Popular Posts

Thursday, January 3, 2013

Kebaikan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi

Semakin ramai yang menggunakan dan mencuba produk Shaklee bagi tujuan penyusuan susu ibu tidak mengira bangsa dan agama. Penyusuan susu ibu merupakan satu sunnah bagi yang beragama Islam.....Marilah kita kembali kepada fitrah. Islam sendiri menganjurkan penyusuan susu ibu sehingga bayi kita berusia 2 tahun dan ini jelas menjadi tanggungjawab ibu untuk memastikan misi ini berjaya.
Bahagianya menjadi seorang ibu yang boleh menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat makanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir.
Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi mereka bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

Multivitamin
Menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak dapat diperolehi dari diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.

Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Kanak-kanak yang diberi susu ibu biasanya tidak mempunyai masalah fungsi otak seperti hiperaktif, autisme dan masalah tumpuan (ADHD).

Alfalfa
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.


Teruja? Ingin menyusu bayi anda tapi tiada susu? Pelbagai kisah/cerita ibu menyusu.....testimoni dibawah salah satu yang menarik perlu dibaca  :))

 Saya juga merasai perubahannya semenjak ambil set penyusuan ini. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Berikut adalah Nutrisi Penyusuan Susu Ibu yang dicadangkan oleh Shaklee:



Reference:
Shaklee Today Vol 5, 2012

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat dengan Nutrisi Penyusuan Susu Ibu ? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...