Popular Posts

Saturday, December 28, 2013

Lady's Trip - BEIJING

** Harap maaf entry dah buat dari bulan Mac 2013, baru hari ni sempat Publish. Ye...saya seorang mommy yang bz  :)

Alhamdulillah sampai juga ke negeri China. Sampai juga hajat nak bawa mama melawat Tembok Besar China.
Selalu tengok dalam gambar je, tapi kali ni dapat melihat sendiri depan mata. Malah kami sempat merasa first snow. Jakun kejap waktu tu. Subhanallah...sangat indah. Rasa sgt bertuah sebab patutnya dah takde salji, dah nak bertukar musim dah. Syukur...mama pon dapat rasa salji buat pertama kali dalam hidup mama.
Cuaca sangat sejuk, sampai nak demam selesema. Tapi Alhamdulillah, dah 'guard' diri dengan Vita-C. Kulit pon tak kering walaupun cuaca sejuk sebab dah 'guard' muka dengan masker Vita-E.
Kaki banyak berjalan pon tak penat sebab dah 'guard' dengan Kalsium (OsteMatrix)......hihihi


Thank You to my hubby, yang bagi IZIN for me untk join Lady's Trip ni...ahli rombongannya - me, mama and my sister.
Beijing tak seburuk yang disangka. Semua nya ok lebih kurang Malaysia je. Tandas nye pon tak lah seteruk yang digambarkan sebelom pergi. Cuma takde air paip je, botol kosong kena sentiasa bawak la...hehe. Kesesakan jalan raya di Beijing pon terkawal. Sebab di Beijing mereka menggunakan sistem giliran berpandukan plat nombor kereta. Contohnya, kalau plat berakhir dengan 1, hanya hari Isnin sahaja dibenarkan keluar. Selain itu, basikal merupakan salah satu pengangkutan tradisi yg masih digunakan di sana.

Pam susu badan macam biasa tapi terpaksa buang dalam sink  sebab takde fridge dalam bilik hotel kami. Nangis nak buang susu tu :( Plus Ayra pon dah xberapa nak bottle feeding. Stok banyak dlm fridge di rumah tapi tak terusik pun. Ayra hanya nak direct-feed je...Apa saja lah anakku...Asalkan Ayra Khadijah happy and healthy..:)

Berbalik pada cerita Beijing, memang seronok...selain dapat spend masa dengan mama dan mengenali sejarah dan budaya negeri China. Puas hati dapat bawak ke tempat yang mama ingin pergi. Mama kalau boleh nak pergi ke negara-negara yang arwah ayah pernah pergi, salah satu tempatnya adalah Beijing. Kami anak-anak cuba tunaikan permintaan mama insha Allah.
Enjoy beberapa foto kami di sana ye...


Entrance untuk mendaki Great Wall


Imperial Palace - memang sangat sejuk dan windy waktu ni. 

Tengok Mama dah jadi Ninja.


Masjid tua di tengah kota Beijing

Mama first time dapat rasa salji. Macam ABC kata Mama

Western Mahua salah satu tempat makan HALAL. Banyak branch di sekitar Beijing.


Anak tangga untuk mendaki Great Wall sangat curam dan tinggi-tinggi pulak tu.

Ramai pelancong asing yang mendaki.


Shopping di Beijing memang best tapi kena bargain betul-betul

Timbunan salji di hadapan pintu masjid
Depan Bird Nest Stadium - kagum dengan hasil seni bina mereka.
Tak susah mencari tempat makan HALAL di Beijing. Banyak restoran HALAL di sana. Tapi menunya agak berlainan la. Ala-ala Nasi Lemak tu memang takde la. Kami bawak jugak bekal Maggi Mee, serunding daging sikit-sikit tapi tak habis pon. Masakan kat sana yang pedas-pedas banyak menggunakan lada kering. Sedap....teringat pulak sayur kobis lada kering diorang...nyum,nyum...

Kalau kaki shopping yang suka branded item, Beijing memang syurga membeli-belah. Sebut je brand apa nak, semua ada. Tapi nak bargain tu la yang tak tahan. Berhati-hati.... banyak jugak penipuan di sana terutama kat kedai ubat dan kedai batu permata tu. Dengar boleh, tapi jangan percaya bulat-bulat apa yang mereka bagitau....hehehe

Kepada yang bertanya, kami pergi dengan Pakej Andalusia Travel. Selalu suka plan sendiri tapi sebab semua yang pergi semuanya perempuan, ambil pakej la senang. Kita bawak badan n follow itinery je. Tourist Guide masa kat sana fasih berbahasa Indonesia dan sangat peramah. Sangat senang nak berkomunikasi. Sekarang dah bulan December, next Lady's Trip kita nak ke mana?? :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...