Popular Posts

Tuesday, March 24, 2015

Pre GST Shopping di shaklee2u

Shaklee2u.com.my memang pantas. Barang yang order kelmarin dah sampai. Semua dah ada yang punya.

Semua sibuk nak shopping sebelum GST. Harga Shaklee akan naik +6% bermula April ini.
Sape2 nak order lagi, esok next order. Last order 28/3, Sabtu.
#Alhamdulillah #rezeki #gst

~Azlina
Shaklee Independent Distributor since 2011
0122412804

Hooray Adam dah boleh telan kapsul

Dulu Adam xpandai lagi telan pills /  kapsul. Sekarang dah terror. Syukur.... mommy pon boleh start bagi OmegGuard kat Adam.

OmegaGuard minyak IKAN yang membantu proses tumbesaran dan perkembangan Otak KANAK-KANAK supaya lebih Fokus dan cerdas. Sebagai seorang Ibu, mommy cuba beri yang terbaik untuk anak2 selain berdoa dan bagi sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi.

#omegaguard #fishoil #sayajual

Wednesday, February 4, 2015

Mommy Kembali

Alhamdulillah setelah lama menyepikan diri kerana sebab-sebab teknikal, MommyNLittleStars kembali lagi menemui peminatnya (ada ke peminat ? hehehe)
Nantikan entri dari kami ye.... :)


Sunday, March 16, 2014

My Shaklee Baby

My Shaklee Baby.....
Adik turns 2tahun 9bulan hari ni 
Alhamdulillah dengan pengambilan supplemen Shaklee dan dengan izin Nya mommy dapat menyusukan adik lebih dari 2tahun
Sekarang adik continue dengan Mealshakes mommy campur dalam susu dia. 
Semoga Ayra Khadijah sentiasa sihat , kuat dan jarang demam . Amin.

Sunday, March 9, 2014

Bagaimana untuk dapatkan FREE Membership Shaklee dengan ESP??

Bulan ni memang bulan yang ISTIMEWA untuk 'Peminat ESP' !!
Dengan membeli 6 tong ESP bulan ni, anda berpeluang untuk dapatkan 1 tong ESP PERCUMA dan KEAHLIAN Shaklee (Bernilai RM75)secara PERCUMA .
Aiyyya....banyaknya PERCUMA, saya suke .... :)
Promosi akan berakhir sehingga 31Mac 2014
Peminat tegar ESP terutama ibu menyusu, yang nak kulit cantik dan juga yang nak diet, boleh beli ESP bulan ni & buat STOK . Jangan risau....EXPIRED DATE lama lagi :)


Berminat dengan promo ESP dan ingin dapatkan keahlian Shaklee secara PERCUMA? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804 «Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

Sunday, March 2, 2014

PROMO March 2014 - ESP Hooorey!! :)

Suka sangat bila dapat SMS dari Shaklee untuk promo bulan ni. Setiap leader Shaklee (Supervisor ke atas) akan dapat SMS dari Shaklee untuk announcement berkenaan promo, training dan sebarang pengumuman.
Promo bulan ni SUPRISE betul sebab memang tak sangka ESP. 

ESP ni memang HOT SELLER. UV(Point) pon besar juga. Thank You management Shaklee sebab buat Promo ESP bulan ni, dah boleh VISUALIZE bonus pon berganda dari biasa $$$$$
Jika BELI 6 ESP anda layak mendapat:
- PERCUMA 1 ESP
- FREE Membership pon layak dapat
Selain tu, bulan depan layak dapat BONUS macam 'Cash Rebate' .
Untung kan?


Berminat dengan promo ESP dan ingin dapatkan keahlian Shaklee secara PERCUMA? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804 «Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe


Wednesday, January 8, 2014

Welcoming 2014, Sessi VIP MAGIKA with PM Cery

Tahun baru datang lagi....Welcome 2014. Semoga dengan kehadiran tahun baru  bertambah KEBAIKAN, KEIMANAN, REZEKI, ILMU, KASIH SAYANG, KESIHATAN dan KEBAHAGIAAN buat kami sekeluarga. Tahun 2013 terlalu banyak kenangan pahit dan manis tak lupa juga pengalaman dan kenangan hidup yang banyak mematangkan saya dari segi pemikiran dan juga tindakan.



Sepanjang tahun 2013 juga menunjukkan banyak perubahan dan peningkataan kepada biz Shaklee saya juga. Kalau mula-mula berbiz dulu, BONUS hanya 2angka sahaja, kini saya mampu maintain 4angka setiap bulan. Alhamdulillah.... Saya yakin tahun 2014, group SuperStar akan terus berkembang dan saya akan mencapai bonus 5angka. insha Allah.....

Kalau di awal tahun 2013 saya hanya ada beberapa orang 'anak' Shaklee, kini empayar SuperStar makin berkembang sehingga ke 'anak','cucu', 'cicit' dan 'piut' yang punya IMPIAN masing-masing. Sukar dipercayai pada mulanya group saya makin membesar tetapi semua ini berkembang dengan bantuan 'SOCIAL MEDIA' iaitu melalui medium FB, blog dan juga Instagram...Alhamdulillah.
 

Tanggungjawab saya juga makin bertambah untuk 'groom' anak-anak Shaklee saya yang hebat-hebat semuanya. Saya HAPPY dan ENJOY dengan situasi kini walaupun tanggungjawab saya bertambah. Saya anggap ini satu CABARAN untuk saya :) Lagipun ianya tidak menggangu dan 'mencuri' masa saya dengan keluarga kerana segalanya dilakukan secara 'online'. Tidak perlu keluar dari rumah, 'My 3 LittleStars' terjaga di depan mata sewaktu sessi coaching kerana mereka adalah PRIORITY saya. Saya menyediakan FB Group dan WA group khas untuk berkomunikasi dengan Warriors-Warrios saya. Sesekali sahaja akan ada sessi coaching One-to-One.

Hujung minggu lepas saya berpeluang menghadiri VIP Magika Session with PM Cery di Pullman Putrajaya. Sessi ini hanya untuk 90SEATS sahaja. Rasa bertuah sebab terpilih dari ribuan warga JUTAWAN.

Banyak tips2 yang dikongsikan oleh
PM 
(Presidential Master) Cery pada sessi selama 2 jam tersebut. PM Cery seorang yang lemah lembut tetapi TEGAS dan juga kelakar. Orangnya agak sempoi dan humble seperti DULU walaupun dah 'Multi-Millionaire'....heheh. Langkah permulaan yang baik bagi tahun 2014 dengan menghadiri majlis ilmu ini. Masing-masing yang hadir semangat berkobar-kobar  dan teruja.  Apa yang di ceritakan oleh PM Cery telah saya catit dan saya kongsikan dengan anak-anak buah saya di FB group khas kami. 

Kepada pembaca-pembaca blog saya, saya membuka peluang jika anda ingin menjana pendapatan samada secara PART-TIME (seperti saya buat) atau FULL-TIME. Even ....jika anda hanya consume vitamin untuk diri sendiri pon dah boleh dapat DUIT dengan Shaklee. Sila email kepada saya nz.hashim@gmail.com jika anda berminat.

2014 - SuperStar pasti HEBAT!!

Thursday, January 2, 2014

Promo Jan 2014 - ALFALFA Complex

Promosi Shaklee untuk Januari 2014 telah di umumkan. Bulan ini tak lain tak bukan iaitu produk Shaklee Signature - Alfalfa Complex. Merupakan salah satu HOT SELLING ITEM. Pada yang masih belum tahu mengenai kebaikan Alfalfa, boleh membacanya di sini. 



Saturday, December 28, 2013

Lady's Trip - BEIJING

** Harap maaf entry dah buat dari bulan Mac 2013, baru hari ni sempat Publish. Ye...saya seorang mommy yang bz  :)

Alhamdulillah sampai juga ke negeri China. Sampai juga hajat nak bawa mama melawat Tembok Besar China.
Selalu tengok dalam gambar je, tapi kali ni dapat melihat sendiri depan mata. Malah kami sempat merasa first snow. Jakun kejap waktu tu. Subhanallah...sangat indah. Rasa sgt bertuah sebab patutnya dah takde salji, dah nak bertukar musim dah. Syukur...mama pon dapat rasa salji buat pertama kali dalam hidup mama.
Cuaca sangat sejuk, sampai nak demam selesema. Tapi Alhamdulillah, dah 'guard' diri dengan Vita-C. Kulit pon tak kering walaupun cuaca sejuk sebab dah 'guard' muka dengan masker Vita-E.
Kaki banyak berjalan pon tak penat sebab dah 'guard' dengan Kalsium (OsteMatrix)......hihihi


Thank You to my hubby, yang bagi IZIN for me untk join Lady's Trip ni...ahli rombongannya - me, mama and my sister.
Beijing tak seburuk yang disangka. Semua nya ok lebih kurang Malaysia je. Tandas nye pon tak lah seteruk yang digambarkan sebelom pergi. Cuma takde air paip je, botol kosong kena sentiasa bawak la...hehe. Kesesakan jalan raya di Beijing pon terkawal. Sebab di Beijing mereka menggunakan sistem giliran berpandukan plat nombor kereta. Contohnya, kalau plat berakhir dengan 1, hanya hari Isnin sahaja dibenarkan keluar. Selain itu, basikal merupakan salah satu pengangkutan tradisi yg masih digunakan di sana.

Pam susu badan macam biasa tapi terpaksa buang dalam sink  sebab takde fridge dalam bilik hotel kami. Nangis nak buang susu tu :( Plus Ayra pon dah xberapa nak bottle feeding. Stok banyak dlm fridge di rumah tapi tak terusik pun. Ayra hanya nak direct-feed je...Apa saja lah anakku...Asalkan Ayra Khadijah happy and healthy..:)

Berbalik pada cerita Beijing, memang seronok...selain dapat spend masa dengan mama dan mengenali sejarah dan budaya negeri China. Puas hati dapat bawak ke tempat yang mama ingin pergi. Mama kalau boleh nak pergi ke negara-negara yang arwah ayah pernah pergi, salah satu tempatnya adalah Beijing. Kami anak-anak cuba tunaikan permintaan mama insha Allah.
Enjoy beberapa foto kami di sana ye...


Entrance untuk mendaki Great Wall


Imperial Palace - memang sangat sejuk dan windy waktu ni. 

Tengok Mama dah jadi Ninja.


Masjid tua di tengah kota Beijing

Mama first time dapat rasa salji. Macam ABC kata Mama

Western Mahua salah satu tempat makan HALAL. Banyak branch di sekitar Beijing.


Anak tangga untuk mendaki Great Wall sangat curam dan tinggi-tinggi pulak tu.

Ramai pelancong asing yang mendaki.


Shopping di Beijing memang best tapi kena bargain betul-betul

Timbunan salji di hadapan pintu masjid
Depan Bird Nest Stadium - kagum dengan hasil seni bina mereka.
Tak susah mencari tempat makan HALAL di Beijing. Banyak restoran HALAL di sana. Tapi menunya agak berlainan la. Ala-ala Nasi Lemak tu memang takde la. Kami bawak jugak bekal Maggi Mee, serunding daging sikit-sikit tapi tak habis pon. Masakan kat sana yang pedas-pedas banyak menggunakan lada kering. Sedap....teringat pulak sayur kobis lada kering diorang...nyum,nyum...

Kalau kaki shopping yang suka branded item, Beijing memang syurga membeli-belah. Sebut je brand apa nak, semua ada. Tapi nak bargain tu la yang tak tahan. Berhati-hati.... banyak jugak penipuan di sana terutama kat kedai ubat dan kedai batu permata tu. Dengar boleh, tapi jangan percaya bulat-bulat apa yang mereka bagitau....hehehe

Kepada yang bertanya, kami pergi dengan Pakej Andalusia Travel. Selalu suka plan sendiri tapi sebab semua yang pergi semuanya perempuan, ambil pakej la senang. Kita bawak badan n follow itinery je. Tourist Guide masa kat sana fasih berbahasa Indonesia dan sangat peramah. Sangat senang nak berkomunikasi. Sekarang dah bulan December, next Lady's Trip kita nak ke mana?? :)

Sunday, December 22, 2013

Happy Birthday Papa Selamat Bertunang CikSue

Hai,hai, hai....Lama tak bercerita pasal family. Asyik cerita pasal Shaklee boring la kan....

Bulan December bulan yang agak istimewa tahun ni....Hari Ulang Tahun Kelahiran mrNaza dan juga Hari Pertunangan adik mommy yang paling bongsu, CikSue....Kebetulan tarikh rombongan lelaki nak datang sama dengan hari birthday mrNaza, so kita raikan sekali lah.

Kebetulan pulak bakal adik ipar ku itu pon tarikh lahir sama dengan mrNaza. What a coincidence. Suratan atau kebetulan ni?? Lepas ni senang la nak celebrate. Mama pon senang nak ingat tarikh lahir menantu-menantu lelaki.... :)



Alhamdulillah majlis pertunangan CikSue berjalan lancar. Pok Su Nawi jadi wakil pihak kami. Memang pro dan berpengalaman bapa saudara ku itu :)

Mommy rasa sebak juga semasa majlis berlangsung. Teringat arwah Ayoh. Tapi mommy yakin arwah Ayoh happy diSANA dengan pilihan CikSue.... Mommy tahan sebak dan sedih, tak nak spoil majlis CikSue.

Tarikh perkahwinan yang sepakat dipilih makin dekat dah tu. 
Bakal pengantin kena kerja keras dari sekarang.  Jangan buat last minute preparation. Mak Andam dan booking pelamin pon kena tempah awal-awal.

To mrNaza, Selamat Hari UlangTahun Yang ke -35. Semoga dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Love u till Jannah, insha Allah :) 

Sunday, December 1, 2013

Promo DEC 2013- OmegaGuard

[Promo Dec 2013]
«Nak kurus omega
«Nak perangi kolestrol omega
«Nak otak memori tiptop omega
«Nak anak bijok omega
«Nak cair kahak omega
«Nak sendi sihat omega
«Nak atasi asma-lelah omega
«Nak rambut kuat omega
«Nak rawat Gout omega

Serba serbi Omega ni boleh bantu. Buat lelaki mahupun wanita.Yang tua mahupun yang muda. Semua perlukan Omega.
Lai, lai, lai...grab this offer. Get your OmegaGuard supplemen today. Email me for details.


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat dengan OmegaGuard? Hubungi saya:

«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804 «Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

Saturday, November 23, 2013

Alhamdulillah.... Adam selamat Berkhatan

Tarikh 17Nov 2013 merupakan salah satu detik BERSEJARAH for Mommy sebagai seorang Ibu. Adam selamat dikhatankan walaupun ada 'cerita' sebelum berkhatan tu ;)
Alhamdulilah...selamat menempuh alam dewasa Abang Adam
Terasa baru je dukung Adam masa kecik-kecik dulu. Dah selamat berkhatan dah. Betapa cepatnya masa berlalu.


Ni baru lepas kena bius. Tengah tunggu turn nak bersunat.
"Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris  dinamakan 'circumcision'."

Lepas proses berkhatan. Tak nangis. Good Boy!!

Berkhatan pada kanak - kanak lelaki muslim adalah FARDU.. 
Banyak faedah dan kebaikan berkhatan sama ada dari segi kesihatan mahupun tuntuan agama. Antaranya ialah:
  • boleh menjaga kebersihan dan 
  • mengelakkan jangkitan kuman di saluran kencing,
  • mengurangkan risiko mendapat penyakit Sexual transmitted disease dan juga HIV.

Teknik Berkhatan

Secara lazimnya terdapat dua peringkat usia utama di mana khatan dilakukan, iaitu semasa bayi baru lahir ataupun dipanggil 'neonatal circumcision' dan juga semasa umur kanak-kanak mencecah sekitar umur 7 - 12 tahun. Khatan juga dilakukan sebagai prosedur sampingan semasa melakukan pembedahan seperti pembedahan hernia.

Kaedah Plastibel
Prosedur berkhatan menggunakan plastibel. Setelah slit dilakukan pada kulit preputial, plastibel dilekapkan pada bahagian glans. Benang digunakan untuk mencerut kulit terhadap lekuk plastibel. Selanjutnya, lebihan kulit preputial dibuang


Khatan yang dilakukan semasa bayi baru lahir biasanya dilakukan dengan menggunakan bius setempat. Disebabkan zakar bayi yang baru lahir masih sangat kecil, prosedur ini perlu dilakukan oleh pakar yang benar-benar terlatih untuk melakukan prosedur tersebut, kerana jika tidak, terdapat risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi dari prosedur itu. Untuk melakukan khatan pada bayi, pada kebiasaannya memerlukan penggunaan 'plastibel'.
Klinik Adam berkhatan ni mengunakan kaedah LASER
Kaedah ‘LASER’( bipolar diathermy )
Kaedah ini sama seperti kaedah konvensional, di mana kulit lebihan ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan seterusnya mempercepatkan penyembuhan 

Rawatan selepas berkhatan sangat penting supaya luka cepat sembuh. Pakaikan kain pelikat untuk elakkan geseran ditempat luka. Pemakanan kanak-kanak berkhatan perlu dijaga. Elakkan makan ayam dan seafood.
For Adam Alhamdulillah sangat mendengar kata bab-bab berpantang makan. Tak sampai seminggu dah pakai seluar dah. Mommy follow menu pantang orang bersalin. Selain itu mommy tak lupa add on supplemen Shaklee untuk merawat dan mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat berkhatan.




Anggur MUSCADINE - Ramuan Ajaib VIVIX

Besar Anggur MUSCADINE ni. Sebesar bola GOLF. Super GRAPE. Merupakan antara kandungan utama VIVIX.


-Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi IMUN yang tinggi dan ANTIOKSIDAN terbaik.
-Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak POLIFENOL dan RESVERATROL. Ia juga mengandung asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain.
-Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.
-Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di antara negara Turki dan Iran).

Kini kita dapat nikmati kebaikan anggur muscadine atau muscat ini di dalam satu botol yang mudah dan penuh kebaikan – VIVIX 




Berminat dengan VIVIX? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

Saturday, November 9, 2013

Kebaikan GLA Complex



Bahan utama dalam Shaklee GLA Complex :
1.Borage Seed Oil

2.Sunflower Seed Oil

Borage Seed Oil
Mengandungi 24% lebih tinggi berbanding EPO yang hanya 10% saja.
Bukan itu saja , kandungan minyak dalam GLA complex adalah lebih rendah, sekaligus ianya juga rendah kalori.
Kandungan GLA dalam minyak benih borage (borage seed oil) adalah 2 kali ganda dari EPO.
Borage juga 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan berbanding EPO.
Pic: Google

Sunflower Seed Oil
Antara khasiat sunflower oil ialah:-
- Antioksidan
- Menyihatkan jantung
- Sumber tenaga
- Membina sel baru
- Melembabkan kulit
- Mencegah asma
- Membaiki sel rosak
Pic: Google

Ambil GLA sebelum tidur, untuk penyerapan yang lebih baik, membantu regulate hormon dalam badan, dan juga dapat membantu membakar lemak semasa tidur. Sebagai bonus sel kulit juga menjadi semakin berseri anda glowing.

Menurut Dr. Bruce Miller, keseluruhan sel kulit akan silih berganti dalam masa 28 hari. So pemakanan yang baik dengan GLA adalah penting dalam proses penghasilan sel kulit yang sihat & glowing.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat dengan GLA? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

Tuesday, November 5, 2013

SuperMommies Family Day

Assalamualaikum...Salam Maal Hijrah 1435H.
Semoga Tahun ini memberi lebih kebaikan dan keberkatan daripada NYA untuk kita semua..
Sebelum kedatangan Tahun Hijrah yang baru ini, kami sekeluarga sempat menghadiri Family Day SuperMommies yang dianjurkan oleh Master Azlin dan Azlan di De Palma Hotel, Kuala Selangor.

Alhamdulillah dipertemukan dengan keluarga biz Shaklee yang yang sangat  3S - SUPPORTIVE, SEMPOI dan SUCCESSFULL....
Mereka semua adalah salah satu sebab untuk saya terus bertahan dalam biz ini. Kami sentiasa berhubung antara satu sama lain didalam WA group dan juga FB group. Tempat melepas geram dengan karenah customer, meroyan barang tak sampai, nak marah dengan GDex, nak marah sebab kena carras dengan distributor lain, nak tau jadual supplemen, mintak tolong ambil nombor kat branch..... semua dalam group SMommies ni :)....Malah sehingga perbincangan masalah anak-anak, suami isteri (oooopss) dan gossip majalah MANGGA...
Bermula dengan hanya beberapa orang sahaja group SuperMommies semakin berkembang dan semua memiliki rank masin-masing dalam biz Shaklee nih. Setakat ini Puteri lah yang paling tinggi dengan title Master Puteri. Kami yang lain-lain masih berjuang dan TAK AKAN GIVE UP. Kami akan ikut jejak Kak Long Puteri kami.
Balik dari Family Day masing-masing lebih bersemangat setelah mendapat suntikan dari 3 Master Si Magic Mentor Cery, Alin, Puteri dan juga perkongsian jatuh bangun dari leader-leader SuperMommies yang hebat-hebat semuanya. Semoga  tahun depan akan ada lagi family gathering sebegini. Diharapkan ukhuwah SuperMommies akan terus berkekalan sehingga akhir hayat kami.

Jom Layan gambar-gambar: 

Barisan AJK yang cool
Sebahagian dari Goodie Bag
-Wooven Bag
-TShirt untuk seisi keluarga
-Note book
- Buku mini 'Mudahnya Menjemput Rezeki
- Oreo, choki-choki

Game untuk anak-anak
-Bawa bola dalam sudu
-Musical Chair (Adam menang hehe)

Game untuk SuperDad. mrNaza menang game ni

Saat yang ditunggu-tunggu Magic Coaching session....:)
Sharing session dengan Sucess SuperMommies.
Perkongsian dari Master Shareeza.

Bersama my Sifu aka Mak aka Upline saya Master Azlin


Sebahagian dari team SuperMommies 

Friday, November 1, 2013

Promosi November 2013: VIVIX

Promosi VIVIX datang lagi......lalalala
Campuran ekstrak botani proprietari Polyganum cuspidatum, anggur Muscadine, European Elderberry & lobak ungu. Kaya dengan polifenol tumbuhan. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yg terdiri drp sebatian tanaman yg mengandungi khasiat ANTIOKSIDA & SEL ANTI-PENUAAN ...

Di antara Khasiat VIVIX:
  • membaiki sel yang rosak dengan pantas, jadi amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. 
  • memelihara keseluruhan kesihatan
  • anti oksida yg sgt baik, untuk awet muda
  • membantu anda berasa LEBIH BERTENAGA
  • mengurangkan risiko kanser
  • membantu pesakit diabetic
  • menguatkan sistem IMUN


Thursday, October 31, 2013

Supplemen Untuk IbuBapa (Warga Tua)

Ibu dan bapa adalah harta yang paling bernilai. Tanpa mereka siapa lah kita. Janganlah kita sakiti hati ibubapa kita. Mereka telah banyak BERJASA membesarkan kita. Teringat pula arwah 'ayoh'. Memang terasa ketiadaannya 'ayoh' selepas kembali ke Rahmatullah tiga tahun lepas.  Tiada siapa yang dapat menandingi kasih sayang seorang ibu dan bapa kandung. Hargailah ibu bapa anda yang masih ada.
Allah SWT memerintahkan kepada kita untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa seperti yang dinaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
(al-Isra': 23)

Antara cara dan adab berinteraksi dengan ibu bapa telah dinaskan di dalam al-Quran iaitu yang bermaksud:

Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
(al-Isra': 23-24)


Sebagai anak yang sudah dewasa kita perlu bertanggungjawab untuk mengambil berat hal ibubapa kita terutamanya KESIHATAN mereka. Selain memberi bantuan kewangan, pakaian dan selalu menzirahi mereka apakata kita bagi supplemen yang terbaik untuk mereka. Shaklee adalah HALAL, SELAMAT dan dari sumber NATURAL. Jika ibubapa kita ada mengambil ubat doktor pon tidak menjadi masalah untuk ambil Shaklee . Ingat Shaklee adalah SUPPLEMEN BUKAN UBAT. Boleh jarakkan 1-2jam selepas ambil ubat doktor baru ambil Shaklee.

Berikut adalah SET yang dicadangkan untuk WARGA EMAS/ IBU BAPA kita:



DARAH TINGGI/KOLESTROL
« OmegaGuard - menurunkan trigliserid, menurunkan LDL dan keseluruhan kolestrol
«    Garlic - Berupaya merendahkan tekanan darah

SAKIT JANTUNG
«OmegaGuard      - melancarkan darah ke jantung
«CoQHealth PLUS - memberi tenaga kepada jantung

DIABETES
«Alfalfa Complex   - membantu stabilkan gula dalam darah
«GLA Complex       -kesan positif pada diabetic neuropathy
«BComplex            -metabolisme gula kepada tenaga

SAKIT SENDI

«Joint Health Tablet  - memperbaiki keselesaan sendi, anti-inflamasi
«OsteMatrix - menghalang kereputan tulang

WELLNESS SET
«VitaLea         -  imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
«ESP               -  membina sel yang sihat

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat dengan set ini? Hubungi saya:
«ID Shaklee : 866376
«SMS/Whatsapp: 012-2412804
«Email : nz.hashim@gmail.com
«FB Page:https://www.facebook.com/MommyNLittleStarsShoppe

Sunday, October 27, 2013

Kebaikan Zinc Complex Shaklee

MEN ARE From MARS?
*********************************
Hahaha...takde kena mengena pon buku Men Are From Mars to dengan Zinc Complex Shaklee


Cumnya nak bagitau Zinc memang MAJORITI customer LELAKI yang beli.
Tapi Zinc bukan untuk LELAKI sahaja tau
Banyak Khasiat lain Zinc ni.

Zinc memainkan peranan penting dlm sistem IMUNISASI , PERTUMBUHAN dan perkembangan SEKSUAL seseorang. Jom baca
17 KELEBIHAN ZINC (Sumber: mamafaiz.com)

1.PENJAGAAN KULIT: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
2.EKZEMA: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
3.JERAWAT: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
4.PENYEMBUHAN LUKA: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
5.GANGGUAN PROSTAT: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
6.HILANG BERAT BADAN: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
7.MENGANDUNG: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
8.PEMBIAKAN: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
9.FUNGSI BIOLOGI: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
10. JANGKITAN: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
11.ANTIOKSIDAN: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
12. ATURAN ENZIM: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
13. KANSER: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
14. KELESUAN KRONIK: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
15. BOTAK: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
16. KEHILANGAN TULANG Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
17. BUTA MALAM: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.





Tuesday, October 15, 2013

SALAM AIDILADHA 1434H from MommyNLittleStars

Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah. 
Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Salam Aidiladha....selamat mejalani ibadah korban kepada yang berkorban.
Kepada yang makan daging korban, baca Doa Makan dulu. Jangan ikut nafsu (peringatan untuk diri sendiri juga).
Tahun ni giliran beraya HAJI di sini. Alhamdulillah...meriah juga. Yang penting semua yang tersayang berada di sisi sambil kita k
ayati konsep pengorbanan yang hakiki. 

Sunday, October 6, 2013

Promosi Oct 2013 : Collagen Powder dan Pelancaran shaklee2u.com.my

Selalu PROMO Shaklee buat BUY 6 FREE 1 je
Bulan ni ada EXTRA Gifts kalau anda beli 6 KOTAK Collagen
Nak tau apa hadiah lagi? Jom terjahh.....



Setiap pembelian 6 kotak Collagen anda layak mendapat:

  • Sekotak Collagen (Jadi anda dapat total 7 kotak)
  • Sebotol CoQ Health Plus (bernilai RM124)
  • Keahlian Shaklee PERCUMA (bernilai RM75)
  • CASH Rebate - akan dapat semasa BONUS bulan hadapan (14atau15 Nov 2013)
  • FREE Delivery - bernilai RM10
    Nak tau testimoni/khasiat Shaklee Collagen Powder baca sini ==> Klik

    Banyakkan 
    GIFTS yang dapat? Sangat MURAH dan JIMAT. Kalau rasa collagen tu banyak sangat nak beli tapi nak dapatkan harga PROMOSI, boleh share-share dengan kawan-kawan dan kaum keluarga. 

  • Pada bulan ini juga iaitu bertarikh 2 October 2013, Shaklee telah melancarkan Online Sistem www.shaklee2u.com.my

    Dah makin SENANG  nak berbisnes dengan adanya Online Sistem ni. Tak payah pergi ke branch kalau nak beli barang. Klik,klik,klik....PURCHASE barang... BAYAR ...SIAP. Shaklee siap boleh hantar ke customer terus. Jimat masa dan tenaga kita nak packing dan mengepos.

    Berminat dengan bisnes Shaklee dibawah naungan SuperStar Warriors? Sila hubungi saya 012-2412804. Bimbingan dan support akan diberi :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...