malu, very2 shy dgn org yg first time jumpa.
    • rajin tolong mommy masak kat dapur. tolong mommy ambil brg dlm fridge, tolong mommy potong sayur guna pisau mainan dia tu ..biar rajin sampai besar ye sayang.....huhu

    Sunday, June 3, 2012

    Kenapa kita perlu Protein?


    1. Pertumbuhan-16% tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain. Tanpa protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti kata lain, Protein kepada badan manusia adalah sama seperti batu-bata kepada sesebuah bangunan. Cuba tanya diri anda, bolehkah kita membina bangunan yang kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi?
    2. Metabolisma (otot)
      Kita sering bersenam dan melakukan kerja-kerja berat. Melalui bersenam banyak sel-sel otot kita yang “mati” terutamanya jika kita melakukan senaman yang mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak menyedari kematian sel-sel ini kerana dalam tubuh badan kita terdapat berjuta-juta sel, mungkin juga lebih daripada tu. Maka kematian “sebahagian kecil” sel-sel tersebut mungkin kita tidak sedari. Namun, tanpa diet yang berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin tidak dapat diganti, dan saban hari “sebahagian kecil” tadi akan berubah menjadi “sebahagian besar”.
      Penurunan berat badan melalui “kehilangan otot” adalah sesuatu yang malang dan tidak harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar metabolisma ANDA! Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita, yang membakar lemak-lemak kita. Sila catat fakta ini besar-besar pada dinding bilik anda.
    3. Metabolisma (pencernaan)
      Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat.
       Dalam arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal dikalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %, namun jangan sesekali salah anggap, mereka bukannya mengamalkan Atkins dietKarbohidrat adalah kawan karib bodybuilder, mana mungkin mereka meninggalkan karbohidrat. Apa yang mereka lakukan ialah, merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat berbanding biasa, tetapi meningkatkan pula pengambilan protein (bersama sumber alkaline seperti sayur-sayur, kerana protein bersifat acidic).
    4. Menstabilkan Paras gula (dalam darah) dan Insulin-Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.
    5. Protein – berapa yang kita perlukan?-Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per kg berat badan.

    Mengapa Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)?



  • Sumber terbaik daripada kacang soya
  • Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
  • Vegetable source – soy
  • Kolesterol “zero” serta rendah lemak
  • PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
  • Mengenyangkan & sangat sesuai untuk orang yang mudah diserang gastrik
  • Sesuai untuk orang yang ada Allergies
  • Membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita.
  •  *Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.
    Sumber:

    rahsia vitamin E~~..7 sebab kenapa wanita perlukannya..especially yg pentingkan kecantikan

     JOM BACA 7 RAHSIA VITAMIN E

    1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
    2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct. Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan. 
    3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan. 
    4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan. 
    5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui. 
    6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. 
    7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

       LASTLY BUT NOT LEAST ..apa bezanya vitamin E shaklee dengan yang ada di pasaran/farmasi?....Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium. Bagaimana?berminat dengan Vitamin E?. contact me at 012-2412804 

     *Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

    Sumber: www.mamafaiz.com

    Saturday, June 2, 2012

    Lemak tepu berlebihan boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, serangan jantung


    Breakfast apa pagi ni? Nasi lemak? Nasi Dagang? Nasi minyak? Roti Canai? nyum nyum.. makanan yg berlemak2 ni mmg best.. tak sah tak lemak..(ahah, sbb tu org malaysia ni 'byk lemak''..) ..So topik pagi ni adalahlemak.. Jika anda perhatikan piramid makanan,kita memang perlukan lemak,gula garam.. tetapi dlm kadar yang sedikit.. Yg jadi masalahnyaterlalu byk lemak tepu bole meningkatkan kadar kolestrol yg mana akan menyebabkan salurah darah tersumbat, strok,serangan jantung... Cuak tak?
    Okey bawak bertenang, saya pun dah cuak ni... mari kita sejukkan suasana dgn membaca 7 tips dibwh.. 7 cara utk mengurangkan pengambilan lemak tepu dlm badan... saya ringkaskan ya ikut apa yg sy baca.. (sumber dan diolah dari:iluvislam.com)
    1. Kurangkan makan daging merah. Especially kat bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon... pergh mmg bestt tapiii sendiri mkn sendiri mahu ingat okey...Optionnya, sila ganti dgn ayam (daging putih), tapi ingat bahagian peha dan kepak biasanya byk lemak.
    2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan.Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.
    3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan
    4. Elakkan makanan beku. kalau rasa tak dpat nak elak langsung.. sekurang2nya kurangkan.. tahukan anda frozen food cthnya nuget,sosej,etc mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.
    5. Panggang daging yang anda ingin makan.Haa ni sy baru tau..selama ni org kata panggang better daripada goreng2 tapi tak tahu kenapa kan kan... Tahukah anda, kalau anda menggoreng daging, daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
    6. Tambahkan suplemen Omega-3 dlm diet harian. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik. Ia mengurangkan radang sendi, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik plus bakar lemak gak..:-)).. Omega-3 ini boleh didapati dari beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna,.. Apa kata cuba suplemenShaklee Omega guard. Ia kaya dgn Omega-3.... :-)
    7. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. keju, susu fullcream haaa mmg lemak tepu tinggi.. Bukan minyak je ye yg ada lemak tepu.. jadi peminat2 keju dan susu full creaam tu berhati2 dan berpada2 yer.. Kalau nak amik keju, pilih keju yg berasaskan susu rendah lemak
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~
    selamat mengamalkan tips2 di atas (ia peringatan utk diri saya gak..sbb baru je lepas goreng nuget.. huwaaa)..tapi takpe.lepas tu kita telanShaklee Omega guard 3bj..hehe.
    Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
    OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
    Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
    Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

    *Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat atau menyembuh sebarang penyakit.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...