Popular Posts

Sunday, May 27, 2012

khitan anak perempuan - Ayra Khadijah


Teringat kat entry ni. Dah lama mommy type tapi tak publish. Ayra disunatkan / dikhitan masa umur 6 bulan.Alhamdulillah berjaya dikhitankan dgn Mok Teh di kampung.Susah nak cari tok bidan yg boleh sunat baby zaman moden ni. Before balik KL baik settle kan kat KB dulu. Kat KL memang payah doh nak cari tok bidan. Mommy ni still ortodoks sikit, i still prefer kalu bab2 bersunat ni tok-tok bidan yg buat rather than sunat dgn doktor. Kak Sarah dulu pon bersunat dgn Mok Teh ni jugak.
Yang mommy tengok, Mok Teh guna pisau Nacet yang baru. Pastu dia baca doa, selawat. Part masa 'sunat' tu mommy x tengok, gerun. Ayra nangis sikit je. Nangis-nangis manjerr.....:)
Alhamdulillah selesai satu tanggungjawab mommy and papa untuk mengkhitankan anak perempuan kami.


Kat bawah nih sedikit info tentang hukum berkhatan bagi lelaki & perempuan from Ust Zaharuddin @ http://www.zaharuddin.net/content/view/234/90/

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka. Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan. Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.." dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)

Tuesday, May 22, 2012

Susu ibu elak generasi obes


KHASIAT susu ibu bukan lagi menjadi rahsia malah diperkukuhkan dengan kajian yang dijalankan di lima negara Eropah menerusi Projek Program Pemakanan Awal.
Hasil kajian mendapati obesiti dan penyakit kardiovaskular dalam kalangan orang dewasa berkait rapat dengan pemakanan awal.
Profesor Dr. Berthold V. Koletzko yang mengetuai kajian berkenaan pada 2009 mendapati 1,128 bayi yang diberikan susu formula cenderung mengalami berat badan berlebihan selain obes apabila meningkat dewasa.
Beliau yang juga pakar pediatrik merupakan Ketua Bahagian Perubatan Metabolik dan Nutrisi di Hospital Kanak-kanak Hauner, Pusat Perubatan Universiti Munich, Jerman.
Profesor Berthold pernah bertugas di Afrika Selatan dan Tanzania selain di Hospital Kanak-kanak Universiti Düsseldorf, Jerman.
Beliau juga pernah bertugas sebagai doktor nutrisi klinikal dan metabolisme di Hospital bagi Kanak-kanak Sakit di Universiti Toronto, Kanada.
"Lebih malang lagi bayi yang diberikan susu formula dikatakan pendek umur berikutan pelbagai penyakit yang dihidapi.
"Terdapat kaitan antara kenaikan berat badan pada bayi dan obesiti serta peningkatan dalam serangan penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser di kalangan dewasa," katanya semasa Bengkel Pemakanan Awal Wyeth.
Menurutnya, bayi yang diberikan susu formula pada awal usia besar kemungkinan mengalami kenaikan berat badan lebih tinggi berbanding yang mendapat susu ibu.
"Susu formula mengandungi lebih banyak protein (biasanya 55 hingga 80 peratus lebih protein) berbanding susu ibu.
"Susu ibu pula mempunyai kandungan tenaga dan protein yang rendah berbanding susu formula," katanya.
Kajiannya juga mendapati bayi yang diberikan susu ibu antara enam hingga dua tahun lebih sihat walaupun berat badan lambat bertambah.
"Sebaliknya bayi yang diberikan susu formula adalah lebih besar berbanding yang diberi susu ibu pada tahun pertama usia mereka," katanya.
Tumbesaran yang cepat pada bayi yang diberikan susu formula meningkatkan obesiti sehingga enam kali ganda.
Persatuan Pediatrik Eropah (EPA) yang menilai maklumat mengenai pemakanan hayat awal dan menggabungkannya dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Lembaga Keselamatan Makanan Eropah dan Persatuan Gastroenterologi, Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik Eropah (ESPGHAN) serta Akademi Pediatrik Amerika (AAP) menawarkan paradigma baru berkaitan pemakanan awal.
"Hasilnya bayi tidak digalakkan mengambil susu formula sebelum usia mencapai 12 bulan walaupun bayi yang diberikan susu formula lebih montel," katanya.
Profesor Berthold berkata, ibu bapa perlu tahu anak yang montel tidak semestinya sihat.
"Tentu saja kita suka melihat bayi yang montel! Tapi sebenarnya montel tidak semestinya sihat," katanya.
Menurut Indeks Nutrien Disyorkan di Malaysia (MRNI) kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun sepatutnya mendapat 25 hingga 35 peratus tenaga daripada lemak.
Lemak asid arakidonik (AA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) sangat penting bagi perkembangan kognitif.
Bagaimanapun ia diperlukan dalam nisbah yang betul misalnya dalam susu ibu AA:DHA adalah 1.733.
Susu lembu tidak sesuai Susu ibu adalah terbaik tetapi adakalanya apabila seorang ibu tidak dapat menyusukan bayinya atas sebab-sebab tertentu, disaran mengambil susu formula yang mirip dengan susu ibu.
Pakar Runding Paediatrik Hospital Whittington dan Hospital Great Ormond Street, Dr Atul Singhal berkata, pengambilan protein dan pemakanan awal bayi amat penting bagi tahap kesihatan jangka panjang.
Menurutnya, pemakanan meliputi nutrien, kimia bagi fungsi badan dan bagaimana badan menggunakannya.
Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Makanan Kanak-kanak di samping Profesor Pemakanan Pediatrik di Institut Kesihatan Kanak-kanak di London, mendapati bayi yang diberikan susu formula membesar lebih cepat - akibatnya lebih obes dan lebih berisiko penyakit berkaitan kardiovaskular.
Pandangan itu dikongsi pakar runding pemakanan, Indra Balaratnam.
Semua nutrien seimbang "Bayi tidak akan membesar dengan sempurna jika dietnya kekurangan asid lemak yang diperlukan kerana lemak ada punca tenaga utama," katanya.
Menurut Balaratnam, bayi memerlukan lebih banyak lemak dalam diet mereka berbanding kanak-kanak lebih besar kerana untuk pembentukan sel otak dan mata yang sihat.
"Tidak seperti organ lain, perkembangan otak berlaku sepenuhnya apabila mencapai usia lima tahun. Pemakanan pada beberapa tahun pertama sejak janin membesar sehingga anak berusia lima tahun adalah penting untuk membekalkan nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak yang betul," katanya.


Wednesday, May 9, 2012

Kolestrol Update

Hati berbunga-bunga Alhamdulillah last week mommy buat blood test, my kolestrol level dah turun tu 5.7. Even still in border range, at least ada penurunan. Yelah lemak-lemak kolestrol tu took few years nak deposit so, nak turun pon mesti ambil masa juga. Berkat diet and amalkan pengambilan Lecithin and OmegaGuard kolestrol level mommy turun jugak. Before this dok diet makan oat je tapi turun sikit sangat..

Cerita pasal kolestrol ni, mommy sendiri pon  tak tau my kolestrol level quite high. Still remember a week before ayah passed away, i went to Executive Health Screening provided by company mommy. Everything was ok except my kolestrol level which is 6.2 time tu. Terkejut sangat,sangat,sangat OK.....
Even mommy rasa sehat je x de sakit apa, tapi the lemak-lemak jahat silently building up in my blood vessel. To all my friends, do your medical check up regularly even you feel healthy.
Now mommy will continue consume makan Lecithin,OmegaGuard and oats banyak2(watch my diet as well). Nak ambik Shaklee Fibre tak boleh pulak sebab mommy still breastfeeding. Tapi mommy nak cuba Vitamin E pulak. Wish me luck ok....

Monday, May 7, 2012

Weekend getaway and Pesta Buku 2012

Setelah sekian lama plan and promise to the kids, last weekend berjaya bawak diorang tidor hotel. The promise since before mommy going for umrah lagi. Kesibukan mommy,papa and full of activities during weekend terpaksa postpone banyak2 kali. Alhamdulillah last weekend dpt fullfilled janji dgn anak2 walau x leh pergi jauh2, hotel kat KL pon jadi lerr...
Adam nak pergi ke Pesta Buku, so check-in lah to the nearest hotel je, Seri Pacific Hotel. It's an old refurbished hotel. Spacious room, confortable enough for 5 of us. First time Adam pergi Pesta Buku, banyak buku yg dia beli. Kalau nak beli books mmg mommy x marah. Adam pon ada took part in aktiviti kat gerai-gerai yg anjurkan.Dapat la goodies sikit2 yg penting kita nak build-up dia punya confidence di depan orang ramai, GOOD BOY... Yang penting mommy pon happy dpt berjumpa dan bergambar dgn Dr Muhaya, my idol, motivator...loving her books yang penuh dgn cas cas positif.....
Looking forward for another weekend breakaway with the kiddos...Penat bekerja and uruskan kerja-kerja seharian, it's time for me to spend some quality time with my lovely family.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...