Teringat kat entry ni. Dah lama mommy type tapi tak publish. Ayra disunatkan / dikhitan masa umur 6 bulan.Alhamdulillah berjaya dikhitankan dgn Mok Teh di kampung.Susah nak cari tok bidan yg boleh sunat baby zaman moden ni. Before balik KL baik settle kan kat KB dulu. Kat KL memang payah doh nak cari tok bidan. Mommy ni still ortodoks sikit, i still prefer kalu bab2 bersunat ni tok-tok bidan yg buat rather than sunat dgn doktor. Kak Sarah dulu pon bersunat dgn Mok Teh ni jugak.
Yang mommy tengok, Mok Teh guna pisau Nacet yang baru. Pastu dia baca doa, selawat. Part masa 'sunat' tu mommy x tengok, gerun. Ayra nangis sikit je. Nangis-nangis manjerr.....:)
Alhamdulillah selesai satu tanggungjawab mommy and papa untuk mengkhitankan anak perempuan kami.

Kat bawah nih sedikit info tentang hukum berkhatan bagi lelaki & perempuan from Ust Zaharuddin @ http://www.zaharuddin.net/content/view/234/90/
Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka. Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan. Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.." dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)

No comments:
Post a Comment