Popular Posts

Saturday, June 16, 2012

ayra's first birthday

Hari ni birthday Ayra yg pertama. Dah setahun ye anak bongsu mommy. Physically macam baby lagi, awet muda Ayra ni hehe.. Berat tak timbang lagi tapi rasanya 7++kg je. Gigi still dua batang tapi gigitan nye tajam. Dah berani nak berdiri sendiri. Berjalan sambil pegang dinding dah laju. Suka tarik rambut mommy and kakak. Panjat tangga dah daily routine. Dia dok atas anak tangga tu pastu panggil, lambai org (abang/kakak or mommy/papa) pastu sengih-sengih sampai kembang hidung dia. Bangga lah tu dpt panjat tangga ye sayang... Bila mommy dukung turun dia panjat balik haaiishhh...last2 mommy letak dlm walker baru dia diam kejap.


Makan pon dah banyak. Everyday mommy bekalkan bubur nasi habis satu periuk kecil tu Ayra habiskan.. Alhamdulillah Ayra diberi rezeki utk menyusu badan lagi.Walaupun stok mommy sekarang kais pagi makan pagi... :( Cabaran for mommy utk tambahkan stok. Set Breastfeeding Shaklee memang banyak membantu menghasilkan susu dan untuk mommy kekal cergas dan cerdas.......... Kira 2-in-1 la dapat breasfeeding and at the same time badan pon rasa lebih sehat dari dulu Alhamdulillah.....  Walaupun kita makan supplement, basic asas penyusuan mmg tak boleh dilupakan, Jangan harapkan susu terus banyak dengan hanya memakan supplement.Tiga perkara di bawah perlu diamalkan secara konsisten juga:



  • Pam dengan konsisten setiap 3 jam atau kerapkan bayi menyusuuntuk menghasilkan ransangan kepada payudara untuk menghasilkan lebih susu. Jangan sesekali tidak mengepam atas alasan payudara tidak bengkak. Jarak sesi perahan yang terlalu jauh iaitu melebihi 3 jam boleh menyebabkan penghasilan susu akan mula merosot dan lama kelamaan susu ibu akan kering.
  • Minum sekurang-kurangnya 3L air sehari...ini kerana air diperlukan untuk penyerapan vitamin dengan lebih menyeluruh.
  • DOA yang berterusan. Doa ini yang membantu keyakinan kita kepada Allah kerana dengan izin Allah jualah rezeki susuibu itu mengalir dengan lebih banyak.

  • Mommy pon tak sangka boleh sampai 1 tahun penyusuan susu ibu secara eksklusif. Walaupun baru setahun, I'm proud of myself. Dulu short term target 6 months saja. Tu pon dok ragu2 woley ke?, woley ke nak full breast feed ni? Alhamdulillah diberi kekuatan . Org putih selalu kata When there is a WILL, there is a WAY... Loves to cuddle her, belek2 lubang hidung, korek mata and telinga, sometimes geram sgt cubit pipi dia. ....that's what i love bf my babies, interaction baby-mommy memang special.
    On Ayra's birthday, mommy order cake je (share birthday cake dengan abang) and buat pulut kuning dgn kerutuk daging. Jemputan atuk, nenek, ibu's family (babysitter),cik su, makngah, cik fina, mok su and family je. Small gathering tapi penuh bermakna sebab dapat celebrate Ayra's first birthday dengan abang Adam sekali. Happy Birhday My Baby Ayra Khadijah. Semoga Ayra menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Amin.
    Reference

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...