Popular Posts

Tuesday, January 29, 2013

GLA Complex - supplemen HEBAT.gabungan dari 3 sumber TERBAIK

Hari ini mommy nak berkongsi tentang GLA Complex. Apa yang best tentang GLA Complex Shaklee ni adalah ia mengandungi bukan 1 tapi 3 sumber utama yang BEST sebab banyak kegunaannya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki  iaitu:
«GLA (daripada Borage Oil) ~ yang sememangnya kaya dengan asid lemak omega 6 yang mana antara fungsinya adalah meningkatkan kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakan.
«Vitamin E yang asli
«Sunflower Seed Oil
Antara fungsi GLA adalah 
«Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
«Membantu menangani ekzema 
«Membaiki sel rosak
«Membina sel baru  
«Melembabkan kulit 
«Mencegah asma 
«Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
«Membantu meningkatkan kesuburan
«Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
«Membantu dalam menangani menopus
«Mengawal kencing manis dan darah tinggi
«Dll....
Jom kita baca testimoni-testimoni menarik customer yang consume GLA. Ramai yang comment bila makan GLA kulit jadi lebih glowing, lembut dan licit. Ye lah GLA ni macam 'mencuci' sistem dalaman kita kan. Bila dalam bersih, di luar pon teserlah. Yang paling teruja bila GLA membantu pasangan-pasangan yang sukar untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah, syukur mereka berjaya hamil setelah mengamalkan GLA Complex ini :))



Credit: Alin
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Berminat dengan GLA? Hubungi saya:
    «ID Shaklee : 866376
    «SMS/Whatsapp: 012-2412804
    «Email : nz.hashim@gmail.com

    Monday, January 28, 2013

    Masker Vitamin E, ESP

    Tahukah Anda? Selain sebagai supplemen untuk kecantikan kulit, Vita E juga boleh di buat masker.
    Nak best lagi Masker Vita E + ESP.
    Senang je nak prepare. Bahan-bahan yang diperlukan: 
    «1 biji Vita E
    «1 sudu kecil ESP

    «1 sudu kecil Plain Yogurt (boleh dibeli di pasaraya)

    Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut. Sapukan ke seluruh muka. Bilas dengan air selepas 15-20 minit. InsyaAllah kulit muka jadi lembut dan tegang je. Rasa nak cubit pipi sokmo...hehe

    Another TIPS. Kalau ada jerawat singgah menyinggah kat muka. Ambil sebiji Vita E - picit dan sapukan pada jerawat. Bangun pagi esok, jerawat tu pasti kecut :)



    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

      Berminat dengan Vita E, ESP ? Hubungi saya:
      «ID Shaklee : 866376
      «SMS/Whatsapp: 012-2412804
      «Email : nz.hashim@gmail.com

      Thursday, January 24, 2013

      Salam Maulidur Rasul, kenangan di Raudhah & makam Rasulullah



      Salam Maulidur Rasul untuk semua...
      Semoga cuti Maulidur Rasul hari ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama kita. Disamping menghayati sifat-sifat dan akhlak terpuji Rasulullah s.a.w., banyakkan berselawat ke atas Baginda pasti banyak syafaatnya. Teringat pula kenangan bersembahyang di sekitar Raudhah di Masjid Nabawi, berdekatan dengan Makam Rasulullah, ketika mengerjakan Umrah Februari tahun lepas.
      Jujur terasa begitu kerdil diri ini dengan lautan manusia yang berduyun-duyun datang menziarah Makam Rasulullah. Raudhah ni salah satu taman syurga, salah satu tempat mustajab utk berdoa. Itu lah sebabnya ia menjadi tempat ziarah yang wajib dilawati semasa di Madinah.


      Kawasan Raudhah - pic Google
      Semasa pergi ke Raudhah, Ayra mommy tinggalkan dibawah jagaan Tok Ma. Syukur tak bawak sebab memang berhimpit-himpit dan besesak dengan jemaah-jemaah dari seluruh dunia. Jemaah wanita harus ikut jadual yang ditetapkan untuk ke Raudhah. Ruang pon terhad. Ada penjaga (wanita Arab)yang menjaga dan memantau jemaah-jemaah wanita di Raudhah ini.

      Nak menuju ke Raudhah, beberapa 'pit-stop' yang kena tempuhi. Laluan ke Raudhah tu ditutup dengan plastik panjang berwarna putih. Bila di last 'pit-stop' tu memang bersesak sangat dengan jemaah bertolak-tolakan. Masing-masing tidak sabar untuk menziarah Raudhah dan Makam Rasulullah s.a.w. Penjaga wanita Arab di laluan masuk sibuk melaungkan 'Hajjah, hajjah.....dan bercakap dalam bahasa Arab' Mommy pasti Penjaga tu cakap, 'Hajjah, hajjah.....jangn tolak, sabar, sabar.....'
      Akhirnya, belum sempat plastik penutup laluan dibuka dan penjaga bagi kebenaran, arus tolakan dari jemaah yang begitu ramai, membuatkan jemaah yang paling hadapan tertolak juga masuk melepasi plastik penghadang . Masing-masing  tidak menoleh ke belakang lagi. Terus berlari menuju ke Raudhah. Ada juga yang terjatuh semasa berebut-rebut di kawasan Raudhah tu. Ini memang kita kena berhati-hati jangan sampai terjatuh. Sebab bila terjatuh, ada kemungkinan dipijak oleh jemaah lain yang tidak sempat mengelak. Nauzubillah......Mommy teringat sempat juga memaut seorang jemaah Turki yang jatuh terduduk di depan Raudhah. Syukur tiada apa-apa yang buruk berlaku.

      Bila dah dapat masuk kawasan Raudhah ada yang menangis hiba. Mommy cubit kedua-dua belah pipi. Rasa macam tak percaya. Rasa macam di alam mimpi.......AllahuAkbar.
      Cabaran seterusnya nak mencari ruang untuk bersolat di Raudhah. Tips nye kalau nak solat disini kena cari 'karpet hijau'. Kalau bukan 'karpet hijau' tu dah jauh sikit la dengan Raudhah. Dapat bersolat depan Raudhah bagaikan suatu mimpi jadi nyata. Walaupun ruang dihadapan mata hanya cukup untuk sujud, peluang keemasan ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Alhamdulillah...Syukur Ya Allah urusan kami dipermudahkan.....rasa tak nak bangun nak duduk beriktikaf di situ saja. Tu pun dah beberapa kali buat gaya dok bertahiyat akhir sebab nak dok lama. Kalau kita dok style menadah tangan berdoa tu, lama-lama memang penjaga kat situ suruh kita beredar & bagi orang lain pulak. Namun mommy sedar, harus bagi peluang kat jemaah lain juga. Insya Allah...mommy berdoa semoga murah rezeki, panjang doa, sihat tubuh badan....mommy akan sampai ke Raudhah lagi insyaAllah....

      Makam Nabi Muhammad s.a.w . Pic Google

      Sunday, January 20, 2013

      Parut Jerawat Hilang, Kulit Muka Lebih FLAWLESS Dengan Set Kecantikan Shaklee

      Masih ingat lagi testimoni2 yang mengambil set kecantikan Shaklee? Testimoni Beauty Set
      Kini kita ikuti pula testimoni Sis Rozie Roy dan Sis Maz Mazni. Thanks for sharing dear......



      Teruja dan berminat? Tunggu dulu....Sebelum tu jom kita kenali apa yang ada dalam Set D:)
      Kelebihan Vitamin E:
      • Melambatkan proses penuaan.
      • Membantu dalam penyerapan oksigen.
      • Mencegah kemusnahan vitamin A dan C.
      • Mengeringkan luka.
      • Bantu hilangkan parut & jeragat
      Kelebihan Vitamin C
      • Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
      • Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
      • Menstabilkan bahan kimia dalam badan.
      Kelebihan Vitamin B Complex
      • Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B dalam kadar yang diperlukan .
      • Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
      • Mencegah kelesuan dan kemurungan.
      • Membantu kelancaran urat saraf.
      • Mengelakkan stress.
      • B for Beauty

        Vitamin-vitamin dari set kecantikan ini bukan sahaja membantu pemulihan dari segi dalaman, malah berfungsi dari segi luaran juga terutama Vitamin E.
        Tips !! Jika nak dapatkan kulit yang licin dan skin texture yang cantik, picitkan sebiji vitamin E Shaklee dan sapukan pada kulit muka sebelum tidur, dalam 7-14 hari kesannya sangat hebat!

        Selain itu Sis Rozy and Sis Maz ini juga top up with
        ESP. ESP ialah PROTIEN. Kenapa protien penting bagi tubuh badan kita ?? ... sebabnya
      Protien adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel di dalam tubuh badan kita bergantung kepada protien untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
      *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

        Berminat dengan Set Kecantikan? Hubungi saya:
        «ID Shaklee : 866376
        «SMS/Whatsapp: 012-2412804
        «Email : nz.hashim@gmail.com

        Saturday, January 19, 2013

        Sejarah Multivitamin Shaklee - Vita-Lea

        Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

        Vitalized Minerals - 90 tahun dahulu

        Peningkatan teknologi telah mengubah bentuk Vita-Lea dari cecair(90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap  tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada  sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan seimbang.
        Vita-Lea KINI

        Tablet Vita-Lea kini disaluti dengan serbuk nutrisi - Spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
        Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

        Sumber:
        Buku Panduan Nutrisi Shaklee

        *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

          Berminat dengan multivitamin Vita-Lea? Hubungi saya:
          «ID Shaklee : 866376
          «SMS/Whatsapp: 012-2412804
          «Email : nz.hashim@gmail.com
          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...