Popular Posts

Saturday, December 28, 2013

Lady's Trip - BEIJING

** Harap maaf entry dah buat dari bulan Mac 2013, baru hari ni sempat Publish. Ye...saya seorang mommy yang bz  :)

Alhamdulillah sampai juga ke negeri China. Sampai juga hajat nak bawa mama melawat Tembok Besar China.
Selalu tengok dalam gambar je, tapi kali ni dapat melihat sendiri depan mata. Malah kami sempat merasa first snow. Jakun kejap waktu tu. Subhanallah...sangat indah. Rasa sgt bertuah sebab patutnya dah takde salji, dah nak bertukar musim dah. Syukur...mama pon dapat rasa salji buat pertama kali dalam hidup mama.
Cuaca sangat sejuk, sampai nak demam selesema. Tapi Alhamdulillah, dah 'guard' diri dengan Vita-C. Kulit pon tak kering walaupun cuaca sejuk sebab dah 'guard' muka dengan masker Vita-E.
Kaki banyak berjalan pon tak penat sebab dah 'guard' dengan Kalsium (OsteMatrix)......hihihi


Thank You to my hubby, yang bagi IZIN for me untk join Lady's Trip ni...ahli rombongannya - me, mama and my sister.
Beijing tak seburuk yang disangka. Semua nya ok lebih kurang Malaysia je. Tandas nye pon tak lah seteruk yang digambarkan sebelom pergi. Cuma takde air paip je, botol kosong kena sentiasa bawak la...hehe. Kesesakan jalan raya di Beijing pon terkawal. Sebab di Beijing mereka menggunakan sistem giliran berpandukan plat nombor kereta. Contohnya, kalau plat berakhir dengan 1, hanya hari Isnin sahaja dibenarkan keluar. Selain itu, basikal merupakan salah satu pengangkutan tradisi yg masih digunakan di sana.

Pam susu badan macam biasa tapi terpaksa buang dalam sink  sebab takde fridge dalam bilik hotel kami. Nangis nak buang susu tu :( Plus Ayra pon dah xberapa nak bottle feeding. Stok banyak dlm fridge di rumah tapi tak terusik pun. Ayra hanya nak direct-feed je...Apa saja lah anakku...Asalkan Ayra Khadijah happy and healthy..:)

Berbalik pada cerita Beijing, memang seronok...selain dapat spend masa dengan mama dan mengenali sejarah dan budaya negeri China. Puas hati dapat bawak ke tempat yang mama ingin pergi. Mama kalau boleh nak pergi ke negara-negara yang arwah ayah pernah pergi, salah satu tempatnya adalah Beijing. Kami anak-anak cuba tunaikan permintaan mama insha Allah.
Enjoy beberapa foto kami di sana ye...


Entrance untuk mendaki Great Wall


Imperial Palace - memang sangat sejuk dan windy waktu ni. 

Tengok Mama dah jadi Ninja.


Masjid tua di tengah kota Beijing

Mama first time dapat rasa salji. Macam ABC kata Mama

Western Mahua salah satu tempat makan HALAL. Banyak branch di sekitar Beijing.


Anak tangga untuk mendaki Great Wall sangat curam dan tinggi-tinggi pulak tu.

Ramai pelancong asing yang mendaki.


Shopping di Beijing memang best tapi kena bargain betul-betul

Timbunan salji di hadapan pintu masjid
Depan Bird Nest Stadium - kagum dengan hasil seni bina mereka.
Tak susah mencari tempat makan HALAL di Beijing. Banyak restoran HALAL di sana. Tapi menunya agak berlainan la. Ala-ala Nasi Lemak tu memang takde la. Kami bawak jugak bekal Maggi Mee, serunding daging sikit-sikit tapi tak habis pon. Masakan kat sana yang pedas-pedas banyak menggunakan lada kering. Sedap....teringat pulak sayur kobis lada kering diorang...nyum,nyum...

Kalau kaki shopping yang suka branded item, Beijing memang syurga membeli-belah. Sebut je brand apa nak, semua ada. Tapi nak bargain tu la yang tak tahan. Berhati-hati.... banyak jugak penipuan di sana terutama kat kedai ubat dan kedai batu permata tu. Dengar boleh, tapi jangan percaya bulat-bulat apa yang mereka bagitau....hehehe

Kepada yang bertanya, kami pergi dengan Pakej Andalusia Travel. Selalu suka plan sendiri tapi sebab semua yang pergi semuanya perempuan, ambil pakej la senang. Kita bawak badan n follow itinery je. Tourist Guide masa kat sana fasih berbahasa Indonesia dan sangat peramah. Sangat senang nak berkomunikasi. Sekarang dah bulan December, next Lady's Trip kita nak ke mana?? :)

Sunday, December 22, 2013

Happy Birthday Papa Selamat Bertunang CikSue

Hai,hai, hai....Lama tak bercerita pasal family. Asyik cerita pasal Shaklee boring la kan....

Bulan December bulan yang agak istimewa tahun ni....Hari Ulang Tahun Kelahiran mrNaza dan juga Hari Pertunangan adik mommy yang paling bongsu, CikSue....Kebetulan tarikh rombongan lelaki nak datang sama dengan hari birthday mrNaza, so kita raikan sekali lah.

Kebetulan pulak bakal adik ipar ku itu pon tarikh lahir sama dengan mrNaza. What a coincidence. Suratan atau kebetulan ni?? Lepas ni senang la nak celebrate. Mama pon senang nak ingat tarikh lahir menantu-menantu lelaki.... :)



Alhamdulillah majlis pertunangan CikSue berjalan lancar. Pok Su Nawi jadi wakil pihak kami. Memang pro dan berpengalaman bapa saudara ku itu :)

Mommy rasa sebak juga semasa majlis berlangsung. Teringat arwah Ayoh. Tapi mommy yakin arwah Ayoh happy diSANA dengan pilihan CikSue.... Mommy tahan sebak dan sedih, tak nak spoil majlis CikSue.

Tarikh perkahwinan yang sepakat dipilih makin dekat dah tu. 
Bakal pengantin kena kerja keras dari sekarang.  Jangan buat last minute preparation. Mak Andam dan booking pelamin pon kena tempah awal-awal.

To mrNaza, Selamat Hari UlangTahun Yang ke -35. Semoga dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Love u till Jannah, insha Allah :) 

Sunday, December 1, 2013

Promo DEC 2013- OmegaGuard

[Promo Dec 2013]
«Nak kurus omega
«Nak perangi kolestrol omega
«Nak otak memori tiptop omega
«Nak anak bijok omega
«Nak cair kahak omega
«Nak sendi sihat omega
«Nak atasi asma-lelah omega
«Nak rambut kuat omega
«Nak rawat Gout omega

Serba serbi Omega ni boleh bantu. Buat lelaki mahupun wanita.Yang tua mahupun yang muda. Semua perlukan Omega.
Lai, lai, lai...grab this offer. Get your OmegaGuard supplemen today. Email me for details.


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat dengan OmegaGuard? Hubungi saya:

«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804 «Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

Saturday, November 23, 2013

Alhamdulillah.... Adam selamat Berkhatan

Tarikh 17Nov 2013 merupakan salah satu detik BERSEJARAH for Mommy sebagai seorang Ibu. Adam selamat dikhatankan walaupun ada 'cerita' sebelum berkhatan tu ;)
Alhamdulilah...selamat menempuh alam dewasa Abang Adam
Terasa baru je dukung Adam masa kecik-kecik dulu. Dah selamat berkhatan dah. Betapa cepatnya masa berlalu.


Ni baru lepas kena bius. Tengah tunggu turn nak bersunat.
"Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris  dinamakan 'circumcision'."

Lepas proses berkhatan. Tak nangis. Good Boy!!

Berkhatan pada kanak - kanak lelaki muslim adalah FARDU.. 
Banyak faedah dan kebaikan berkhatan sama ada dari segi kesihatan mahupun tuntuan agama. Antaranya ialah:
  • boleh menjaga kebersihan dan 
  • mengelakkan jangkitan kuman di saluran kencing,
  • mengurangkan risiko mendapat penyakit Sexual transmitted disease dan juga HIV.

Teknik Berkhatan

Secara lazimnya terdapat dua peringkat usia utama di mana khatan dilakukan, iaitu semasa bayi baru lahir ataupun dipanggil 'neonatal circumcision' dan juga semasa umur kanak-kanak mencecah sekitar umur 7 - 12 tahun. Khatan juga dilakukan sebagai prosedur sampingan semasa melakukan pembedahan seperti pembedahan hernia.

Kaedah Plastibel
Prosedur berkhatan menggunakan plastibel. Setelah slit dilakukan pada kulit preputial, plastibel dilekapkan pada bahagian glans. Benang digunakan untuk mencerut kulit terhadap lekuk plastibel. Selanjutnya, lebihan kulit preputial dibuang


Khatan yang dilakukan semasa bayi baru lahir biasanya dilakukan dengan menggunakan bius setempat. Disebabkan zakar bayi yang baru lahir masih sangat kecil, prosedur ini perlu dilakukan oleh pakar yang benar-benar terlatih untuk melakukan prosedur tersebut, kerana jika tidak, terdapat risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi dari prosedur itu. Untuk melakukan khatan pada bayi, pada kebiasaannya memerlukan penggunaan 'plastibel'.
Klinik Adam berkhatan ni mengunakan kaedah LASER
Kaedah ‘LASER’( bipolar diathermy )
Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan seterusnya mempercepatkan penyembuhan 

Rawatan selepas berkhatan sangat penting supaya luka cepat sembuh. Pakaikan kain pelikat untuk elakkan geseran ditempat luka. Pemakanan kanak-kanak berkhatan perlu dijaga. Elakkan makan ayam dan seafood.
For Adam Alhamdulillah sangat mendengar kata bab-bab berpantang makan. Tak sampai seminggu dah pakai seluar dah. Mommy follow menu pantang orang bersalin. Selain itu mommy tak lupa add on supplemen Shaklee untuk merawat dan mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat berkhatan.




Anggur MUSCADINE - Ramuan Ajaib VIVIX

Besar Anggur MUSCADINE ni. Sebesar bola GOLF. Super GRAPE. Merupakan antara kandungan utama VIVIX.


-Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi IMUN yang tinggi dan ANTIOKSIDAN terbaik.
-Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak POLIFENOL dan RESVERATROL. Ia juga mengandung asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain.
-Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.
-Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di antara negara Turki dan Iran).

Kini kita dapat nikmati kebaikan anggur muscadine atau muscat ini di dalam satu botol yang mudah dan penuh kebaikan – VIVIX 




Berminat dengan VIVIX? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

Saturday, November 9, 2013

Kebaikan GLA Complex



Bahan utama dalam Shaklee GLA Complex :
1.Borage Seed Oil

2.Sunflower Seed Oil

Borage Seed Oil
Mengandungi 24% lebih tinggi berbanding EPO yang hanya 10% saja.
Bukan itu saja , kandungan minyak dalam GLA complex adalah lebih rendah, sekaligus ianya juga rendah kalori.
Kandungan GLA dalam minyak benih borage (borage seed oil) adalah 2 kali ganda dari EPO.
Borage juga 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan berbanding EPO.
Pic: Google

Sunflower Seed Oil
Antara khasiat sunflower oil ialah:-
- Antioksidan
- Menyihatkan jantung
- Sumber tenaga
- Membina sel baru
- Melembabkan kulit
- Mencegah asma
- Membaiki sel rosak
Pic: Google

Ambil GLA sebelum tidur, untuk penyerapan yang lebih baik, membantu regulate hormon dalam badan, dan juga dapat membantu membakar lemak semasa tidur. Sebagai bonus sel kulit juga menjadi semakin berseri anda glowing.

Menurut Dr. Bruce Miller, keseluruhan sel kulit akan silih berganti dalam masa 28 hari. So pemakanan yang baik dengan GLA adalah penting dalam proses penghasilan sel kulit yang sihat & glowing.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat dengan GLA? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

Tuesday, November 5, 2013

SuperMommies Family Day

Assalamualaikum...Salam Maal Hijrah 1435H.
Semoga Tahun ini memberi lebih kebaikan dan keberkatan daripada NYA untuk kita semua..
Sebelum kedatangan Tahun Hijrah yang baru ini, kami sekeluarga sempat menghadiri Family Day SuperMommies yang dianjurkan oleh Master Azlin dan Azlan di De Palma Hotel, Kuala Selangor.

Alhamdulillah dipertemukan dengan keluarga biz Shaklee yang yang sangat  3S - SUPPORTIVE, SEMPOI dan SUCCESSFULL....
Mereka semua adalah salah satu sebab untuk saya terus bertahan dalam biz ini. Kami sentiasa berhubung antara satu sama lain didalam WA group dan juga FB group. Tempat melepas geram dengan karenah customer, meroyan barang tak sampai, nak marah dengan GDex, nak marah sebab kena carras dengan distributor lain, nak tau jadual supplemen, mintak tolong ambil nombor kat branch..... semua dalam group SMommies ni :)....Malah sehingga perbincangan masalah anak-anak, suami isteri (oooopss) dan gossip majalah MANGGA...
Bermula dengan hanya beberapa orang sahaja group SuperMommies semakin berkembang dan semua memiliki rank masin-masing dalam biz Shaklee nih. Setakat ini Puteri lah yang paling tinggi dengan title Master Puteri. Kami yang lain-lain masih berjuang dan TAK AKAN GIVE UP. Kami akan ikut jejak Kak Long Puteri kami.
Balik dari Family Day masing-masing lebih bersemangat setelah mendapat suntikan dari 3 Master Si Magic Mentor Cery, Alin, Puteri dan juga perkongsian jatuh bangun dari leader-leader SuperMommies yang hebat-hebat semuanya. Semoga  tahun depan akan ada lagi family gathering sebegini. Diharapkan ukhuwah SuperMommies akan terus berkekalan sehingga akhir hayat kami.

Jom Layan gambar-gambar: 

Barisan AJK yang cool
Sebahagian dari Goodie Bag
-Wooven Bag
-TShirt untuk seisi keluarga
-Note book
- Buku mini 'Mudahnya Menjemput Rezeki
- Oreo, choki-choki

Game untuk anak-anak
-Bawa bola dalam sudu
-Musical Chair (Adam menang hehe)

Game untuk SuperDad. mrNaza menang game ni

Saat yang ditunggu-tunggu Magic Coaching session....:)
Sharing session dengan Sucess SuperMommies.
Perkongsian dari Master Shareeza.

Bersama my Sifu aka Mak aka Upline saya Master Azlin


Sebahagian dari team SuperMommies 

Friday, November 1, 2013

Promosi November 2013: VIVIX

Promosi VIVIX datang lagi......lalalala
Campuran ekstrak botani proprietari Polyganum cuspidatum, anggur Muscadine, European Elderberry & lobak ungu. Kaya dengan polifenol tumbuhan. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yg terdiri drp sebatian tanaman yg mengandungi khasiat ANTIOKSIDA & SEL ANTI-PENUAAN ...

Di antara Khasiat VIVIX:
  • membaiki sel yang rosak dengan pantas, jadi amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. 
  • memelihara keseluruhan kesihatan
  • anti oksida yg sgt baik, untuk awet muda
  • membantu anda berasa LEBIH BERTENAGA
  • mengurangkan risiko kanser
  • membantu pesakit diabetic
  • menguatkan sistem IMUN


Thursday, October 31, 2013

Supplemen Untuk IbuBapa (Warga Tua)

Ibu dan bapa adalah harta yang paling bernilai. Tanpa mereka siapa lah kita. Janganlah kita sakiti hati ibubapa kita. Mereka telah banyak BERJASA membesarkan kita. Teringat pula arwah 'ayoh'. Memang terasa ketiadaannya 'ayoh' selepas kembali ke Rahmatullah tiga tahun lepas.  Tiada siapa yang dapat menandingi kasih sayang seorang ibu dan bapa kandung. Hargailah ibu bapa anda yang masih ada.
Allah SWT memerintahkan kepada kita untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa seperti yang dinaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
(al-Isra': 23)

Antara cara dan adab berinteraksi dengan ibu bapa telah dinaskan di dalam al-Quran iaitu yang bermaksud:

Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
(al-Isra': 23-24)


Sebagai anak yang sudah dewasa kita perlu bertanggungjawab untuk mengambil berat hal ibubapa kita terutamanya KESIHATAN mereka. Selain memberi bantuan kewangan, pakaian dan selalu menzirahi mereka apakata kita bagi supplemen yang terbaik untuk mereka. Shaklee adalah HALAL, SELAMAT dan dari sumber NATURAL. Jika ibubapa kita ada mengambil ubat doktor pon tidak menjadi masalah untuk ambil Shaklee . Ingat Shaklee adalah SUPPLEMEN BUKAN UBAT. Boleh jarakkan 1-2jam selepas ambil ubat doktor baru ambil Shaklee.

Berikut adalah SET yang dicadangkan untuk WARGA EMAS/ IBU BAPA kita:



DARAH TINGGI/KOLESTROL
« OmegaGuard - menurunkan trigliserid, menurunkan LDL dan keseluruhan kolestrol
«    Garlic - Berupaya merendahkan tekanan darah

SAKIT JANTUNG
«OmegaGuard      - melancarkan darah ke jantung
«CoQHealth PLUS - memberi tenaga kepada jantung

DIABETES
«Alfalfa Complex   - membantu stabilkan gula dalam darah
«GLA Complex       -kesan positif pada diabetic neuropathy
«BComplex            -metabolisme gula kepada tenaga

SAKIT SENDI

«Joint Health Tablet  - memperbaiki keselesaan sendi, anti-inflamasi
«OsteMatrix - menghalang kereputan tulang

WELLNESS SET
«VitaLea         -  imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
«ESP               -  membina sel yang sihat

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat dengan set ini? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

Sunday, October 27, 2013

Kebaikan Zinc Complex Shaklee

MEN ARE From MARS?
*********************************
Hahaha...takde kena mengena pon buku Men Are From Mars to dengan Zinc Complex Shaklee


Cumnya nak bagitau Zinc memang MAJORITI customer LELAKI yang beli.
Tapi Zinc bukan untuk LELAKI sahaja tau
Banyak Khasiat lain Zinc ni.

Zinc memainkan peranan penting dlm sistem IMUNISASI , PERTUMBUHAN dan perkembangan SEKSUAL seseorang. Jom baca
17 KELEBIHAN ZINC (Sumber: mamafaiz.com)

1.PENJAGAAN KULIT: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
2.EKZEMA: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
3.JERAWAT: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
4.PENYEMBUHAN LUKA: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
5.GANGGUAN PROSTAT: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
6.HILANG BERAT BADAN: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
7.MENGANDUNG: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
8.PEMBIAKAN: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
9.FUNGSI BIOLOGI: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
10. JANGKITAN: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
11.ANTIOKSIDAN: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
12. ATURAN ENZIM: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
13. KANSER: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
14. KELESUAN KRONIK: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
15. BOTAK: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
16. KEHILANGAN TULANG Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
17. BUTA MALAM: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.





Tuesday, October 15, 2013

SALAM AIDILADHA 1434H from MommyNLittleStars

Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah. 
Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Salam Aidiladha....selamat mejalani ibadah korban kepada yang berkorban.
Kepada yang makan daging korban, baca Doa Makan dulu. Jangan ikut nafsu (peringatan untuk diri sendiri juga).
Tahun ni giliran beraya HAJI di sini. Alhamdulillah...meriah juga. Yang penting semua yang tersayang berada di sisi sambil kita k
ayati konsep pengorbanan yang hakiki. 

Sunday, October 6, 2013

Promosi Oct 2013 : Collagen Powder dan Pelancaran shaklee2u.com.my

Selalu PROMO Shaklee buat BUY 6 FREE 1 je
Bulan ni ada EXTRA Gifts kalau anda beli 6 KOTAK Collagen
Nak tau apa hadiah lagi? Jom terjahh.....



Setiap pembelian 6 kotak Collagen anda layak mendapat:

  • Sekotak Collagen (Jadi anda dapat total 7 kotak)
  • Sebotol CoQ Health Plus (bernilai RM124)
  • Keahlian Shaklee PERCUMA (bernilai RM75)
  • CASH Rebate - akan dapat semasa BONUS bulan hadapan (14atau15 Nov 2013)
  • FREE Delivery - bernilai RM10
    Nak tau testimoni/khasiat Shaklee Collagen Powder baca sini ==> Klik

    Banyakkan 
    GIFTS yang dapat? Sangat MURAH dan JIMAT. Kalau rasa collagen tu banyak sangat nak beli tapi nak dapatkan harga PROMOSI, boleh share-share dengan kawan-kawan dan kaum keluarga. 

  • Pada bulan ini juga iaitu bertarikh 2 October 2013, Shaklee telah melancarkan Online Sistem www.shaklee2u.com.my

    Dah makin SENANG  nak berbisnes dengan adanya Online Sistem ni. Tak payah pergi ke branch kalau nak beli barang. Klik,klik,klik....PURCHASE barang... BAYAR ...SIAP. Shaklee siap boleh hantar ke customer terus. Jimat masa dan tenaga kita nak packing dan mengepos.

    Berminat dengan bisnes Shaklee dibawah naungan SuperStar Warriors? Sila hubungi saya 012-2412804. Bimbingan dan support akan diberi :)

    Sunday, September 22, 2013

    My BEAUTY Regime - Testimoni NutriWhite

    Dah 2 bulan lebih mommy pakai skincare NutriWhite ni. Mommy tak pakai complete set, pakai yang basic sahaja CLEANSER, TONER dan MOISTURIZER. Beli skin care ni nak REWARD diri sendiri. Sebelom ni tak pernah beli skincare yang mahal-mahal. Ada rezeki lebih boleh la kita upgrade sket.....Alhamdulillah
    Walaupun dah guna selama 2 bulan lebih tapi tak sampai suku tube pon guna. Memang berbaloi-baloi jimat NutriWhite ni. Apa yang paling best, kulit muka terutama bahagian pipi rasa lagi lembut. Kulit rasa MOIST lain macam je. Jerawat pon malu-malu nak naik....hehehe

    Jadual NutriWhite yang mommy apply. Ni jadual mommy sendiri,lain orng lain ruotine nye:
    Pagi: 1.
    Cuci muka dengan NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser.
                  2. Segarkan dengan Soothing Radiance Whitening Softener               3. sapu nipis2 Spot Whitening Treatment.
                  4. Last sekali baru sapu kan Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
    TghHari : Kat ofis memang tak sempat nak cuci muka pon. Basuh dengan air wudhuk je.
    Malam: Sebelom Tidor cuci muka dengan Cleanser.  Kemudian tempek dengan toner Soothing Radiance Whitening Softener sikit. Rasa tegang je...mmg besst :)


    Ni Testimoni pengguna-pengguna lain yang guna NutriWhite. Sesuai untuk LELAKI juga :)



    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Berminat dengan NutriWhite Set? Hubungi saya:
    «ID Shaklee : 866376
    «SMS/Whatsapp: 012-2412804
    «Email : nz.hashim@gmail.com
    «FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

    Monday, September 16, 2013

    Adik turns 2!!

    Tajuknye 'Adik Turns 2...' tapi adik turns 2 , 3 bulan lepas ye (16/6).... Maafkan Mommy dik, dah lama dok dalam Draft post ni. Hari ni baru mommy dapat post kan ......:)
    «dah masuk 2 tahun dah
    «masih belom bercerai susu sepenuhnya. Malam masih menyusu.
    «Vocab makin lancar. Favourite word:

    • 'Ammmi....ngok dam ni' (Mommy, tengok adam ni)
    • 'Ya Allah'...kalau terjatuh, terduduk
    • 'Acehh' (Terima Kasih)
    • 'Papa wat' (Papa buat)
    • 'Ammii...nak apek' (Mommy, nak Ipad)
    • 'Oh no......!'
    • 'Angan la....' (Jangan la - ni time abang or kakak kacau dia)
    • 'Iyam...'(Diam....). Amboi....cik mek ni...suka hati je suruh orang diam ye? ;)


    Selamat Ulang Tahun ke 2
    sayang mommy, Ayra Khadijah. Moga membesar menjadi wanita solehah, menjadi bijak pandai, berbudi bahasa dan di permudahkan segala urusan mu di dunia dan akhirat  ....Ameen Ya Rabbal A'lameen

    Monday, September 2, 2013

    PROMO SEPT 203: CoQHealth PLUS

    Promo September 2013
    CoQHealth PLUS merupakan produk terbaru Shaklee yang diperkenalkan pada bulan June lepas.
    Tambahan COQ10 dalam diet harian anda mempunyai banyak manfaat kesihatan :-
    (1) Jantung yg lebih kuat & sihat
    (2) Tekanan darah dan kolesterol yang sihat
    (3) Meningkatkan tenaga
    (4) Kecergasan mental 
    (5) Kulit kelihatan lebih muda 
    (6) Meningkatkan kesuburan
    Jom kita tonton video CoQHealth :)



    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Berminat dengan minuman CoQHEALTH PLUS ? Hubungi saya:
    «ID Shaklee : 866376
    «SMS/Whatsapp: 012-2412804
    «Email : nz.hashim@gmail.com
    «FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

    Saturday, August 17, 2013

    Kurus dengan Shaklee Shape Up Set

    Hai, hai, hai...makin ramai yang memilih SHAPE UP SET from Shaklee nih. La ni  memang ramai yang nak kurus. Lebih lebih lagi di musim Open House sekarang ni. Produk nak kurus berlambak-lambak di pasaran. Tetapi selamatkah? Dengan Shaklee anda tak perlu risau-risau , memang berdaftar dengan KKM. Selamat untk dicosume. Mari baca testimoni-testimoni dulu.
    Credit to Sis Nik:
    Wow...Turun 12 KG tu....sangat cunnn


    Credit to Sis Nur Shuhada
    "Kakak saya minum setin CINCH SHAKE ini.. Memandangkan bajet kurang so minum sesudu @ 2x sehari.. Alhamdulillah.. Dari size 46-48 turun raya baru ini boleh pakai size 42-44.. Then kena KONTROL MAKAN juga.."

    Betul-betul, dalam program Diet yang berkesan, selain pengambilan CINCH Shape Up Set, perlu kawal pemakanan disamping bersenam tiga kali seminggu.



    Credit toSis Suzie 
    "Akhirnya aku berjaya.. Si gemuk jadi Si Jelita( mode perasan)..

    Pengamalan set Slimming Shaklee dgn konsisten bermula April 2013, senaman , dan kawalan kalori intake saya meninggalkan 65kg..Sekarang 59kg, need 2 reduce 8kg more utk berat bdn ideal..

    Thanks Shaklee !!!!"


    Apa yang ada dalam Shape Up Set ni?
    Jeng, Jeng jeng.....

    Shape Up Set
    1. Cinch Shake
    Cinch Shake Mix mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang. Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan. Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Pendek kata, berat dengan otot bukan berat dengan lemak...CINCH Shake ada 3 perisa:
    • Vanilla
    • Chocolate
    • Caffe Latte

    2. Lecithin
    ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak). Tahukah anda ?? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian...
    3. Cinch Tea
    campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih. Memberi tenaga dan rendah kalori.
    4. Herb Lax
    the most effective, gentle colon detox and cleanser.

    Jom tonton VIDEO for CINCH pula:




    *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Berminat dengan minuman Shape UP Set? Hubungi saya:
    «ID Shaklee : 866376
    «SMS/Whatsapp: 012-2412804
    «Email : nz.hashim@gmail.com
    «FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...