Popular Posts

Monday, December 10, 2012

Khasiat Garlic Shaklee

Bawang Putih atau Garlic digunakan turun temurun dalam perubatan dan masakan. Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar (Untuk masakan dan perubaatan), dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk . Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehinga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.
Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 sSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.
Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.
Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Kini tiada masalah lagi untuk menikmati khasiat dari bawang putih. Shaklee menyediakan tablet Garlic tanpa rasa bau yang kurang menyenangkan. Hanya 2 tablet perlu diambil setiap hari yang menyamai 2 ulas garlic segar.
 
Shaklee Difference:
  • Shaklee Garlic di perbuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas.
  • Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif)
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat dengan Garlic? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com
Rujukan:
1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Bawang_putih
2.Buku Panduan Nutrisi Shaklee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...