Popular Posts

Sunday, December 22, 2013

Happy Birthday Papa Selamat Bertunang CikSue

Hai,hai, hai....Lama tak bercerita pasal family. Asyik cerita pasal Shaklee boring la kan....

Bulan December bulan yang agak istimewa tahun ni....Hari Ulang Tahun Kelahiran mrNaza dan juga Hari Pertunangan adik mommy yang paling bongsu, CikSue....Kebetulan tarikh rombongan lelaki nak datang sama dengan hari birthday mrNaza, so kita raikan sekali lah.

Kebetulan pulak bakal adik ipar ku itu pon tarikh lahir sama dengan mrNaza. What a coincidence. Suratan atau kebetulan ni?? Lepas ni senang la nak celebrate. Mama pon senang nak ingat tarikh lahir menantu-menantu lelaki.... :)



Alhamdulillah majlis pertunangan CikSue berjalan lancar. Pok Su Nawi jadi wakil pihak kami. Memang pro dan berpengalaman bapa saudara ku itu :)

Mommy rasa sebak juga semasa majlis berlangsung. Teringat arwah Ayoh. Tapi mommy yakin arwah Ayoh happy diSANA dengan pilihan CikSue.... Mommy tahan sebak dan sedih, tak nak spoil majlis CikSue.

Tarikh perkahwinan yang sepakat dipilih makin dekat dah tu. 
Bakal pengantin kena kerja keras dari sekarang.  Jangan buat last minute preparation. Mak Andam dan booking pelamin pon kena tempah awal-awal.

To mrNaza, Selamat Hari UlangTahun Yang ke -35. Semoga dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Love u till Jannah, insha Allah :) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...