Popular Posts

Tuesday, January 29, 2013

GLA Complex - supplemen HEBAT.gabungan dari 3 sumber TERBAIK

Hari ini mommy nak berkongsi tentang GLA Complex. Apa yang best tentang GLA Complex Shaklee ni adalah ia mengandungi bukan 1 tapi 3 sumber utama yang BEST sebab banyak kegunaannya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki  iaitu:
«GLA (daripada Borage Oil) ~ yang sememangnya kaya dengan asid lemak omega 6 yang mana antara fungsinya adalah meningkatkan kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakan.
«Vitamin E yang asli
«Sunflower Seed Oil
Antara fungsi GLA adalah 
«Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
«Membantu menangani ekzema 
«Membaiki sel rosak
«Membina sel baru  
«Melembabkan kulit 
«Mencegah asma 
«Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
«Membantu meningkatkan kesuburan
«Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
«Membantu dalam menangani menopus
«Mengawal kencing manis dan darah tinggi
«Dll....
Jom kita baca testimoni-testimoni menarik customer yang consume GLA. Ramai yang comment bila makan GLA kulit jadi lebih glowing, lembut dan licit. Ye lah GLA ni macam 'mencuci' sistem dalaman kita kan. Bila dalam bersih, di luar pon teserlah. Yang paling teruja bila GLA membantu pasangan-pasangan yang sukar untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah, syukur mereka berjaya hamil setelah mengamalkan GLA Complex ini :))



Credit: Alin
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Berminat dengan GLA? Hubungi saya:
    «ID Shaklee : 866376
    «SMS/Whatsapp: 012-2412804
    «Email : nz.hashim@gmail.com

    Monday, January 28, 2013

    Masker Vitamin E, ESP

    Tahukah Anda? Selain sebagai supplemen untuk kecantikan kulit, Vita E juga boleh di buat masker.
    Nak best lagi Masker Vita E + ESP.
    Senang je nak prepare. Bahan-bahan yang diperlukan: 
    «1 biji Vita E
    «1 sudu kecil ESP

    «1 sudu kecil Plain Yogurt (boleh dibeli di pasaraya)

    Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut. Sapukan ke seluruh muka. Bilas dengan air selepas 15-20 minit. InsyaAllah kulit muka jadi lembut dan tegang je. Rasa nak cubit pipi sokmo...hehe

    Another TIPS. Kalau ada jerawat singgah menyinggah kat muka. Ambil sebiji Vita E - picit dan sapukan pada jerawat. Bangun pagi esok, jerawat tu pasti kecut :)



    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

      Berminat dengan Vita E, ESP ? Hubungi saya:
      «ID Shaklee : 866376
      «SMS/Whatsapp: 012-2412804
      «Email : nz.hashim@gmail.com

      Thursday, January 24, 2013

      Salam Maulidur Rasul, kenangan di Raudhah & makam Rasulullah



      Salam Maulidur Rasul untuk semua...
      Semoga cuti Maulidur Rasul hari ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama kita. Disamping menghayati sifat-sifat dan akhlak terpuji Rasulullah s.a.w., banyakkan berselawat ke atas Baginda pasti banyak syafaatnya. Teringat pula kenangan bersembahyang di sekitar Raudhah di Masjid Nabawi, berdekatan dengan Makam Rasulullah, ketika mengerjakan Umrah Februari tahun lepas.
      Jujur terasa begitu kerdil diri ini dengan lautan manusia yang berduyun-duyun datang menziarah Makam Rasulullah. Raudhah ni salah satu taman syurga, salah satu tempat mustajab utk berdoa. Itu lah sebabnya ia menjadi tempat ziarah yang wajib dilawati semasa di Madinah.


      Kawasan Raudhah - pic Google
      Semasa pergi ke Raudhah, Ayra mommy tinggalkan dibawah jagaan Tok Ma. Syukur tak bawak sebab memang berhimpit-himpit dan besesak dengan jemaah-jemaah dari seluruh dunia. Jemaah wanita harus ikut jadual yang ditetapkan untuk ke Raudhah. Ruang pon terhad. Ada penjaga (wanita Arab)yang menjaga dan memantau jemaah-jemaah wanita di Raudhah ini.

      Nak menuju ke Raudhah, beberapa 'pit-stop' yang kena tempuhi. Laluan ke Raudhah tu ditutup dengan plastik panjang berwarna putih. Bila di last 'pit-stop' tu memang bersesak sangat dengan jemaah bertolak-tolakan. Masing-masing tidak sabar untuk menziarah Raudhah dan Makam Rasulullah s.a.w. Penjaga wanita Arab di laluan masuk sibuk melaungkan 'Hajjah, hajjah.....dan bercakap dalam bahasa Arab' Mommy pasti Penjaga tu cakap, 'Hajjah, hajjah.....jangn tolak, sabar, sabar.....'
      Akhirnya, belum sempat plastik penutup laluan dibuka dan penjaga bagi kebenaran, arus tolakan dari jemaah yang begitu ramai, membuatkan jemaah yang paling hadapan tertolak juga masuk melepasi plastik penghadang . Masing-masing  tidak menoleh ke belakang lagi. Terus berlari menuju ke Raudhah. Ada juga yang terjatuh semasa berebut-rebut di kawasan Raudhah tu. Ini memang kita kena berhati-hati jangan sampai terjatuh. Sebab bila terjatuh, ada kemungkinan dipijak oleh jemaah lain yang tidak sempat mengelak. Nauzubillah......Mommy teringat sempat juga memaut seorang jemaah Turki yang jatuh terduduk di depan Raudhah. Syukur tiada apa-apa yang buruk berlaku.

      Bila dah dapat masuk kawasan Raudhah ada yang menangis hiba. Mommy cubit kedua-dua belah pipi. Rasa macam tak percaya. Rasa macam di alam mimpi.......AllahuAkbar.
      Cabaran seterusnya nak mencari ruang untuk bersolat di Raudhah. Tips nye kalau nak solat disini kena cari 'karpet hijau'. Kalau bukan 'karpet hijau' tu dah jauh sikit la dengan Raudhah. Dapat bersolat depan Raudhah bagaikan suatu mimpi jadi nyata. Walaupun ruang dihadapan mata hanya cukup untuk sujud, peluang keemasan ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Alhamdulillah...Syukur Ya Allah urusan kami dipermudahkan.....rasa tak nak bangun nak duduk beriktikaf di situ saja. Tu pun dah beberapa kali buat gaya dok bertahiyat akhir sebab nak dok lama. Kalau kita dok style menadah tangan berdoa tu, lama-lama memang penjaga kat situ suruh kita beredar & bagi orang lain pulak. Namun mommy sedar, harus bagi peluang kat jemaah lain juga. Insya Allah...mommy berdoa semoga murah rezeki, panjang doa, sihat tubuh badan....mommy akan sampai ke Raudhah lagi insyaAllah....

      Makam Nabi Muhammad s.a.w . Pic Google

      Sunday, January 20, 2013

      Parut Jerawat Hilang, Kulit Muka Lebih FLAWLESS Dengan Set Kecantikan Shaklee

      Masih ingat lagi testimoni2 yang mengambil set kecantikan Shaklee? Testimoni Beauty Set
      Kini kita ikuti pula testimoni Sis Rozie Roy dan Sis Maz Mazni. Thanks for sharing dear......



      Teruja dan berminat? Tunggu dulu....Sebelum tu jom kita kenali apa yang ada dalam Set D:)
      Kelebihan Vitamin E:
      • Melambatkan proses penuaan.
      • Membantu dalam penyerapan oksigen.
      • Mencegah kemusnahan vitamin A dan C.
      • Mengeringkan luka.
      • Bantu hilangkan parut & jeragat
      Kelebihan Vitamin C
      • Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
      • Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
      • Menstabilkan bahan kimia dalam badan.
      Kelebihan Vitamin B Complex
      • Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B dalam kadar yang diperlukan .
      • Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
      • Mencegah kelesuan dan kemurungan.
      • Membantu kelancaran urat saraf.
      • Mengelakkan stress.
      • B for Beauty

        Vitamin-vitamin dari set kecantikan ini bukan sahaja membantu pemulihan dari segi dalaman, malah berfungsi dari segi luaran juga terutama Vitamin E.
        Tips !! Jika nak dapatkan kulit yang licin dan skin texture yang cantik, picitkan sebiji vitamin E Shaklee dan sapukan pada kulit muka sebelum tidur, dalam 7-14 hari kesannya sangat hebat!

        Selain itu Sis Rozy and Sis Maz ini juga top up with
        ESP. ESP ialah PROTIEN. Kenapa protien penting bagi tubuh badan kita ?? ... sebabnya
      Protien adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel di dalam tubuh badan kita bergantung kepada protien untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
      *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

        Berminat dengan Set Kecantikan? Hubungi saya:
        «ID Shaklee : 866376
        «SMS/Whatsapp: 012-2412804
        «Email : nz.hashim@gmail.com

        Saturday, January 19, 2013

        Sejarah Multivitamin Shaklee - Vita-Lea

        Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

        Vitalized Minerals - 90 tahun dahulu

        Peningkatan teknologi telah mengubah bentuk Vita-Lea dari cecair(90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap  tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada  sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan seimbang.
        Vita-Lea KINI

        Tablet Vita-Lea kini disaluti dengan serbuk nutrisi - Spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
        Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

        Sumber:
        Buku Panduan Nutrisi Shaklee

        *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

          Berminat dengan multivitamin Vita-Lea? Hubungi saya:
          «ID Shaklee : 866376
          «SMS/Whatsapp: 012-2412804
          «Email : nz.hashim@gmail.com

          Thursday, January 17, 2013

          Vitamin Untuk Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu

          Supplemen Shaklee memang cukup lengkap untuk ibu-ibu bermula dari MENGANDUNG, BERPANTANG dan MENYUSU..

          Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:
          «Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)
          «B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
          «Vitamin-C (kandungan vit C bagi setiap biji ialah 500mg)
          «OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium)
          Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan,OmegaGuard (mengandungi DHA, EPA baik untuk perkembangan otak bayi)
          Supplements lain yang mungkin anda boleh amalkan terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,Energizing Soy Protein.

          Untuk masa berpantang pula, supplement yang sama sewaktu mengandung. Cuma tambah :
          «Alfalfa(elak sembelit dan retensi air)«GLA(mengimbangi sistem hormon ibu selepas bersalin). Zinc Complex juga amat digalakkan sebab zinc amat penting untuk merawat luka-luka dalaman sewaktu proses bersalin.
          Buat anda yang pertama kali ingin mencuba supplement Shaklee, anda boleh mencuba vitamin yang disenaraikan di atas ye.
          Cubalah selama sebulan dulu, dan rasailah perbezaannya. Saya pasti anda akan jatuh cinta.....:)



          Testimoni Set Berpantang:



          Testimoni Set Mengandung:



          *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

            Berminat dengan Pregnancy Set, Set Pantang dan Set Menyusu ? Hubungi saya:
            «ID Shaklee : 866376
            «SMS/Whatsapp: 012-2412804
            «Email : nz.hashim@gmail.com

            Wednesday, January 16, 2013

            Model MealShakes

            Ni dia penggemar tegar MealShakes. Sarah suka sangat sampai hari tu terkantoi, senyap2 dia dok ratah MealShakes tu kat dapur... MealShakes ni perasa Vanilla (French Vannila flavor). Takde rasa susu pon. Tu sebab yang dia suka tu ....Selalu Mommy sediakan MealShake ni dalam susu Sarah. Tambah sesudu je dlm susu dia. Sekali sehari pon should be OK. Syukur...Sarah jarang demam, kulit Sarah pon lembut je. Alhamdulillah


            Saturday, January 12, 2013

            Women's Health Set - Supplemen untuk Kaum Wanita

            Kesihatan amat penting bagi seorang WANITA kerana WANITA terutama yang bergelar isteri dan ibu memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan keluarga yang lain. Di zaman sekarang ni ramai wanita yang berkerjaya, sibuk seharian dengan kerja rumah dan kerja di pejabat, ramai yang tidak mengambil peduli dengan kesihatan mereka.

            Wanita melalui beberapa peringkat perubahan hormon di dalam kehidupan mereka iaitu dari peringkat baligh, kehamilan dan putus haid. Setiap peringkat kehidupan yang dilalui memerlukan penjagaan yang istimewa. Diet yang seimbang, senaman dan supplemen tambahan yang betul sangat penting untuk mereka kekal sihat dan mencegah daripada penyakit yang berkaitan dengan usia seperti kencing manis, kanser dan penyakit jantung.

            Pic : Google
            Women's Health Set - supplemen untuk wanita yang dicadangkan oleh Shaklee:
            OmegaGuard
            Docosahexaenoicacid (DHA) dan Eicosapentaenoicacid(EPA) merupakan asid lemak Omega 3 yang dikenalpasti dapat memberikan sokongan nutrisi bagi menyokong tahap kolestrol yang baik sekaligus menjadikan jantung yang sihat.

            GLA (Gamma Linolenic Acid)
            GLA telah digunakan secara tradisional untuk keselesaan semasa haid (ketidakselesaan, sakit kepala, etc), mengurangkan period pain  dan juga menangani gejala-gejala biasa berlaku sebelum putus haid(menopos).

            OsteMatrix
            Memelihara tulang yang sihat merupakan satu lagi masalah wanita yang perlu dititikberatkan. Dianggarkan sejuta rakyat Malaysia kurang kesedaran berkenaan bagaimana untuk mengekalkan tulang yang sihat. Mengambil kalsium, magnesium, vitamin D dan zink mineral, tembaga dan mangan dalam diet harian dapat membantu dalam pembentukan dan penyenggaraan tulang-tulang dan gigi yang sihat.

            Memang betul sakit / mati di tangan Tuhan. Tetapi kita berhak untuk menghargai kesihatan yang Tuhan kurniakan dengan menjaganya dengan baik dan memberikan yang khasiat dan supplemen yang terbaik untuk tubuh badan kita kurniaan Illahi :)


            Reference:
            Shaklee Today Vol 2|2012

            *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

              Berminat dengan Women Health Set ? Hubungi saya:
              «ID Shaklee : 866376
              «SMS/Whatsapp: 012-2412804
              «Email : nz.hashim@gmail.com

              Sunday, January 6, 2013

              Back To School 2013

              2/1/2013 - Adam memulakan persekolahan tahun sessi 2013. Dah masuk Darjah 3 anak Mommy. Tahun ni as usual mommy ambil cuti on first day of school walaupun Adam dah Darjah 3. Lain feelingnye hantar anak on first day persekolahan ni. Bukan selalu pon, setahun sekali je. Dapat juga lah bertemu Guru Kelas Adam yang baru, Pn Zarina Ibrahim.
              Sangat teruja juga sebab anak dara mommy memulakan persekolahan tadika tahun ni. Alhamdulillah Sarah pon tak nangis on first day of school. Memang anak dara mommy ni manja. Dari dulu lagi mommy dok risau macam mana la cekMek mommy ni nak gi sekolah.  Sarah bersekolah dekat dengan ofis papa. Papa dah ada peneman dalam kereta setiap hari pergi dan pulang dari kerja. Hihi ...Sarah pon banyak cakap sekarang ni. Letih papa nak melayan pertanyaan Sarah, tapi kena layankan jugak....
              Untuk memastikan anak-anak mommy kekal CERDAS dan CERGAS sepanjang sesi persekolahan, supplemen-supplemen yang cukup lengkap dah mommy sediakan untuk mereka. Adam ke sekolah kebangsaan sessi pagi disambung dengan sekolah agama sampai petang. Sarah pulak pagi-pagi dah kena bersiap awal macam orang nak pergi kerja. Memang kesian nampak sangat mereka letih dan penat...tapi biasa lah mula-mula ni untuk mereka adapt dengan kelas baru, guru baru, timetable baru. Yakin lah nanti insyaAllah semuanya akan berjalan lancar. As a mommy kenalah take action supaya anak-anak kekal cergas dan sihat. Bila sihat, belajar pon senang nak masuk insyaAllah.
              Supplemen-supplemen yang mommy sediakan utk anak-anak mommy:


              • Performance Drink - this is mainly for Adam. To keep him hydrated. Untuk memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat. Campur dengan air Sunquick atau any drinks untuk tenaga berkekalan sampai Adam habis sekolah. Sesuai sangat di waktu cuaca panas. Kalau sekarang cuaca selalu hujan je mommy tak bekalkan.
              • Chewable Vita C - semua org tahu khasiat vitamin C yang paling utama dapat mempertingkatkan sistem imun. Anak-anak mommy jarang demam Alhamdulillah. Hanya sebiji sehari.
              • Vita-Lea for Children - Nutrien seimbang untuk pertumbuhan. Hanya sebiji sehari
              • MealShakes - menyediakan 24 jenis vitamin dan mineral dan zat perlu, membekal nutrisi kepada sel tubuh dan membantu tumbesaran. Kalau dah ambil VitaLea for Children boleh selang selikan dengan MealShakes ni. Mommy selalu bancuh dalam susu Sarah dan minuman kegemaran Adam.
              • OmegaGuard ni asid lemak Omega 3 - sumber  DHA, EPA baik untuk memori dan perkembangan otak anak-anak. OmegaGuard diekstrak dari deep-sea cold water fish (sardin, mackerel,herring, anchovies). OmegaGuard juga berkesan untuk anak-anak yang asma.

                Supplemen-supplemen diatas adalah untuk anak-anak mommy. Anda juga boleh dapatkannya dengan harga istimewa dari MommyNLittleStars. Mulakan tahun baru dengan supplemen terbaik hanya untuk permata hati anda. Berikan yang terbaik hanya untuk mereka :))

                *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

                  Berminat dengan Supplemen untuk anak-anak? Hubungi saya:
                  «ID Shaklee : 866376
                  «SMS/Whatsapp: 012-2412804
                  «Email : nz.hashim@gmail.com

                Thursday, January 3, 2013

                Kebaikan Penyusuan Ibu kepada Ibu dan Bayi

                Semakin ramai yang menggunakan dan mencuba produk Shaklee bagi tujuan penyusuan susu ibu tidak mengira bangsa dan agama. Penyusuan susu ibu merupakan satu sunnah bagi yang beragama Islam.....Marilah kita kembali kepada fitrah. Islam sendiri menganjurkan penyusuan susu ibu sehingga bayi kita berusia 2 tahun dan ini jelas menjadi tanggungjawab ibu untuk memastikan misi ini berjaya.
                Bahagianya menjadi seorang ibu yang boleh menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat makanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir.
                Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.

                Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi mereka bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

                Multivitamin
                Menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak dapat diperolehi dari diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

                Protein
                Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu.

                Vitamin C
                Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

                Vitamin B Kompleks
                Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.

                Kalsium
                40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

                Asid Lemak Omega 3
                Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Kanak-kanak yang diberi susu ibu biasanya tidak mempunyai masalah fungsi otak seperti hiperaktif, autisme dan masalah tumpuan (ADHD).

                Alfalfa
                Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.


                Teruja? Ingin menyusu bayi anda tapi tiada susu? Pelbagai kisah/cerita ibu menyusu.....testimoni dibawah salah satu yang menarik perlu dibaca  :))

                 Saya juga merasai perubahannya semenjak ambil set penyusuan ini. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Berikut adalah Nutrisi Penyusuan Susu Ibu yang dicadangkan oleh Shaklee:



                Reference:
                Shaklee Today Vol 5, 2012

                *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

                Berminat dengan Nutrisi Penyusuan Susu Ibu ? Hubungi saya:
                «ID Shaklee : 866376
                «SMS/Whatsapp: 012-2412804
                «Email : nz.hashim@gmail.com


                Tuesday, January 1, 2013

                Promo Jan 2013: Advanced Joint Health Tablet


                Holaaa People. Happy New Year 2013 J

                Bulan ni Promosi Shaklee adalah Advanced Joint Health Tablet (AJT).
                Promosi seperti biasa BUY 6 FREE 1.
                Ayuh rebut peluang keemasan ini untuk memelihara kesihatan sendi anda!!

                Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.


                Shaklee Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi-sendi sihat dalam 3 cara:

                1. Menyokong keselesaan sendi
                • Ekstrak Boswellia - menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
                • Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. Ia menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendii.
                2.Bertindak sebagai kusyen
                • Ekstrak Jagung - membantu mengekalkan tulang rawan
                • Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi.
                • Banyak kajian menunjukan supplement ekstrak jagung dapat menggalakan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksible dan kajian mengesyorkan yang supplement ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa yang panjang.

                3. Memelihara tisu penyambung yang sihat

                • Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C - nutrien penting dalam kesihatan sendi
                • Membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi
                *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

                  Berminat dengan Advanced Joint Health Tablet dengan promosi hebat bulan ini ? Hubungi saya:
                  «ID Shaklee : 866376
                  «SMS/Whatsapp: 012-2412804
                  «Email : nz.hashim@gmail.com
                  Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...