Popular Posts

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul, kenangan di Raudhah & makam Rasulullah



Salam Maulidur Rasul untuk semua...
Semoga cuti Maulidur Rasul hari ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama kita. Disamping menghayati sifat-sifat dan akhlak terpuji Rasulullah s.a.w., banyakkan berselawat ke atas Baginda pasti banyak syafaatnya. Teringat pula kenangan bersembahyang di sekitar Raudhah di Masjid Nabawi, berdekatan dengan Makam Rasulullah, ketika mengerjakan Umrah Februari tahun lepas.
Jujur terasa begitu kerdil diri ini dengan lautan manusia yang berduyun-duyun datang menziarah Makam Rasulullah. Raudhah ni salah satu taman syurga, salah satu tempat mustajab utk berdoa. Itu lah sebabnya ia menjadi tempat ziarah yang wajib dilawati semasa di Madinah.


Kawasan Raudhah - pic Google
Semasa pergi ke Raudhah, Ayra mommy tinggalkan dibawah jagaan Tok Ma. Syukur tak bawak sebab memang berhimpit-himpit dan besesak dengan jemaah-jemaah dari seluruh dunia. Jemaah wanita harus ikut jadual yang ditetapkan untuk ke Raudhah. Ruang pon terhad. Ada penjaga (wanita Arab)yang menjaga dan memantau jemaah-jemaah wanita di Raudhah ini.

Nak menuju ke Raudhah, beberapa 'pit-stop' yang kena tempuhi. Laluan ke Raudhah tu ditutup dengan plastik panjang berwarna putih. Bila di last 'pit-stop' tu memang bersesak sangat dengan jemaah bertolak-tolakan. Masing-masing tidak sabar untuk menziarah Raudhah dan Makam Rasulullah s.a.w. Penjaga wanita Arab di laluan masuk sibuk melaungkan 'Hajjah, hajjah.....dan bercakap dalam bahasa Arab' Mommy pasti Penjaga tu cakap, 'Hajjah, hajjah.....jangn tolak, sabar, sabar.....'
Akhirnya, belum sempat plastik penutup laluan dibuka dan penjaga bagi kebenaran, arus tolakan dari jemaah yang begitu ramai, membuatkan jemaah yang paling hadapan tertolak juga masuk melepasi plastik penghadang . Masing-masing  tidak menoleh ke belakang lagi. Terus berlari menuju ke Raudhah. Ada juga yang terjatuh semasa berebut-rebut di kawasan Raudhah tu. Ini memang kita kena berhati-hati jangan sampai terjatuh. Sebab bila terjatuh, ada kemungkinan dipijak oleh jemaah lain yang tidak sempat mengelak. Nauzubillah......Mommy teringat sempat juga memaut seorang jemaah Turki yang jatuh terduduk di depan Raudhah. Syukur tiada apa-apa yang buruk berlaku.

Bila dah dapat masuk kawasan Raudhah ada yang menangis hiba. Mommy cubit kedua-dua belah pipi. Rasa macam tak percaya. Rasa macam di alam mimpi.......AllahuAkbar.
Cabaran seterusnya nak mencari ruang untuk bersolat di Raudhah. Tips nye kalau nak solat disini kena cari 'karpet hijau'. Kalau bukan 'karpet hijau' tu dah jauh sikit la dengan Raudhah. Dapat bersolat depan Raudhah bagaikan suatu mimpi jadi nyata. Walaupun ruang dihadapan mata hanya cukup untuk sujud, peluang keemasan ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Alhamdulillah...Syukur Ya Allah urusan kami dipermudahkan.....rasa tak nak bangun nak duduk beriktikaf di situ saja. Tu pun dah beberapa kali buat gaya dok bertahiyat akhir sebab nak dok lama. Kalau kita dok style menadah tangan berdoa tu, lama-lama memang penjaga kat situ suruh kita beredar & bagi orang lain pulak. Namun mommy sedar, harus bagi peluang kat jemaah lain juga. Insya Allah...mommy berdoa semoga murah rezeki, panjang doa, sihat tubuh badan....mommy akan sampai ke Raudhah lagi insyaAllah....

Makam Nabi Muhammad s.a.w . Pic Google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...