Popular Posts

Saturday, November 23, 2013

Alhamdulillah.... Adam selamat Berkhatan

Tarikh 17Nov 2013 merupakan salah satu detik BERSEJARAH for Mommy sebagai seorang Ibu. Adam selamat dikhatankan walaupun ada 'cerita' sebelum berkhatan tu ;)
Alhamdulilah...selamat menempuh alam dewasa Abang Adam
Terasa baru je dukung Adam masa kecik-kecik dulu. Dah selamat berkhatan dah. Betapa cepatnya masa berlalu.


Ni baru lepas kena bius. Tengah tunggu turn nak bersunat.
"Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris  dinamakan 'circumcision'."

Lepas proses berkhatan. Tak nangis. Good Boy!!

Berkhatan pada kanak - kanak lelaki muslim adalah FARDU.. 
Banyak faedah dan kebaikan berkhatan sama ada dari segi kesihatan mahupun tuntuan agama. Antaranya ialah:
  • boleh menjaga kebersihan dan 
  • mengelakkan jangkitan kuman di saluran kencing,
  • mengurangkan risiko mendapat penyakit Sexual transmitted disease dan juga HIV.

Teknik Berkhatan

Secara lazimnya terdapat dua peringkat usia utama di mana khatan dilakukan, iaitu semasa bayi baru lahir ataupun dipanggil 'neonatal circumcision' dan juga semasa umur kanak-kanak mencecah sekitar umur 7 - 12 tahun. Khatan juga dilakukan sebagai prosedur sampingan semasa melakukan pembedahan seperti pembedahan hernia.

Kaedah Plastibel
Prosedur berkhatan menggunakan plastibel. Setelah slit dilakukan pada kulit preputial, plastibel dilekapkan pada bahagian glans. Benang digunakan untuk mencerut kulit terhadap lekuk plastibel. Selanjutnya, lebihan kulit preputial dibuang


Khatan yang dilakukan semasa bayi baru lahir biasanya dilakukan dengan menggunakan bius setempat. Disebabkan zakar bayi yang baru lahir masih sangat kecil, prosedur ini perlu dilakukan oleh pakar yang benar-benar terlatih untuk melakukan prosedur tersebut, kerana jika tidak, terdapat risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi dari prosedur itu. Untuk melakukan khatan pada bayi, pada kebiasaannya memerlukan penggunaan 'plastibel'.
Klinik Adam berkhatan ni mengunakan kaedah LASER
Kaedah ‘LASER’( bipolar diathermy )
Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan seterusnya mempercepatkan penyembuhan 

Rawatan selepas berkhatan sangat penting supaya luka cepat sembuh. Pakaikan kain pelikat untuk elakkan geseran ditempat luka. Pemakanan kanak-kanak berkhatan perlu dijaga. Elakkan makan ayam dan seafood.
For Adam Alhamdulillah sangat mendengar kata bab-bab berpantang makan. Tak sampai seminggu dah pakai seluar dah. Mommy follow menu pantang orang bersalin. Selain itu mommy tak lupa add on supplemen Shaklee untuk merawat dan mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat berkhatan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...